Tuliskan matlamat hidup anda, tetapi...

Writing sample: Lamy VistaImage by churl via Flickr
"Tuliskan matlamat hidup anda, tetapi lakukannya dengan pensel."


Demikian bunyinya satu kata-kata yang berjaya memenuhkan minda saya dengan senyuman. Sebetulnya, dua hari yang lepas saya membantu kawan serumah saya membaiki komputer-komputer yang diserahkan kepadanya untuk dibaiki.

Komputer rosak

Menolong orang membaiki komputer mengajar saya banyak benda. Banyak ilmu baru yang diperolehi. Namun, sebagai bayaran, kepala akan berserabut memikirkan masalah yang tidak selesai. Saya tahu, inilah lumrah dalam belajar. Permulaannya banyak kesulitan. Bahkan terlalu banyak. Sedang pengakhiran itu tidak nampak.

Setakat ini, masalah yang berkaitan dengan hardware driver sangat memeningkan. Yang ada tidak sesuai dengan Windows XP. Yang sesuai dengan Windows XP pula tidak sesuai dengan hardware. Maka berpusing-pusinglah dalam ruang lingkup yang sama hingga saya sendiri terlingkup, tertidur dengan kepala yang pusing. Oh...

Namun, benarlah dalam kesusahan itu ada kemudahan. Bahkan ada kemudahan yang berganda. Semalam, ketika saya bersemangat untuk melukis, tiba-tiba terlintas idea-idea untuk memudahkan proses melukis.

Scanner rosak

Apabila komik itu telah siap, tiba-tiba saya dapati scanner saya pula yang tidak dapat berfungsi. Hajat di hati ingin simpan komik ini dalam komputer sebelum diserahkan salinan asal kepada penganjur pertandingan. Saya benamkan dahulu hasrat itu sementara mood saya untuk membaiki scanner ini datang.

Ketika berjalan pulang sekejap tadi, saya terfikir, "Bagaimana dalam satu keadaan saya dapat cetusan idea yang tak disangka-sangka, sedangkan dalam masa yang sama, tak datang pula idea untuk selesaikan masalah yang ada."

Hati jangan rosak

Ya, semua itu pemberian Allah Subhanahu wa Taala. Sehebat manapun idea yang datang, itu semua pemberianNya. Sebab itu seorang mukmin, apabila diberi ni'mat dia bersyukur dan apabila diberi ujian dia bersabar. Sifat yang sedemikian membuatkan Rasulullah Sallallahu alaihi wasallam kagum.

Terima kasih kepada Nasir yang menyarankan kepada saya supaya bersabar. Dia lebih arif tentang selok-belok kemahiran membaiki komputer, tentu dia lebih tahu keperitannya. Sedang saya di sini baru ingin berjinak-jinak demi memanfaatkan masa untuk membantu kawan-kawan.

Semoga segalanya dipermudahkan! Amiin ya Rabb!
Reblog this post [with Zemanta]

Ulasan

  1. apa jadi kalau hidup tanpa matlamat?

    BalasPadam
  2. @Rozita
    Hidup tanpa matlamat ibarat mengembara tanpa peta. Kelebihannya banyak kejutan, kekurangannya mungkin tersesat dipertengahan jalan. Maka, hati-hati...

    BalasPadam
  3. oh. saya tiba2 terfikir. Kenapa perlu menulis matlamat dengan pensil?adakah supaya senang untuk di padam ia? Kedengaran seperti tidak yakin dengan matlamat itu . . .**hanya berfikir**

    BalasPadam
  4. @Balqissy
    Ya, supaya mudah untuk diubahnya bila perlu. Bukan kerana tidak yakin. Tetapi bagi memenuhi fitrah, kita merancang, Allah Subhanahu wa Taala yang menentukan.

    Apa-apa pun, kata-kata ini tiada sandaran yang kukuh melainkan pengalaman hidup semata-mata...

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Hari yang memenatkan

Jenis fi'il dan hukum-hukumnya

Rukun Islam dan rukun Iman