Rinduku terubat

Alhamdulillah, semalam sempat saya telefon keluarga di Malaysia.

Kina

Mula-mula saya telefon Kina. Saya sangka dia di Terengganu. Rupa-rupanya sudah ke UPSI. Dia tanya macam mana nak hubungi K.nor yang kini berada di UK. Saya pun tak tahu. Sebab sehari sebelum itu saya ada sms K.nor dengan nombor yang diberi. Ternyata tiada balasan. Dan sebelum saya telefon Kina saya cuba telefon K.nor, ternyata nombor yang diberi adalah nombor yang salah.

A.yed

Seterusnya saya telefon A.yed. Tiada jawapan. Seperti biasa saya akan telefon K.bae jika tak dapat hubungi A.yed. Cubaan saya berjaya. A.yed ada di rumah. Kedengaran suara halus Asyraf sedang minum susu. Baba keluar mengajar. Mama dan K.bae sihat-sihat saja.

Mama

Kami bertukar-tukar cerita. Kemudian telefon diserahkan kepada Mama. Rindu Mama. Dua minggu lebih tak telefon. Biasanya saya akan cuba telefon seminggu sekali. Ternyata Mama tunggu panggilan saya. Kebetulan dua minggu lepas agak kalut dan kewangan agak sesak. Alhamdulillah, sekarang semua dah stabil. Meja pun dah kemas kembali.

Setelah berbual panjang dengan Mama, saya tanyakan perihal nombor telefon yang K.nor bagi kepada kawan saya di UK. Katanya ada silap sedikit pada nombor tersebut. Maka, saya cuba telefon. Alhamdulillah, berjaya!

K.nor

K.nor baru tiga hari di sana. Katanya, dua hari sebelumnya dia dan anak-anak asyik tidur saja. Tidur terlalu awal dan bangun terlalu awal. Ikut jadual Malaysia. Ifa kadang-kadang ajak balik. Dia pernah sebut pada Mama yang dia akan pergi jalan-jalan dua hari saja. Padahal bukan dua hari, dua tahun.

K.nor sebak bila bercakap hal keluarga. Katanya, sungguhpun rumah di UK selesa, namun tetap rindukan Malaysia. Kalut, tapi bersama. Dia terharu melihat Kina yang rapat dengan Ifa dan K.bae yang rapat dengan Atif. Bahkan Ifa, bila bosan dia akan tanya K.nor, "Mana Mina?"

Angin di UK agak sejuk. Sebab tak biasa, Ifa melilau dalam rumah. Bila K.nor tanya, "Cari apa?" Dia jawab, "Ifa cari suis air-cond. Nak tutup air-cond. Sejuk sangat." Berderai tawa kami.

Jauh rasa rindu. Dekat rasa sayang. Hubungan kekeluargaan yang erat adalah anugerah. Syukur padaMu ya Allah, atas anugerah terindah ini.

K.wa

Kemudian, saya telefon K.wa. Alhamdulillah, semua sihat.

Rinduku terubat.

Nota:
Panggilan anak saudara pada kami:
K.nor dan A.tohir = Mama Long dan Ayah Long
K.gee dan A.zul = Migee dan Ayah Zul
K.wa dan A.pili = Miwa dan Ayah Chik
A.yed dan K.bae = Ayah Yed dan Mi E
Saya dan = Ayah K
Kina = Mina
Geeba = Acu

Ulasan

  1. Salam..k. Sebak bile baca perihal k.nor. Rmh mmg sgt sunyi n sepi lps k.nor g. Kalu dok,ada jer suara ifah nangis mintk susu ngan mina,k.nor brcerita,a.tohir psg dvd-tgk rmai2,ateef dgn bunyi n gayanye yg comel2.. Huhu.
    Ada pmbtulan sket k;
    A.Tohir=Ayah long
    A.Pili=Ayah chik
    Hope bile k blk nanti,bleh la wat bising2 sket kt rmh ni. Hehe..
    Mcm k.bae plak tls 1topik kt blog k ni. Sori ye..buring sket sbb a.yed xdok,g main bdminton ~k.bae~

    BalasPadam
  2. @K.bae: Waalaikumussalam. K.nor masa cerita pun sebak. Masa K cakap dengan Mama pun dapat dengar gaya bosan dan rindukan anak-anak. K setakat riuhkan rumah dengan nyanyian sumbang boleh la. Terima kasih atas pembetulan. Bukannya tahu sangat pasal panggilan-panggilan ni. Kirim salam kat A.yed.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Hari yang memenatkan

Jenis fi'il dan hukum-hukumnya

Rukun Islam dan rukun Iman