Rancangan Riz Khan dari saluran Al-Jazeera membincangkan tentang 'Shadow Elite' -- golongan elit yang memanipulasi sistem kerajaan di Amerika Syarikat untuk kepentingan mereka.
Siapakah yang menentukan polisi Amerika Syarikat? Fahami bagaimana peranan syarikat-syarikat swasta yang semakin berpengaruh dalam pentadbiran di Amerika Syarikat.
Image by Cool Hossam !! via Flickr 3 jenis fi'il: 1. Madhi 2. Mudhari' 3. Amar Fi'il madhi: Apa yang menunjukkan berlaku peristiwa pada masa lalu. Menerima ta' ta'nith sakinah (ta' fa'il). Hukumnya: Mabni dengan baris atas. حضرَ Fi'il amar: Apa yang menunjukkan meminta sesuatu. Menerima ya' muanathah mukhotobah. Hukumnya: Mabni dengan baris mati atau dengan buang huruf. احضُر Fi'il mudhari': Apa yang menunjukkan sesuatu yang sedang berlaku atau akan berlaku. Mesti didahului salah satu dari: alif, nun, ya' atau ta'. Hukumnya: 1. Mabni: i) Dengan baris atas: Jika bersambung dengan nun tawkid. ii) Dengan baris mati: Jika bersambung dengan nun inath. ليسجنَنَّ/ والوالدات يرضعْنَ 2. Mu'rab: i) Rafa': Jika bebas dari sebab nasab dan jazam. يحضرُ ii) Nasab: Jika didahului dengan: - Apa yang menasabkan dengan dirinya sendiri: an, lan, izan, kai. - Apa yang menasabkan dengan 'an' yang tersem
28 Ramadhan 1430H Jumaat, 18 September 2009 Kami pulang agak lewat. Sampai di rumah, saya cuma sempat tidur sedikit. Kemudian, Mama kejutkan saya untuk sahur. Hajat di hati ingin tidur semula. Tapi, sebab bersembang, saya tak sempat untuk tidur. K.wa dan A.fili sampai dari Perak dengan anak-anaknya. Tambah lagi sebab untuk tidak tidur. Anak-anak K.wa memang comel semuanya; Sarah, Fathir dan Syifa. Kemudian Mama ajak saya ke Batu 6 untuk dapatkan daging. Mama berhajatkan tulang rusuk. Sebab itu kami perlu cepat. Di Batu 6, saya ternampak Cikgu Rowena yang mengajar saya Sains ketika Tingkatan 3. Tak sempat untuk saya tegur. Selepas berbincang, akhirnya saya dan Ebah perlu ke Mydin Mall. Keadaan sudah sesak sungguhpun masih awal pagi. Saya terpaksa letak kereta di Terengganu Trade Centre (TTC), kira-kira 10 minit berjalan. Mujur kami ke sana berdua. Untuk timbang sayur pun perlu beratur panjang. Di sana saya sempatkan diri untuk menyapa Fakhruddin, junior di SMAASZA yang kini bela
Poskad Originally uploaded by rdhanz Kebiasaannya, untuk menghantar barang ke Malaysia, pelajar-pelajar di sini mengirim terus ke keluarga masing-masing melalui rakan-rakan atau kenalan-kenalan yang pulang ke Malaysia. Cara ini paling selamat dan terjamin. Tapi, disebabkan yang ingin pulang sendiri punya banyak barang untuk dibawa pulang, tambahan ada had maksimum barang yang boleh dimasukkan ke dalam karga pesawat, maka kaedah ini tidak sesuai digunakan melainkan untuk tujuan-tujuan mustahak. Awal tahun ini (2008), ketika itu saya mengalami masalah kebosanan yang agak serius. saya tercari-cari jalan penyelesaiannya dan tiba-tiba terjumpa dengan Postcrossing . Satu laman web komuniti bagi pengumpul poskad dari seluruh dunia. Saya mendapati ia adalah sesuatu yang menarik untuk dicuba bahkan untuk diuji. Kerana sejak mula-mula tiba di Mesir, saya tidak pernah menggunakan khidmat pos di sini. Pernah juga terdengar cerita-cerita tentang masalah-masalah yang berlaku ketika berurusan dengan
Ulasan
Catat Ulasan