7 langkah untuk melukis komik

Example of a modern cartoon. The text was exce...Image via Wikipedia
Kebetulan saya sedang berehat dari menyiapkan komik saya, di sini saya kongsikan langkah-langkah yang saya gunakan untuk menyiapkan komik ini. Diinspirasikan dari team Les' Copaque yang menerbitkan siri TV dan filem Upin dan Ipin, saya sesuaikannya untuk produksi komik.

1. Penulisan skrip
Proses ini memerlukan kepakaran menulis. Skripnya haruslah ringkas dan sesuai untuk disokong dengan lukisan. Kebiasaannya dialog diberi keutamaan yang lebih berbanding penerangan situasi. Dialog pula tidak ditulis dalam bentuk formal, bahkan ditulis dalam bahasa pasar untuk memudahkan pemahaman pembaca. Sesuai dengan ciri komik yang santai. Namun, terdapat juga pekomik yang menggunakan tulisan-tulisan yang panjang dan berat dalam komik mereka. Kekuatan skrip akan memberi nilai tambah yang tinggi kepada mutu keseluruhan komik tersebut.

2. Membuat storyboard
Storyboard boleh digambarkan sebagai lakaran kasar perjalanan komik dari awal hingga akhir. Lukisan tidak dibuat dengan rapi, sekadar untuk memberi gambaran apa yang peru dilukis pada lembaran yang sebenar. Proses ini memastikan pekomik tidak kehilangan idea ketika berada di pertengahan cerita yang akan membuat pembaca terpinga-pinga. Storyboard dibuat dengan ringkas tetapi jelas. Ia disesuaikan dengan skrip yang telah ditulis terlebih dahulu.

3. Lakaran kasar
Setelah storyboard siap, bermulalah proses membuat lakaran kasar pada lembaran sebenar. Komik biasanya dilukis dalam kotak-kotak kecil yang disebut panel yang memisahkan antara satu keadaan dengan satu keadaan. Pekomik akan melukis mengikut storyboard yang sedia ada dengan membuat pengubahsuaian apabila perlu. Di sinilah ditentukan kedudukan watak, kesesuaian latar belakang dan susun letak dialog. Proses ini dilakukan dengan pensel. Apabila sudah siap, pekomik akan meneruskan ke langkah seterusnya iaitu melukis.

4. Melukis
Pada saat ini, pekomik akan mengerahkan segala kemahiran yang ada untuk memastikan hasil akhir yang terbaik dapat disampaikan kepada pembaca. Segala garisan-garisan kasar akan dihaluskan manakala ruang-ruang kosong akan dipenuhkan dengan lukisan-lukisan yang perlu. Proses ini juga dilakukan dengan pensel untuk memudahkan pengubahsuaian.

5. Proses inking
Setelah selesai melukis, pekomik akan menyudahkan lukisan mereka dengan menggunakan pen untuk melukis kembali lukisan yang telah mereka lukis dengan menggunakan pensel sebelumnya. Lukisan yang agak kabur kerana dilukis dengan pensel akan kelihatan terang dan menarik setelah dikemaskan dengan pen berdakwat hitam. Segala kesan pensel akan dipadamkan. Untuk kesan yang menarik, pen pelbagai saiz akan digunakan.

6. Susun letak dialog
Komik yang sudah siap diinking akan diimbas ke bentuk digital untuk diletakkan dialog bersesuaian dengan skrip yang telah disiapkan pada permulaan proses. Di sini juga dimasukkan tajuk komik tersebut. Juga bahagian-bahagian tertentu akan diwarnakan secara minimal bagi lukisan hitam dan putih.

7. Mewarna
Bagi produksi komik berwarna, komik akan diwarnakan sama ada secara digital atau tradisional. Saya akhirkan langkah ini kerana kebanyakkan komik disiarkan secara hitam dan putih. Bagi pekomik yang berkemahiran dalam mewarna secara tradisional seperti mewarna dengan cat air, cat poster, cat minyak dan sebagainya, proses ini dilakukan sebelum lukisan itu diimbas ke bentuk digital untuk diletakkan dialog. Manakala jika pekomik berkemahiran dalam mewarna secara digital, komik akan diimbas ke bentuk digital dan diwarnakan sebelum diletakkan dialog.

Jika kesemua langkah ini dilakukan seorang diri, sudah tentu ia sangat memenatkan. Adalah lebih baik jika dapat bekerjasama dengan beberapa orang untuk siapkan satu komik. Bak kata pepatah, "Sepakat membawa berkat."

Oh, saya perlu siapkan komik saya. Baru siap inking 1 muka surat. Ada 3 muka surat lagi yang menanti...
Reblog this post [with Zemanta]

Ulasan

  1. klu ada minat & berbakat tentu boleh kan...

    BalasPadam
  2. yg lain k kot tp tang kaler kantoi..entahlah kenapa jd gitu sejak dari dulu lagi. kalo grafik takda hal sgt tp fine art, hmmm sodih

    BalasPadam
  3. @Ku Ina Jentayu Tiara
    Ya, minat dan bakat itu penting. Bila dah minat, tak tidur pun sanggup, macam saya semalam :-)

    @Shitsurei Shimashita
    Oh, saya pun fail bab mewarna. Satu hal yang saya pelajari, melukis dan mewarna perlukan kesabaran yang tinggi.

    BalasPadam
  4. bila dah minat..sume leh jadik..
    go,go abe medan..wakaka..

    BalasPadam
  5. @Mat Pih
    Yup! Oho... Macam kamu... minat motor!

    BalasPadam
  6. @Caturist
    Saya melukis komik. Adakah itu melayakkan saya untuk dipanggil pelukis komik?

    BalasPadam
  7. Ya. Sudah tentu kamu layak. Bagaimana saya boleh dapatkan karya anda?

    BalasPadam
  8. @Caturist
    Setakat ini saya tak kumpul lukisan sendiri, dan belum siarkan di mana-mana. InsyaAllah, akan diusahakan jika masa mengizinkan.

    BalasPadam
  9. Insyallah.. jgn lupa kirimkan pada saya ya. Supaya dapat saya ceritakan kpd anak nanti.

    BalasPadam
  10. @Caturist
    Anak? Oho, insyaAllah...

    BalasPadam
  11. Ya. Saya mempunyai seorang anak lelaki berumur 4 tahun. Sedari kecil saya telah didedahkan dengan pelbagai buku dan komik oleh arwah bapa.

    Maka sekarang tugas saya pula.

    BalasPadam
  12. @Caturist
    Oh, bakat keturunan rupa-rupanya. Moga suatu masa nanti akan dapat menghasilkan karya yang menyedarkan manusia dari kelalaian. InsyaAllah.

    BalasPadam
  13. Ya. Setiap 'laluan' boleh difungsikan 'sama'!

    BalasPadam
  14. rnuu2 icy habe uaych so sgepalent

    BalasPadam
  15. wassss?????? ich habe niucht vers tansden uuhuhhhhhhhhhhhhhhhhhhh majksud nya

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Hari yang memenatkan

Jenis fi'il dan hukum-hukumnya

Rukun Islam dan rukun Iman