Tunggu Teduh Dulu

240/365 National Novel Writing Month beginsImage by owlbookdreams via Flickr
Bodoh. Sendiri sudah banyak masalah, masih selera untuk baca novel yang sarat dengan masalah.

Itu apa yang saya fikirkan ketika memulakan bacaan.

Tunggu Teduh Dulu, tulisan Faisal Tehrani.

Saya tenggelam dengan mudah dalam novel ini. Penulis menyifatkan watak dan suasana dengan sabar dan teliti. Penggunaan bahasa yang tinggi berbanding standard biasa buat saya tertarik untuk menjamah perkataan demi perkataan. Perlahan.

Hinggalah saya tiba di satu perempat novel. Saya mula terasa berat untuk menyudahkan. Tebal keseluruhan hampir 700 muka surat. Membaca saja sudah penat. Kalau menulisnya macam mana?

Kalau menulis merapu satu muka surat saja sudah cukup membosankan. Inikan pula menulis dengan perkataan dipilih-pilih.

Pun begitu, saya teruskan pembacaan dan selesai pada hari kelima.

Lega.

Novel ini tidak buat saya tertarik dengan mana-mana watak di dalamnya. Bukan Salsabila, bukan Sazli, bukan Teh Sofia, bukan Kamil, bukan Lam dan bukan Dendy.

Novel ini buat saya kagum dengan penulis. Ia sarat dengan monolog dan dialog yang sarat dengan nasihat bagaimana seharusnya seorang berfikir sebelum bertindak.

Selesai membaca novel, teringin menulis novel pula. Tempoh hari Hilal Asyraf datang menziarah Bawabah, tak pula hati tergerak untuk bertanya tentang bagaimana dia menyusun gerak kerja menulis novel.

Saya juga menunggu novel sulung Waza. Atau nama barunya Tanpanama Tetapsama. Butir katanya sering buat saya tersenyum puas.

"Bila nak mula, Hab?"

Ya, ini bukan kali pertama saya bercita-cita untuk menulis. Harap bukan kali terakhir juga.

Mungkin hari ini belum. Esok siapa tahu?

"Orang ada, dia nak juga."
Enhanced by Zemanta

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Hari yang memenatkan

Jenis fi'il dan hukum-hukumnya

Rukun Islam dan rukun Iman