PMPI09: Hari keempat

The United Kingdom is composed of four parts: ...Image via Wikipedia
Hari terakhir kami di sini.



Saham
Pagi itu kami bermain saham. Ia bermula dengan jujur. Apabila ada yang mengelat, maka semua cenderung untuk mengelat. Kumpulan kami tak mengelat, tapi guna syiling sebagai pemutus keputusan. Memang tak boleh dibuat contoh.

United Kingdom

Seterusnya, peserta pelajar Malaysia yang belajar di United Kingdom membuat pembentangan ringkas tentang kehidupan mereka di sana. Dua orang dari kami terpaksa pulang ke bilik untuk memasak kerana masa sudah suntuk.

 Tempat Keempat

Majlis penyampaian hadiah bermula. Tanpa disangka, kumpulan Mesra mendapat tempat keempat dari sepuluh. Sangat mengejutkan kerana kami tidak begitu menyerlah dalam pertandingan-pertandingan. Sekadar mendapat tempat kedua dalam beberapa pertandingan sahaja.

Selesai majlis, kami bergegas ke bilik untuk kemas dan makan. Alhamdulillah, semua beri kerjasama dan kami sempat makan dengan kenyang sebelum pulang.

Penghargaan

Demikian secara ringkas perkongsian pengalaman saya bersama kumpulan Mesra. Jutaan terima kasih buat Adam, Fauzi, Ibrahim, Muntakim, Saiful, Suhaib, Syafiq dan Thaaqib atas pengalaman yang bermakna ini. Juga buat semua peserta kumpulan lain dan penghargaan teristimewa buat pihak urusetia.

PMPI kali ini memang mantap!
Enhanced by Zemanta

Ulasan

  1. paling mesra. PMPI mengubah saya!
    *blog wajah baru,xtuka2 dah~ahakz!*

    BalasPadam
  2. @Pojie: Semoga ia adalah perubahan yang positif!

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Hari yang memenatkan

Jenis fi'il dan hukum-hukumnya

Rukun Islam dan rukun Iman