Kering

Kering.

Itu saja perkataan yang saya jumpa untuk wakilkan apa yang saya rasakan sekarang.

Mungkin tak tepat.

Melihat kembali tulisan-tulisan lama, nampak sangat berbeza. Seakan-akan berlaku banyak perubahan.

Kalau pun benar telah berubah, sebenarnya bukan perubahan dalam erti kata menjadi sesuatu yang lain. Tapi perubahan dalam erti kata menonjolkan sesuatu yang lain.

Tiada apa yang berubah sebenarnya. Cuma pada satu ketika, satu sisi dari sisi-sisi kita yang banyak lebih tertonjol berbanding yang lain. Hari ini, sisi yang lain pula tampak di depan mata.

Biarlah sisi mana pun yang tertonjol. Asal yang baik-baik.

Yang buruk-buruk disorok, ditanam, dikebumikan. Bersama niat-niat untuk jadi jahat.

والله المستعان

Ulasan

  1. basahkan kekeringan...suburkan kebaikan..=)
    semoga berjaya abe k, dalam mengharungi saat-saat akhir peperiksaan!

    BalasPadam
  2. Hi saya nak tahu macam mana awak boleh dapat @elijahmanor untuk follow awak kat twitter?

    BalasPadam
  3. @Anonymous: Tak sengaja, kot?

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jenis fi'il dan hukum-hukumnya

Rukun Islam dan rukun Iman