Bagaimana mengikuti perkembangan rusuhan #Jan25?

Mesir sedang dilanda rusuhan rakyat sempena Hari Polis yang bertukar menjadi Hari Kemarahan.

Seperti biasa, media utama tak boleh diharapkan untuk mendapat maklumat terkini. Media alternatif Twitter pula telah disekat. Jadi bagaimanakah caranya untuk mendapatkan maklumat terkini tentang apa yang sedang berlaku sekarang?

  1. Buka Google Realtime
  2. Taipkan #Jan25
#Jan25 merujuk kepada 25 Januari, iaitu semalam, hari bermulanya rusuhan ini. Para perusuh sepakat untuk tidak menukar #Jan25 kepada #Jan26 untuk memudahkan masyarakat antarabangsa mengikuti apa sebenarnya yang berlaku di Mesir sekarang ini.

Apa-apa pun, peringatan khas untuk rakyat Malaysia di Mesir:

  1. Pastikan anda tidak menghampiri kawasan rusuhan.
  2. Anda dinasihatkan tidak keluar bersiar-siar melainkan untuk keperluan.
  3. Untuk perjalanan keluar dari kawasan perumahan, anda dinasihatkan membawa bersama pasport. 
  4. Elakkan dari melakukan apa-apa hal yang mencurigakan. 
Doakan yang terbaik untuk semua.

Ulasan

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Hari yang memenatkan

Jenis fi'il dan hukum-hukumnya

Rukun Islam dan rukun Iman