Takbirah al-ihram

Ramadhan 1430H: The band of brothersImage by aeab@ via Flickr


Takbirah al-ihram hanya untuk mereka yang komited.


Daripada Anas bin Malik beliau berkata: Rasulullah Sallallahu alaihi wasallam telah bersabda: Barangsiapa solat 40 hari secara berjemaah dalam keadaan sempat takbir pertama (dengan imam), ditentukan baginya dua kebebasan; kebebasan dari neraka dan kebebasan dari nifaq.

(Hadith riwayat At-Tarmizi)


Ganjaran pertama: Kebebasan dari neraka.

Ganjaran kedua: Kebebasan dari nifaq.

Ganjaran kedua selari dengan ganjaran pertama. Bila hati sudah bebas dari ragu-ragu, bila apa yang disembunyikan dalam hati selari dengan apa yang dizahirkan, maka tiada lagi ganjaran yang lebih utama melainkan kebebasan dari neraka. Kerana asbab untuk masuk ke sana sudah tiada.

Caranya, solat berjemaah 40 hari dan sempat takbirah al-ihram bersama-sama dengan imam. Ertinya 200 waktu.

Mustahil?

Bagi orang yang sibuk, terikat dengan jadual yang ketat, ajakan seperti ini memang mustahil untuk ditunaikan. Paling tidak pun hampir-hampir mustahil. Ingin melazimi solat berjemaah saja sudah cukup susah. Inikan pula takbirah al-ihram.

Tak mustahil?

Bagi orang yang tak sibuk, tidak terikat dengan mana-mana jadual, ajakan seperti ini dilihat seperti ajakan yang mudah. Bila-bila masa sahaja boleh ditunaikan. Tetapkan tempoh, pasti jadi.

Tak semudah itu, kawan. Cuba dulu.

Saat anda berazam sahaja ingin melazimi perkara ini, pelbagai rintangan akan menjenguk. Kadang-kadang yang tak disangka-sangka. Kerana pertaruhannya adalah bebas dari neraka dan nifaq. Bukan calang-calang.

Untuk itu, satu gerak kerja yang tersusun perlu dirancang. Sama ada anda sibuk atau tidak, perlu ada keinginan yang disertakan dengan azam yang berterusan. Jika anda masih belum benar-benar memahami tabiat diri anda terhadap perubahan, jangan gopoh. Atau anda akan diuji dengan putus asa untuk berubah. Lakukan secara berperingkat.

Tenang.

Kita belum bincang soal saf pertama ketika sembahyang.
Enhanced by Zemanta

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Hari yang memenatkan

Jenis fi'il dan hukum-hukumnya

Rukun Islam dan rukun Iman