Memudahkan yang rumit

Dalam memberi penerangan kepada orang lain tentang sesuatu perkara, kita akan cenderung untuk memudahkan bahan yang cuba kita sampaikan, supaya idea umum bahan tersebut dapat difahami pihak yang satu lagi.

Proses memudahkan sesuatu yang asalnya rumit adalah proses yang memerlukan kesabaran dan ketelitian. Sabar dalam memproses dan teliti supaya tidak keluar dari maksud sebenar.

Dalam proses menerima penerangan daripada orang lain, kita akan cuba untuk dapatkan idea umum bahan tersebut, sebelum kita cuba memahami cabang-cabang. Sebab dengan pemahaman yang betul tentang idea umum akan membantu kita memahami cabang-cabang yang banyak tanpa diterangkan oleh pihak yang satu lagi.

Proses memahami cabang-cabang penting kerana kebanyakkan penyelesaian yang praktikal kepada masalah-masalah yang realiti tidak disebutkan dengan jelas dalam idea umum. Juga penting untuk menguji tahap kefahaman terhadap idea umum. Jika betul cabang yang kita tunaskan, maka itu petanda bahawa kita mulai memahami idea umum dengan pemahaman yang betul.

Terima kasih kepada Dato' Zainul Rijal yang membuka mata kami tentang sistem perundangan di Malaysia.

Tapi dengan keterbatasan masa yang ada untuk pasukan mereka menerangkan satu sistem yang rumit, pastilah banyak isi-isi penting yang disimpan semata-mata untuk memudahkan pendengar memahaminya.

Terima kasih juga kepada Abang Tohir yang sudi menerangkan secara panjang lebar sebagai jawapan kepada beberapa soalan yang saya ajukan.

Ringkasnya, idea umum yang diterima dalam seminar tempoh hari perlu dikembangkan untuk mendapat gambaran sebenar kerumitan sistem perundangan di Malaysia.

Rumit, tapi perlu.

Sebab dalam situasi sekarang, orang kebanyakkan mudah diperdayakan dengan kerumitan.

Ulasan

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Hari yang memenatkan

Jenis fi'il dan hukum-hukumnya

Rukun Islam dan rukun Iman