2 tips untuk memudahkan pembaiki komputer atau laptop

Image representing Windows as depicted in Crun...Image via CrunchBase
Setiap hari dalam seminggu ini terasa penuh. Kewajipan harian cuba dilaksanakan sebaik mungkin ditambah dengan tugas-tugas yang datang tanpa diundang dan tanpa dijangka.

Saya dihadapkan dengan beberapa buah laptop untuk diselesaikan masalah masing-masing. Apa yang mengecewakan, belum ada yang benar-benar sempurna, sebagaimana saya setup komputer saya. Sering saya nyatakan kepada kawan-kawan bahawa komputer saya sedia untuk diformat pada bila-bila masa. Bahkan, untuk format komputer ini sebulan sekali pun tidak menjadi masalah.

Ini tandanya komputer ini bersedia untuk rosak dan tidak akan mendatangkan masalah yang besar untuk membaikinya.

Berbeza dengan laptop-laptop yang tiba di rumah ini. Mereka tak bersedia untuk rosak. Maka, usaha untuk saya membaiki mereka agak terbantut dan memeningkan kepala. Antara isunya ialah:

1. Maklumat penting ada dalam C:. Ini menghalang saya untuk terus format dan install Windows baru. Penyelesaiannya, simpan semua bahan yang penting dalam partition lain selain C:. Juga, pindahkan My Documents ke partition lain selain C:.

Caranya, klik Start Menu, klik kanan pada My Documents dan pilih Properties. Klik pada Move dan buat folder baru pada partition selain C: jika perlu. Klik OK.

2. Tiada driver. Ini merupakan masalah yang paling kerap saya hadapi dan paling memeningkan kepala. Driver biasanya diberikan sekali ketika pembelian dalam bentuk CD. Pemilik yang cakna akan salin semua driver masuk ke partition selain C: untuk memudahkan proses pembaikian. Bagi laptop yang baru, driver disediakan di laman web rasmi syarikat tersebut. Agak merumitkan jika saya sedang mengalami masalah talian Internet di rumah.

Ada juga kes driver ada tapi tak sesuai untuk digunakan. Sama ada kerana driver itu versi baru atau kerana berlaku kerosakkan pada file driver tersebut.

Ini bukan rungutan. Tetapi perkongsian maklumat. Sebenarnya, seronok baiki komputer sebab banyak ilmu baru yang saya dapat. Cuma, kalau baiki orang punya akan ada sedikit tekanan untuk siapkannya secepat yang mungkin. Kalau sendiri punya... tak kisah sangat nak siapkan bila...

Semalam kami kemaskan bilik. Alhamdulillah, nampak kemas berbanding sebelum ini. Hari ini saya cuba menegeri-sembilankan masakan saya demi memuaskan selera semua orang.

Lama betul tak tulis macam ni. Kekok pula rasanya...
Reblog this post [with Zemanta]

Ulasan

  1. Salam bro,

    MAnusia nie.. Bila bagi sesuatu semua nak cepat..

    Berhadapan dengan kerenah manusia memberi pengalaman berharga... ^_^

    BalasPadam
  2. @Ijamidayu

    Waalaikumussalam.

    Tak perasan tadi, ada URL awak di sini. Saya sarankan awak masukkan gajet Friend Connect pada blog awak.

    Pengalaman memahami manusia memang pengalaman yang tak ternilai harganya...

    BalasPadam
  3. thank you for the info..sharing is caring :)

    BalasPadam
  4. @Shitsurei Shimashita

    Sama-sama. Sharing is caring. Commenting is loving!

    BalasPadam
  5. Tunggu semua keja selesai, baru tenang nak format laptop. takut semua keja tergendala.

    BalasPadam
  6. @Hamimi

    Aa... Selesaikan kerja dulu. Nanti, kalau ada masalah bila format, tak berlaku kepeningan berganda...

    :-)

    BalasPadam
  7. tips tmbhn tuk format komputer...

    download Driver Magician atau Driver Detectives. dua software nih boleh backup driver yg sedia ada... so, xperlu nk cari driver lain lps format...

    da format, driver plk xde... jgn bimbang, certain komputer menggunakan NIC (network interface card) yg boleh jalan dgn windows generic driver, so leh pakai 2 software diatas... mereka akn detect and search driver over the internet yg patot anda donlod... nk suh diorang (xseswai, diesoftware) installkan skali boleh, tp xsilap kene byr tuk features tu...

    da format, driver xde, generic driver tuk NIC pon xjln... yg ni ssh skit la... tp rsnyer dua software tuh leh detect ape hardware dan driver yg patot kene donlod, pastu kita gunekan komputer lain, donlod driver nyer, and install...

    anyway, xpernah try lg feature yg last tuh... so, leh try kalo berpeluang...

    BalasPadam
  8. @Master Red Lion

    Tips tambahan yang menarik!

    Saya gunakan Radar Sync untuk tujuan kesan dan install driver. Setakat ini, hanya RAdar Sync yang menyediakan perkhidmatan download driver secara percuma.

    Sekarang tengah berdepan dengan masalah speaker tak berbunyi. Driver dah ok dah, speaker pulak buat masalah... Cucuk headphone di jack pun tak jadi jugak...

    Help me!

    BalasPadam
  9. Win ape??? can try YM me la kalo ade mslh... hehe... biasa ngan bab2 diagnostic nih...

    BalasPadam
  10. @Master Red Lion

    Windows XP. Saya syak ada masalah hardware. Sebab, bila pasang sound dan pasang Sound Recorder, graf bunyi tu bergerak. Itu yang menyebabkan saya syak ada masalah hardware.

    Laptop yang satu lagi, dah download driver network dari syarikat dia. Tapi tak jalan daa...

    :-(

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Hari yang memenatkan

Jenis fi'il dan hukum-hukumnya

Rukun Islam dan rukun Iman