Kenapa murung?

http://fmp.cit.nih.Image via Wikipedia
Kawan yang baik akan perasan bahawa saya agak murung kebelakangan ini. Kerana itu saya bertenggek di tengah-tengah kawan-kawan yang ramai untuk menghiburkan hati. Namun, kenapa murung?

Ada satu perkara yang merisaukan saya.

Pembedahan jantung

Ayah saya ingin melakukan pembedahan resdung, namun atas nasihat doktor, pembedahan jantung perlu dilakukan terlebih dahulu. Maka, pembedahan tersebut dijadualkan pada hari Selasa lepas. Dan saya mula gelisah.

Malam itu, ketika majlis mawlid diadakan di dataran rumah negeri, bagaikan terbayang-bayang di mata saya akan kesakitan yang dialami ketika pembedahan. Jantung berada di sebalik rusuk. Untuk membuat pembedahan jantung, sudah tentu rusuk itu perlu dipotong. Pesakit akan dibius dan digagahkan dengan mesin. Demikian apa yang tergambar dalam benak saya. Dada saya pula terasa bagaikan dihiris sama. Ngilu!

Apabila saya mendapat SMS dari Ayed yang menyatakan semuanya selamat, barulah saya kembali lega.

Cerita sebenar

Semalam, K.nor menceritakan segala-galanya. Pembedahan yang Baba lakukan bukanlah coronary bypass. Maka, dada Baba tiada torehan langsung. Juga tiada rusuk yang dipotong. Apa yang doktor lakukan ialah, membuka laluan di peha Baba dan memasukkan wayar hingga sampai ke jantung untuk membuka kembali pembuluh darah Baba yang tersumbat. Apa yang menariknya, Baba sedar ketika proses berkenaan dijalankan dan dia boleh nampak apa sebenarnya yang berlaku.

3 pembuluh darah yang besar yang menyalurkan darah ke jantung Baba telah tersumbat. Salah satunya langsung tidak mengalirkan darah. Maka, doktor telah memasukkan alat untuk menolak lemak yang menutup saluran tersebut dan segalanya berfungsi seperti biasa.

Cuma Baba perlu tunggu 3 bulan sebelum dibenarkan untuk membuat pembedahan resdung.

Lega bila mendengar segalanya selamat.

Allahumasyfi abi. La syifa-a illa syifa-uk. Syifa-an la yughadiru saqaman wala alaman.
Reblog this post [with Zemanta]

Ulasan

  1. moga bapa saudara cepat sembuh dan dpt menjalani kehidupan seperti sedia kala bersama keluarga tercnta.. bykkn bsbr n bdoa k..
    setiap penyakit mesti ada ubatnya...

    BalasPadam
  2. @Cebisan Harapan
    Terima kasih atas nasihat dan doa. Ini antara ujian belajar jauh dari keluarga. Hanya suara pengubat rindu...

    BalasPadam
  3. salam. owoh, br prsang tgk tweet ust dhanz. ambe agok tsentuh dgn kalam tu."Kawan yang baik akan perasan bahawa saya agak murung kebelakangan ini. Kerana itu saya bertenggek di tengah-tengah kawan-kawan yang ramai untuk menghiburkan hati. Namun, kenapa murung?"

    mtk mf, xsdor,xnapok plk ust dhanz br2 ni. alhamdulillah, slmat blake tu.moge sehat skmo abuuka i.Allah.. doa dr ank d bumi anbiya pasti mnjadi barokah besar n mjadi syifa utk nya i.Allah

    BalasPadam
  4. alhamdulillah segalanya selamat...semuanya ketentuan Allah.tiada penyakit yang tak dapat dirawati melainkan mati...ceria selalu walaupun dirimu kemurungan...=)

    BalasPadam
  5. alhamdulilah.. semua sudah selamat ye. semoga ayahnya sihat seperti sediakala.

    BalasPadam
  6. Salam, Alhamdulliah ayah saudara selamat..semoga saudara tidak murung lagi

    BalasPadam
  7. @Kawan Juge
    Waalaikumussalam. Tak ada masalah. Sekadar bercerita. Sama-sama jaga kesihatan diri dan keluarga.

    @Kembara
    Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah...

    @Aida Alias
    Amiin ya Rabb!

    @AinalHasnida
    Waalaikumussalam. Alhamdulillah, tak murung dah :-D

    BalasPadam
  8. setiap yang berlaku ada hikmahnya..fasobrun jamil..wallahul musta'anu ala ma tasifun...

    BalasPadam
  9. @Bintu Hassan
    Ya, setiap yang berlaku ada hikmahnya. Dan banyak kali saya terpana bila disingkap hikmah kejadian...
    Subhanallah!

    BalasPadam
  10. ALHAMDULILLAH...sy juga salah seorang bekas pesakit jantung berlubang sejak kecik...
    smga ayah tersayang en. terus sihat=)
    entry kali ni sgt menyentuh hati, bagai terasa pula pengalaman saya

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Hari yang memenatkan

Jenis fi'il dan hukum-hukumnya

Rukun Islam dan rukun Iman