Catatan

Ramadhan dan Jumaat di Leeds

21 Ogos 2009 Saya berterawih, bersahur dan Solat Subuh, kemudian tidur. 9.00am: Bangun dari tidur saya layari Internet dan bersiap untuk Solat Jumaat. Pada mulanya saya dan A.tohir bercadang untuk berjalan. Menurut K.nor agak jauh. Tiba-tiba hujan turun renyai-renyai. Kami batalkan hasrat untuk berjalan. Dengan kereta, A.tohir letakkan kereta berhampiran tempat dia belajar dan kami berjalan meredah hujan renyai-renyai ke masjid. Seketika kami berhenti kerana hujan agak lebat. Masuk ke masjid, khutbah sudah dimulakan. Sangka saya khutbah dalam Bahasa Inggeris. Rupa-rupanya dalam Bahasa Arab. Bahasa yang khatib gunakan sangat lancar dan mudah difahami. Mengikut gaya khutbah, saya menjangkakan khatib dari Mesir, tapi bahasa yang digunakan sangat baku membuatkan saya sangsi dengan tanggapan pertama saya. Khatib menjelaskan perihal Ramadhan. Kebetulan hari pertama Ramadhan di Leeds ini hari Jumaat. Jemaah diingatkan tentang kelebihan Ramadhan dan ibadah yang disarankan diamalkan da...

Membeli-belah di Leeds

19 Ogos 2009 4.40am: Bangun dari tidur, Solat Subuh, kemudian melayari Internet. Tak lama selepas itu, menonton TV. K.nor sediakan sarapan. Nasi lemak sambal bilis. Lama benar tak merasa nasi lemak sesedap ini. 11.00am: Kami semua ke Morley dengan menaiki kereta. Pemanduan dibantu dengan satellite navigation yang lebih dikenali di sini dengan panggilan Tom Tom. Peta dipaparkan dan dibantu dengan arahan audio. Tiba di Morley, kami dikelilingi premis yang menjual pelbagai barang terpakai. Hasil jualan akan disalurkan ke organisasi kebajikan yang menaungi premis tersebut. Ada organisasi untuk jantung, orang tua, kanak-kanak autism dll. Barang-barang dijual dengan harga yang murah kerana semuanya didermakan orang ramai. 2.30pm: Kami pulang dengan barang-barang yang dibeli. Untuk diri sendiri dan juga sebagai hadiah buat sanak saudara di Malaysia. Tiba di rumah, kami berehat dan K.nor sediakan nasi ayam. Saya makan dengan berselera. Maklumlah, nasi ayam beras basmati. Tak jumpa di ...

Berehat di Leeds

17 Ogos 2009 Saya merayau-rayau di stesen bas. A.tohir kata dia dalam perjalanan. Saya duduk. Tak ramai orang di stesen. Sunyi. Saya mencari-cari wajah yang saya kenali. Tiba-tiba, bila saya berpaling ke kanan, saya ternampak A.tohir sedang menghampiri. Alhamdulillah! Kami menuju ke kereta. Kelihatan K.nor tersenyum dari dalam kereta. Masuk saja dalam kereta, ada Ifah dan Ateef. Tapi Ateef sedang tidur. Kami terus menuju ke rumah K.nor. 8.30pm: Jarak antara stesen bas dan rumah tak begitu jauh. Saya tiba di rumah K.nor dan rehatkan diri. Saya dijamu dengan sup ketam dan ayam goreng. Selesai makan, saya lepaskan geram dan rindu kepada anak-anak K.nor. Ternyata mereka sangat gembira sehingga penat saya melayan mereka. Penat tapi puas. Malam semakin tua. Budak-budak sudah tertidur. Mata saya pun mula mengantuk. Cadangnya nak sembang dengan K.nor bila budak-budak sudah tidur, tapi masing-masing sudah mengantuk. Esok perlu bangun awal untuk Subuh. Subuh di sini awal. Pukul 3.30...

Disoal siasat

17 Ogos 2009 5.00am: Telefon saya berbunyi. Sengaja saya tetapkan penggera supaya saya tidak terlewat. Saya bergegas ke surau untuk solat. Saya tak boleh lengah-lengah. Kemudian saya beratur untuk check-in. Pegawai datang dan tanyakan tentang visa. Saya nyatakan bahawa rakyat Malaysia tidak perlukan visa untuk masuk UK kerana ada perjanjian antara dua negara. Dia seperti kurang yakin. Katanya, ada sebuah negara di Asia yang sebelum ini tidak perlukan visa ke UK tetapi selepas Ogos ini, rakyat negara ini perlukan visa. Saya tersenyum kelat. Malaysiakah itu? "As far as I know, I don't need visa to enter UK," saya beri penegasan. "I'll check." Dia menuju ke arah rakannya dengan pasport saya. Mungkin kepada pegawai yang lebih tinggi pangkatnya. Sememangnya saya sudah diberi peringatan bahawa urusan untuk masuk ke UK agak sukar. Saya mendekati mereka. Pegawai yang lain datang. Bahasa Inggerisnya bagus. Bahkan paling bagus di kalangan orang Turki ...

Selat Bosporus

16 Ogos 2009 5.40am: Saya bangun agak lewat pagi ini. Mungkin kepenatan setelah seharian berjalan semalam. Selesai solat saya layari Internet untuk elakkan diri dari tidur semula. Banyak juga yang perlu saya catatkan dalam blog. Kawan saya cadangkan saya meredah Selat Bosporus. Cadangan yang baik. Ia akan memakan masa selama enam jam. Saya pasti pemandangan yang indah sedang menanti. 8.40am: Saya bertolak dari rumah agak awal. Tapi terpaksa menunggu agak lama di hentian bas. Saya menunggu bas 43r yang membawa saya dari Rumeli Hisarustu ke Kabatasy. Bas agak lengang. Dari Kabatasy saya naik tram ke Eminonu yang telah saya ziarahi semalam. Tempat adanya Spice Bazar. Sampai sahaja di Eminonu, saya melintas jalan melalui laluan bawah tanah dan menuju ke jeti dan beli tiket feri pergi-balik. TL20 (RM40). Berpinar sekejap mata melihat harga yang terpapar. Sebabnya, dalam buku panduan yang tertulis ialah TL7.50 (RM15). Dua kali ganda lebih. Oleh kerana saya tiada rancangan lain, say...

Pasar seni di Eminonu

14 Ogos 2009 9.40pm: Akhirnya saya bertemu dengan kawan saya. Kami terus menuju ke Rumeli Hisarustu, kawasan di mana dia tinggal. Tiba di Rumeli Hisarustu, kami singgah di pasar raya dan beli susu, pisang dan air mineral. Sebelum ke rumah, kami singgah di kedai makan dan menikmati sup yang sangat sedap. 11.00pm: Kami tiba di apartment. Dia akan tinggalkan saya sendirian di biliknya. Dia sendiri akan tidur di rumah kawannya, tiga minit dari situ. Dia tunjukkan bilik air dan dapur agar saya selesa untuk bergerak dalam rumah tersebut. Sebetulnya dia tinggal dengan beberapa orang yang lain, namun kebetulan semua keluar. Dia nasihatkan saya agar berehat kerana perjalanan saya sangat jauh. Dia keluar dan saya basuh pakaian saya sebelum tidur. Sempat juga melayari Internet. 15 Ogos 2009 4.30am: Saya bangun untuk Solat Subuh. Tak lama kemudian saya terdengar laungan azan. Saya solat sekali lagi kerana menyangka solat saya yang sebelum ini tidak sah kerana belum masuk waktu. Rupa-rup...

Solat Jumaat di Masjid Biru

14 Ogos 2009 4.00am: Akhirnya kami tiba di Istanbul. Alhamdulillah. Tempat pertama yang saya tuju ialah masjid untuk saya tunggu Subuh. 4.30am: Tiba-tiba baru saya terperasan yang saya tertinggal Al-Quran di dalam bas! Saya bergegas ke stesen dengan menggalas beg. Tak berani saya tinggalkan beg di masjid. Semua barang adalah tanggungjawab peribadi. Di stesen, bas yang saya naiki sudah tiada. Saya beritahu kepada pemandu bas yang ada bahawa saya tertinggal Al-Quran di dalam bas dan tempat duduk saya bernombor lima. Mujur dia boleh berbahasa Inggeris. "Five minutes," ujarnya. Saya belum benar-benar lega sebelum dapat lihat sendiri Al-Quran tersebut. Saya menyalahkan diri sendiri kenapa terlalu cuai. Tak lama kemudian, seorang pemandu lain muncul dengan Al-Quran saya di tangannya. Alhamdulillah! Allahu akbar! Saya berterima kasih kepada kedua pemandu tersebut dan menuju ke masjid. Sebelum tiba di masjid saya buat keputusan untuk bersarapan. Saya pilih kacang panggang ...