Satu pagi yang dingin...

View from Al-Azhar ParkImage via Wikipedia
Pagi. Bukan pagi biasa. Awal pagi.

Sengaja saya memilih untuk meredah kesamaran pagi semata-mata kerana rindu pada angin sejuk yang semakin menghilang dengan ketibaan ribut pasir yang menandakan penghujung musim sejuk.

Bila tiba musim panas, hanya waktu pagi yang menjanjikan kedinginan. Siang dan malam akan dibaluti dengan hawa panas. Menggusarkan jiwa yang manja dengan kesejukkan. Berjalan di antara bangunan-bangunan yang seakan-akan sama membuat hati sedikit gusar, kerana bukan sekali terdengar kes samun di kawasan ini. Hati terasa cuak, maka langkah dipercepatkan. Serentak dengan itu, dada menjamah kesejukan angin pagi.

Cerita tentang bawab

Tatkala warga Kaherah tidur, kelihatan bawab-bawab sedang mengelap kereta majikan mereka. Satu tugas yang perlu di sini. Setiap kereta perlu dilap sekurang-kurangnya sekali sehari atau anda akan dilihat memandu kereta yang disalut debu. Ia bukanlah satu keaiban di sini kerana saya pernah lihat kereta yang lebih teruk keadaannya memacu laju di jalan raya Kaherah. Tetapi fitrah manusia tetap cintakan kebersihan.

Tugas mereka mudah -- mengelap bukan mencuci -- tetapi leceh. Hanya air yang sedikit diperlukan. Kadang-kadang mereka gunakan minyak tanah. Ini dapat saya pastikan melalui bau yang meruap menusuk hidung apabila berpapasan dengan kereta-kereta yang baru dilap. Memang minyak tanah lebih mudah menanggalkan kotoran terutama kesan yang berminyak. Namun ia tetap tidak sesuai untuk membasuh pinggan atau periuk. Tak pasal-pasal akan ada yang keracunan.

Saya tak dapat sembunyikan rasa kagum saya pada mereka. Awal pagi lagi sudah memulakan hari dengan keringat. Saya tertunduk malu. Apatah lagi bila melihat anak mereka yang masih bersekolah turut membantu. Oh...

* Bawab -- Penjaga bangunan. Setiap bangunan rumah bertingkat di Kaherah akan ada yang menjaga bangunan tersebut. Mereka biasanya jadikan bawah tangga sebagai kediaman mereka. Mereka menerima upah dengan memudahkan urusan harian penghuni bangunan tersebut. Saya difahamkan wujudnya Persatuan Bawab yang menjaga kebajikan dan hak mereka.
Reblog this post [with Zemanta]

Ulasan

  1. bawab ni org luar ke org tempatan?

    BalasPadam
  2. @Faizal
    Bawab ni warganegara Mesir jugak, tapi biasanya dari kampung datang ke bandar untuk cari rezeki...

    BalasPadam
  3. oo..bawab namanye. lebih kurang cam kat jordan gak la.. tp kitorang panggil penjaga bangunan tu "haris". die just jaga kebersihan bangunan n uruskan masalah pasal rumah.. lap2 kete x kut. diorang ni mmg rajin bekeje.bgus tul.

    BalasPadam
  4. @S'lina
    Oo... Kat Jordan panggil haris. Kat Mesir panggil bawab.

    Tugas bawab di sini biasanya basuh tangga sekali sebulan. Kalau bayar lebih, cuma tinggalkan plastik sampah di luar rumah, mereka akan tolong buangkan ke tong sampah besar. Kalau ada kereta, mereka akan lap kereta jika disuruh.

    Apa yang lebih menginsafkan ialah, anak-anak meeka turut bantu mereka buat kerja. Kecik lagi dan usung penyapu, tangga, hos air... yang semuanya lebih besar saiznya berbanding badan mereka...

    Oh...

    BalasPadam
  5. Salam,

    Hebat benar, kami di UK kalau tinggal di hostel, panggilan nya adalah porter,tapi semuanya tua2! dan tiada anak2 yang membantu...:D

    Bagaiman Cairo saat ini? masih bergolak dengan bom kah?

    BalasPadam
  6. kat DISH pon ade bawwab la maksudnye sekarang..yg basuh2 tangga tu kan??

    BalasPadam
  7. ooo..bawwab pun ada jam'iyyah tersendiri?
    memang mantop la!mesti markaz dia dekat sekitar Bawabah kan?:P

    BalasPadam
  8. @Nur
    Waalaikumussalam.
    Taraf hidup di sini berbeza di UK. Maka, tidak hairan jika anak-anak turut membantu ibubapa mereka dalam meneyelesaikan urusan harian.
    Kejadian letupan memang ada. Cuma tidaklah selalu. InsyaAllah, segalanya selamat.

    @Bintu Hassan
    Itu bawab bangunan sebelah.

    @Cucu Dagang
    Perlu ada persatuan agar kebajikan terjaga. Kalau tak, mesti berlaku dua keluarga bawab berebut satu bangunan untuk dijaga.
    Markaz sekitar Bawabah? Kenapa tak Atabah?
    Hehe!

    BalasPadam
  9. kesian plak dengar cerita bawab2 nih..sekurang2nya mereka mencari rezeki yg halal

    BalasPadam
  10. @Rozita
    Itulah apa yang kami lalui dan lihat setiap hari di Mesir. Oh... Rindu Malaysia...

    BalasPadam
  11. kat M'sia kita dah tahap leh dikata mewahkan, keja2 yg bermain bakteria dan minyak ni x sgt kita pandang. Walaupun ada tp susah mo jumpa dan kita bersyukur dgn rahmat Allah kpd negara kita tp...sayang da yg tidak menjaganya dgn jujur amanah yg diberi.

    BalasPadam
  12. @Shitsurei Shimashita
    Itulah hakikatnya yang berlaku di Malaysia. Kalau bukan orang yang buat silap, kita sendiri... Moga diberi kekuatan untuk terus baiki diri, amiin ya Rabb!

    BalasPadam
  13. Sayu nyer...

    Kat Malaysia pun ada, tapi kami panggil cleaner. mereka pungut sampah dari bakul sampah ke dalam tong besar kat luar bangunan. kadang2 buang sawang kat ceiling, basuh corridor n tandas. kebanyakan mereka dari Indonesia. diorang biasa rehat kat bawah tangga je, atau kat dalam bilik kecik,kat tepi tandas. Kesian diorang.

    BalasPadam
  14. @Anonymous
    Waalaikumussalam.

    Oh, dah banyak perkataan yang kita dapat kumpulkan di sini:

    Bawab = Haris = Porter = Cleaner

    Nampak serupa, tapi sebenarnya tak sama...

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Hari yang memenatkan

Jenis fi'il dan hukum-hukumnya

Rukun Islam dan rukun Iman