Ramadhan terakhir

Bagaimana jika Ramadhan ini Ramadhan terakhir anda?



ISMA-Mesir akan mengadakan program persediaan Ramadhan dengan tema 'Ramadhan Terakhir' di Dewan Rumah Sarawak, Hayyu Asyir.

Memang Ramadhan menjanjikan suasana serba lain di Mesir. Seakan-akan semua orang berlumba-lumba untuk melakukan kebaikan. Yang paling mudah untuk dilihat ialah sedekah kurma ketika berbuka dan mengagihkan air sejuk dan minyak wangi di masjid.

Cuma, mungkin tahun ini lebih mencabar berbanding tahun-tahun sebelumnya kerana cuaca sangat panas sekarang. Sekitar 35 - 42 Celcius. Moga-moga fizikal kami dapat bertahan.

Ramadhan menjadi bukti hebatnya peranan suasana dalam mendidik masyarakat. Sememangnya bulan Ramadhan adalah bulan ibadah. Apabila semua orang sama-sama menahan nafsu kerana Allah Subhanahu wa Taala, maka masing-masing akan saling menguatkan.

Jauh dari rasa cemburu kepada orang yang berbuat maksiat. Bahkan orang yang melazimi maksiat berasa terpinggir dan ingin turut menyertai memeriahkan Ramadhan dengan ibadah.

Oleh itu, tak kira betapa jauhnya kita rasa di hadapan Allah Subhanahu wa Taala, inilah detik terbaik untuk kita dekatkan diri kepadaNya dan berdoa agar kekal dalam keadaan yang baik hingga akhir hayat.

Inilah peluang. Buat amal tanpa rasa segan. Saudara-saudara seIslam yang lain akan turut sama membantu. Baiki keadaan. Semoga Ramadhan ini menjadi yang lebih baik berbanding yang telah berlalu.

Renungkanlah. Andai ini Ramadhan terakhir kita. Adakah ia akan jadi satu keberuntungan, atau satu lagi penyesalan.

Moga-moga ia bukan setakat satu keberuntungan. Bahkan keberuntungan yang tak putus-putus.

اللهم بلغنا رمضان

Untuk memeriahkan suasana Ramadhan anda, saya ada ole-ole percuma untuk anda semua. Poster 'Ramadan Reminder' yang datang dalam enam warna yang menarik. Print dan tampal pada mana-mana ruang dalam rumah anda. Semoga menjadi peringatan kepada kita bersama. Poster ihsan Syukran Team.


Enhanced by Zemanta

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Hari yang memenatkan

Jenis fi'il dan hukum-hukumnya

Rukun Islam dan rukun Iman