Ketatkan yang longgar

Alhamdulillah, hari ini dapat pengisian dari kawan yang prihatin.

Sudah tiba masanya untuk saya ketatkan beberapa hal yang longgar sebelum ini. Beberapa peristiwa sebelum ini banyak membantu untuk saya mencuba lagi sekali.

Jika anda dapat rasakan sebarang perubahan, saya sebenarnya tidak berubah. Saya pernah begini dahulu. Cuma kebelakangan ini saya berubah. Kini, saya ingin kembali seperti dulu.

Setelah saya dapat buktikan dengan yakin bahawa bintang akan tetap bersinar walau cahayanya tidak diperlukan di siang hari, saya kembali dengan tagline lama, berubah untuk merubah.

Doakan yang terbaik.

Amiin ya Rabb!

Ulasan

  1. Assalamu'alaikum,

    Saya tersalah faham semasa membaca tajuk. Saya ingatkan cerita tentang hal lain, rupanya hal lain.

    Semoga Encik Rdhanz dapat mengetatkan apa yang sepatutnya ketat. Pegangan kita, ikat ketat-ketat.

    Semoga ramai juga yang melonggarkan apa yang sepatutnya longgar, yang tidak sepatutnya ketat. Pakaian kita, jangan sampai sendat. [semasa membaca tajuk, saya ingatkan hal ini].

    Meletakkan sesuatu betul pada tempatnya, itulah yang terbaik. Penambahbaikan yang berterusan, itulah yang perlu sama-sama kita usahakan.

    BalasPadam
  2. "Urusan yang susah apabila ia dapat dimulakan cukuplah menjadi bukti ia dapat dilaksanakan"
    //Muntalaq

    Khair insyaAllah :)

    BalasPadam
  3. @Bro_mie: Sama-sama doakan.

    @Aiyrie: Waalaikumussalam. Sengaja pilih tajuk yang sensasi. Hehe. Doakan kami di sini.

    @Al-Fatih: True!

    BalasPadam
  4. berubah tu umpama berhijrah..amat di sukai, tp biarlah dr yang tak baik kpd yg baik, jgn pula sebaliknya~salam

    BalasPadam
  5. @Rozita: Demikianlah yang diharapkan.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Hari yang memenatkan

Jenis fi'il dan hukum-hukumnya

Rukun Islam dan rukun Iman