600mm

"Secara kasarnya, segala berjalan dengan lancar. Aku dapat pergi dengan aman. Dengan tenang...
... Cuti ini cuti yang terbaik. Aku harap aku dapat pulang dengan baik!"
Itu catatan saya pada 6 November 2009. Esok, genap setahun. Dari satu sudut, masa terasa bergerak dengan pantas. Tapi dari sudut pandang yang ini, saya rasakan masa bergerak dengan perlahan. Hinggakan dalam tempoh setahun, banyak peristiwa sempat berlaku. Hingga tak mampu untuk saya padatkan kepada beberapa ayat, apatah lagi perkataan.

Sepanjang tempoh itu, ada perkara-perkara yang saya hilang. Sepanjang tempoh itu, ada perkara-perkara yang saya dapat. Namun, semua itu tak menghalang masa dari terus bergerak ke hadapan, tanpa menoleh ke belakang walau sesaat. Dan saya turut terikut sama ke hadapan.

Pilihan kedua adalah untuk duduk diam. Melayani setiap helai perasaan. Perasaan bangga dengan apa yang dikurnia dan meratap dengan apa yang terlepas. Yang tentunya tak mengubah apa-apa.

Setahun. 365 hari.

Dalam menguruskan masa, kita cenderung untuk terlebih rancang apa yang boleh kita capai dalam tempoh seminggu. Tapi biasanya perancangan kita tidak memanfaatkan seluruh masa dalam setahun. Pernyataan ini saya terbaca pada ketika saya belajar tentang pengurusan masa. Setelah melaluinya, ternyata pernyataan ini ada benarnya.

Kita cenderung untuk padatkan masa seminggu kita tanpa rehat. Tapi bila lihat kembali apa yang telah kita lakukan dalam setahun, ternyata banyak lagi lompong-lompong masa kosong yang tidak diuruskan sewajarnya. Setidak-tidaknya, ini apa yang saya rasakan sekarang.

600mm. 365 hari sudah berlalu. Baki lagi 235 hari.

InsyaAllah, khair.

Doakan!

Ulasan

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jenis fi'il dan hukum-hukumnya

Rukun Islam dan rukun Iman