Selepas seminggu

Hijau bumi MalaysiaImage by rdhanz via Flickr

Seminggu yang lalu, saya masih di Malaysia. Kemaskan barang untuk berangkat ke Mesir. Sedar tak sedar, saya sudah seminggu berada di Mesir. Berikut adalah perkembangan terkini saya:



1. Saya belum telefon ke Malaysia. Tak sempat. Tolong sampaikan maaf saya pada Mama dan Baba.

2. Jadual kuliah saya setiap hari kecuali Jumaat. Bermula jam 8.00 pagi. Bererti saya perlu turun sebelum jam 7.00 pagi jika saya ingin hadiri kelas pertama.

3. Baru semalam sempat kemas barang. Selepas seminggu baru berkesempatan untuk punggah barang-barang dan susun. Itupun belum sempurna lagi.

4. Belum temui waktu dan suasana yang terbaik untuk baca buku. Masa kelihatan sangat sempit. Tambahan pula program-program sedang mula disusun dan diatur sekarang.

5. Sedang fikirkan cara yang terbaik untuk kemaskini blog. Menulis perlu berterusan. Lebih banyak menulis, lebih banyak berfikir. Lama tak menulis, gaya penulisan akan jadi kaku.

Harap semuanya akan bertambah baik.
Enhanced by Zemanta

Ulasan

  1. waah..
    Ust Madan dah balik Mesir.
    skang ni duk rumah Tooba ke?

    ape lagi,jom jalan2 sekitar Mesir pulak..huhu

    BalasPadam
  2. @Munawwar: Yup, sekarang di Tooba. Tunggu habis imtihan baru lega nak jalan-jalan.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Hari yang memenatkan

Jenis fi'il dan hukum-hukumnya

Rukun Islam dan rukun Iman