10.10.10, 10.10am GMT, Pelancaran Ubuntu 10.10

Logo Ubuntu
Penat menunggu. Akhirnya tiba juga.

Ubuntu 10.10. Keseinambungan dari Ubuntu 10.04 yang dilancarkan pada April 2010.

Ubuntu adalah operating system yang berasaskan sistem Linux yang dijadualkan pembaharuan versi dua kali setiap tahun; April dan Oktober.

April yang lalu telah menyaksikan perubahan yang ketara berbanding versi 9.10. Daripada pemerhatian saya, 10.04 lebih mendekati gaya MacOS.

Saya baru beberapa jam menggunakan Ubuntu 10.10. Ada beberapa perkara yang telah diperbaiki dan ada beberapa perkara masih belum diselesaikan. Secara keseluruhan, tidak banyak beza dengan versi 10.04 jika dilihat dari sudut paparan. Tapi, dari sudut user friendly, saya dapat rasakan peningkatan yang ketara.

Ubuntu maju dengan cepat dari versi ke versi. Komitmen untuk menyediakan versi baru dua kali setahun adalah usaha yang patut dipuji. Apatah lagi Ubuntu diedarkan secara percuma.

Cuma, untuk jarak antara Ubuntu dan Windows, masih jauh. Dengan MacOS, mungkin lebih dekat.

Masih terlalu awal untuk saya komen. Mungkin perlukan seminggu, atau lebih.

Kita tunggu dan lihat.

Update 13/10/2010: Sedikit masalah teknikal dengan NTFS Configuration Tool. Masih mencari alternatif yang selesa kepada Microsoft Office 2010 (Word dan Publisher) dan Photoshop CS5.

Ulasan

  1. slm,apa maksud jarak antara Ubuntu dan Tetingkap msh jauh.dr segi mana?kl dr sudut userfriendly mmkn bo dtrma..Dan Mac OS is far better than Window..

    BalasPadam
  2. Waalaikumussalam. Saya lihat dari sudut software-software yang biasa digunakan.
    Software Linux masih banyak yang interfacenya kartun walaupun fungsinya bagus.
    Software MacOS pula, mungkin interfacenya hebat, tapi masih lagi terhad berbanding Windows.
    Ini pemerhatian amatur saya. Setakat ini saya masih berpuas hati dengan Ubuntu 10.10, walaupun sedang hadapi beberapa masalah teknikal. Harap dapat temukan penyelesaian tanpa sakit kepala.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Hari yang memenatkan

Jenis fi'il dan hukum-hukumnya

Rukun Islam dan rukun Iman