Tambah gadget pada blog anda
Image via CrunchBase Bergantung kepada template pilihan anda, anda boleh menambah pelbagai jenis gadget pada blog anda. Apa itu gadget? Secara umum, gadget ialah perkataan Inggeris yang bermaksud alatan mekanikal kecil untuk tujuan tertentu. Dalam dunia blog pula, gadget (atau widget) pula merujuk kepada skrip tambahan yang dimasukkan ke blog untuk menambah fungsi yang sedia ada. Gadget di Blogger ( Blogspot ) Suatu masa dahulu, bilangan gadget dalam senarai Blogger amat terhad. Tetapi kini, beribu-ribu gadget telah tersedia di sana. Namun, di sini saya hanya akan perkenalkan gadget yang asas sebagaimana yang dikategorikan sebagai 'Basics' dalam senarai gadget Blogger. Tambah gadget pada blog Pertama, klik pada 'Add a Gadget'. Kemudian, pilih satu daripada 19 gadget yang tersedia. Berikut adalah penerangan bagi setiap satu: 1. Blog List. Antara gadget yang paling menarik yang tersedia. Ia bukan sahaja untuk menyenaraikan blog yang kita pilih, bahkan kit...