9HCCM: Memancing

Umpan plastikImage by rdhanz via Flickr
Hari 6
Isnin, 12 Oktober 2009

Saya perlu bangun awal. Pagi-pagi, C.su dan A.su perlu hantar anak-anaknya ke tadika. Pekan Nenas dan UTM juga agak jauh.



Sampai saja di UTM, saya lepak di bilik A.su. Tak bosan sebab saya siapkan kerja saya. Keluar minum sekejap. Kemudian sambung lagi.



1.00pm: Makan tengah hari. Selesai makan, kembali ke UTM.

6.00pm: Kami pulang setelah jemput Faizah dan Faiz di nurseri. Sebelah pagi mereka di tadika. Sebelah petang di nurseri. Sebelah-menyebelah saja.

Sampai di rumah, saya nyatakan hasrat saya nak memancing. Apa tunggu lagi, potong pelepah sawit yang kebetulan memang rumah A.su di tengah-tengah ladang kelapa sawit. Sebelum pulang, sempat singgah di kedai alatan memancing, beli tali dan mata kail. Siap umpan katak plastik lagi. Juga timah pemberat.

Selesai pasang segala alatan, mulalah kami memancing. Di depan rumah A.su ada kolam yang besar. Di situlah kami memancing.

Umpan katak plastik tidak begitu menggiurkan. Saya cuba buah sawit. Juga tiada hasil. Maka, saya melilau mencari cacing, gali sana, gali sini, akhirnya bertemu juga.

7.30pm: Berehat sekejap untuk solat.

Dalam kegelapan malam, saya mencuba di beberapa tempat di sekeliling kolam tersebut. Sekitar jam 10.00 malam, salah satu dari kail saya bergerak! Dapat ikan! Keli!

Pada mulanya, cuak juga saya. Sebab keli ada sengat. Kata A.su, keli itu bunting, sebab perutnya sangat bulat. Maka, ikan tersebut kami lepaskan. Saya pun tak tahu nak buat apa dengan keli tersebut.

Faizah, Faiz dan C.su nampak teruja malam tersebut. Ha, siapa sangka, orang yang tak pernah-pernah sebelum ini memancing, pun boleh dapat ikan.

Selesai bersembang, saya tidur. Pengalaman hari ini sangat menyeronokkan!
Enhanced by Zemanta

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Hari yang memenatkan

Jenis fi'il dan hukum-hukumnya

Rukun Islam dan rukun Iman