Panas

The SunImage via Wikipedia

Bahang menggigit kulit. Tak nampak. Tapi rasa.



Tak begitu selesa bernafas. Pada waktu begini hanya jus sejuk yang boleh membuat wajah kembali berseri. Pada waktu lain, jangan cuba sesekali buat lawak bodoh. Anda hanya menempah musibah.

Patutlah negara empat musim memilih musim panas sebagai musim cuti pengajian. Tak kira sekolah rendah, menengah atau pengajian tinggi. Entah apa akan jadi bila sekumpulan kanak-kanak terpaksa berkurung dalam kelas di musim panas yang dahsyat ini. Tentu haru-biru si cikgu cuba mengawal suasana. Sebab cikgu pun terasa panas juga.

Memang kepanasan ini dahsyat.

Maha dahsyat? Oh, belum lagi boleh dikatakan maha dahsyat.

Simpan frasa itu untuk sesuatu yang lebih teruk dari ini. Atau anda akan habis perkataan bila berdepan dengan suasana yang lebih hebat dari panas Mesir.
Enhanced by Zemanta

Ulasan

  1. nor fadilah awang24 Jun 2010 9:42 PTG

    kat sini juga tersangat panasnya...cahaya pak mentari sangat membahang.kejap aje dah sun burn muka dan tangan..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jenis fi'il dan hukum-hukumnya

Rukun Islam dan rukun Iman