Macam mana nak hubungkan blog ke Twitter dan Twitter ke Facebook? [KEMASKINI]

Macam mana nak hubungkan blog ke Twitter? Macam mana nak paparkan link ke blog secara automatik di Twitter, sebaik sahaja tulisan disiarkan?

Ada beberapa web apps yang boleh membantu. Saya gunakan TwitterFeed. Anda perlu daftar dan boleh hubungkan lebih dari satu blog ke akaun Twitter anda.

Apa yang anda perlukan ialah alamat RSS blog, atau nama lainnya Feed. Bagi pengguna blogspot, alamatnya adalah seperti ini:
http://nama-blog.blogspot.com/feeds/posts/default
Di mana nak dapat alamat ini? Cuba scroll ke bawah blog anda dan anda akan dapati satu link yang bertulis 'Subscribe to: Posts (Atom)'.

Di sini juga anda boleh hubungkan blog dengan akaun Facebook, tetapi saya ada satu cara lain untuk saya kongsikan.

Macam mana nak hubungkan Twitter ke Facebook? Macam mana nak paparkan apa yang ditulis di Twitter secara automatik di Facebook?

Saya gunakan Facebook app Twitter. App ini akan memindahkan secara automatik apa yang anda tulis di Twitter terus ke Facebook profile anda, melainkan tweet yang mengandungi tanda @ (mention).

Ok, dapat?

Ada soalan lain?

:-D

P.s.: Saya tak dapat login ke Facebook atas sebab maintainance. Maka saya tak dapat sediakan link untuk Facebook app Twitter. Jika anda boleh login, search Twitter dan anda akan temui app tersebut.

Ulasan

  1. what is feed name?
    mk me isi ape kt situ?

    BalasPadam
  2. Untuk blogspot: http://nama-blog.blogspot.com/feeds/posts/default

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Hari yang memenatkan

Jenis fi'il dan hukum-hukumnya

Rukun Islam dan rukun Iman