Catatan

Mesyuarat reunion

15 Ramadhan 1430H Sabtu, 5 September 2009 Selain urusan kambing, saya perlu uruskan Asyraf. Sebelum ini Mama yang uruskan. Setiap pagi beg sekolahnya perlu disiapkan dengan susu, pakaian dan lampin. Juga sediakan sarapan untuk Asyraf. Jaga Asyraf tak susah. Cuma perlu faham apa yang dia sebutkan sebab dia masih pelat. Antaranya, cucu melo (susu coklat), ekkemen (Ultraman), mekey mon (Mickey Mouse), eskeyem (aiskrim), air matam (air oren) dan aton (kartun). Yang jadi susah bila dia sebut perkataan lain. Susah nak faham! Kemudian saya dan Baba ke Kuala Berang. Jenguk kebun yang sudah lama tak diselia. Tak lama. Tengah hari kami pulang. Petangnya saya diajak bermesyuarat di Batu Burok untuk Reunion SMKATJ batch 1999-2003 pada 23 September 2009 (Raya ke-4). Sebelum ke Batu Burok, sempat saya singgah di rumah Adam Malik untuk ajak dia bermesyuarat sekali. Dia penat. Saya ke sana sendirian.

Mama ke IJN

14 Ramadhan 1430H Jumaat, 4 September 2009 Komputer berjaya saya hidupkan. Sekali lagi saya dan Baba Solat Jumaat di Masjid Batu 6. Saya cuba untuk sesuaikan diri dengan tugas yang banyak sejak Mama ke IJN.

Berbuka puasa di Masjid Tok Jiring

13 Ramadhan 1430H Khamis, 3 September 2009 Entah jam berapa A.yed sampai di rumah dari Kota Bharu. Selepas sahur, dia dan Mama bertolak ke IJN. Tinggallah kami bertiga di rumah; saya, Baba dan Asyraf. A.zul dan K.gee tidur di klinik. Pagi itu saya dan Baba ke Batu 6 untuk gunting rambut setelah beberapa kali tergendala. Saya cadangkan 1hb kami bergunting, tapi kata Baba, hari Selasa tak elok bergunting. 2hb kami ke Kota Bharu. Selesai bergunting kami ke Majlis Agama dan Adat Istiadat Melayu (MAIDAM). Baba perlu proses borang nikah. Kemudian ke bandar. Cadangan asalnya nak cari tiket ke Mesir. Kami biasa berurusan dengan Perpel. Tapi entah kenapa, tutup pula. Sunyi sepi. Tiba di rumah saya minta izin untuk sekali lagi keluar. Saya perlu beli power supply untuk hidupkan komputer. Menjelang Maghrib, saya dan Baba ke Masjid Tok Jiring yang masih dalam pembinaan yang terletak di belakang Maahad Tahfiz wa Tarbiyah (MTT). Ada majlis berbuka puasa. Di sana saya nampak A.zamri, U.ramli dan A.ma...

Namanya Aisyah Farhanah

12 Ramadhan 1430H Rabu, 2 September 2009 Saya membelah kegelapan malam menuju ke perumahan Permint Jaya, Cendering untuk berjumpa Nasir. Kami ke restoren seafood dan bersiar-siar di sekitar Lagoon, Kuala Ibai iaitu sekitar Masjid Terapung. Saya pulang setelah hantar Nasir balik. Selesai sahur dan Solat Subuh, pagi itu sekali lagi kami ke Kota Bharu. Saya hanya sempat tidur sejam. Kami bertiga; saya, Mama dan Baba. Setibanya di sana, saya temankan A.yed ke Pejabat Pendaftaran untuk mendaftar kelahiran anaknya. A.yed menamakan anaknya, Aisyah Farhanah. Mama dan Baba berada di wad bersama K.bae. Saluran jantung Aisyah yang menghala ke paru-paru tersumbat. Perlu dibedah. Sebab itu kami berulang-alik ke Kota Bharu. Untuk beri sokongan moral kepada A.yed dan K.bae. Ini anak sulung mereka. Mama pada asalnya ingin bersama A.yed di Kota Bharu, tapi atas sebab teknikal, Mama terpaksa balik. Dalam perjalanan kami berhenti berehat di Masjid Pak Amat. Saya yang baru sejam tidur ambil peluang ini un...

Zulfadhli

11 Ramadhan 1430H Selasa, 1 September 2009 Saya cuba untuk tidak banyak keluar untuk mematuhi arahan doktor. Tapi tetap saja ke bandar pada tengah hari dan ke cyber cafe di sebelah malam. Ketika menunggu Baba keluar dari Bank Islam, saya ternampak Zulfadhli Nokman, rakan sekelas di SMAASZA dulu. Dia sedang lintas jalan. Tak berani saya nak panggil. Nanti jadi cerita lain pula. Kebetulan malam itu Nasir online. Saya ajak dia berjumpa. Dia terkejut kerana sudah lewat malam. Saya tegaskan, kalau saya tak buat macam ini entah bila kami dapat berjumpa.

Hari Kemerdekaan Malaysia ke-52

10 Ramadhan 1430H Isnin, 31 Ogos 2009 Pagi ini Kuliah Subuh di Masjid Batu 6. Di masjid saya terserempak dengan A.budi, senior saya di Mesir. Tak lama kerana dia perlu keluar. Pagi itu kami sekali lagi ke Kota Bharu. Kali ini Baba tidak ikut serta. Digantikan dengan Asyraf. Di hospital saya berjumpa K.wa yang kebetulan pulang dari Tanjung Malim ke Pasir Mas kerana kecemasan. Terubat rindu saya pada Sarah dan Fathir. Tapi masih belum berkesempatan untuk melihat wajah Syifa. Kali ini saya berpeluang untuk melihat sendiri anak perempuan A.yed yang baru lahir. Comel! Dalam perjalanan pulang kami singgah di Masjid Bukit Tanah. Saya tertidur. Mama juga letih. Sebelum sampai di rumah, Mama turun ke Bazar Ramadhan. Tak sempat memasak hari ini. Demikian saya menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-52.

Makanan kambing

9 Ramadhan 1430H Ahad, 30 Ogos 2009 Pagi ini saya ke Pusat Servis Perodua Gong Badak. Kemudian ke bandar dan ke Batu 6 untuk beli makanan kambing. Dua guni. Satu guni untuk seminggu. Petangnya saya ke rumah kawan saya untuk mengambil madu yang saya kirim.