PMPI09: Hari kedua

Marsa Matruh en ÉgypteImage by Dany et Maryse via Flickr
Hari bermula dengan tenang. Kami bersarapan di tepi pantai. Aktiviti hari ini letih dan basah. Ada sepuluh kumpulan semuanya. Dibahagikan kepada A dan B. Kami kumpulan B. Bererti kami perlu sudahkan permainan bola baling air sebelum bermain bola sepak pantai. Perlawanan dibuat secara liga. Maknanya, setiap kumpulan perlu bermain empat perlawanan untuk setiap permainan. Mujur tak dapat masuk peringkat akhir. Itupun dah penat separuh mati.



Kesempatan ini diambil sepenuhnya untuk melepaskan rindu pada air laut sambil kotorkan baju dengan pasir pantai yang sangat halus. Kami pulang untuk makan dan solat. Menu hari ini sup ayam.

Aktiviti seterusnya memerlukan setiap peserta menulis apakah yang dia rasakan pada peserta yang lain. Apabila permainan tamat, setiap peserta akan dapat sekeping kertas yang padanya tertulis apa yang dirasakan setiap peserta lain dalam kumpulan yang sama rasakan tentang dirinya. Saya terharu dengan apa yang ditulis kawan-kawan yang lain dan bercadang untuk letakkannya dalam bingkai gambar selepas pulang nanti.

Kemudian ada kuiz taaruf. Setiap kumpulan akan menghantar wakil. Urusetia akan kemukakan soalan berkenaan dengan peserta tersebut dan peserta lain perlu menjawab soalan tersebut dengan tepat. Permainan ini menguji sejauh mana kami saling mengenali. Alhamdulillah, banyak juga soalan yang terjawab.

Selepas itu, bermula kuiz yang melibatkan taruhan markah. Sebelum soalan dilontarkan, kumpulan perlu tetapkan berapakah markah yang berani ditaruhkan. Kami bermula dengan baik. Namun, oleh kerana terikut-ikut dengan rentak permainan, markah kami dipotong hingga 10 dari 100 lebih.

Di sebelah malam, kami bersiap untuk BBQ. Kami dibekalkan ayam dan ikan yang sudah siap diperap. Ketika kami sibuk membakar ayam, tiba-tiba tikus masuk ke dalam rumah. Kecil dan comel. Namun, tikus adalah binatang yang sangat berbahaya di sini. Ia punca taun yang boleh mengakibatkan kematian jika tidak dirawat. Maka, ia harus dihapuskan.

Selesai masak, kami bawa makanan ke tepi pantai. Tuan restoren izinkan kami makan di meja restorennya tapi dengan syarat perlu pesan minuman. Saya pesankan teh dan kami makan makanan yang kami bawa sepuas-puasnya dengan ditemani angin pantai. Semuanya berjalan dengan lancar, namun teh sampai agak lambat.

Kami pulang agak lambat. Saya tidur di luar bilik dengan harapan tidak bangun lewat.
Enhanced by Zemanta

Ulasan

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Hari yang memenatkan

Jenis fi'il dan hukum-hukumnya

Rukun Islam dan rukun Iman