Berita yang mengejutkan

Inside Maqam Datuk BandarImage by bingregory via Flickr

Saya baru saja pulang dari pameran buku. Penat. Rela bayar LE10 untuk tambang teksi semata-mata untuk cepat pulang tanpa berasak-asak.

Malam itu, sekitar jam 8.20 malam, saya terima SMS dari K.nor. "Tok dah kembali ke rahmatullah, " begitu bunyi SMS tersebut. Saya masih memegang kitab Al-Qada' wa Al-Qadar tulisan Ibnu Qayyim Al-Jauzi yang baru saya beli. Kebetulan beberapa peristiwa kebelakangan ini sangat menguji kefahaman saya tentang Qada dan Qadar, maka saya mencari penyelesaiannya.

Dalam enam rukun iman yang mesti dipegang setiap muslim, beriman dengan Qada' dan Qadar ini merupakan rukun yang berbeza berbanding rukun-rukun yang lain. Ia tempat untuk Allah Subhanahu wa Taala menguji tahap keimanan hambaNya.

"Pertemuan itu bersyarat, perpisahan itu mutlak," begitu bunyi SMS yang saya terima dari seorang kawan.

Saat itu timbul di hati saya keinginan untuk pulang, bersama-sama dengan ahli keluarga, untuk membantu mana yang patut. Jika pertolongan saya tidak perlu, cukup dengan memberi sokongan moral atau cukup untuk meramaikan rumah agar tidak kesepian.

Banyak kenangan saya dengan Tok. Dialah tempat saya bermanja dengan mengada-ngada tanpa dimarahi. Setiap usikan akan dibalas dengan senyuman manis. Tak pernah rasanya saya dimarahinya. Tokwe saya seorang yang tegas dan garang. Secara automatik, Tok bertindak sebagai isteri, ibu dan nenek yang penyayang. Dia contoh yang nyata kepada bayangan isteri yang setia.

Dialah yang mengajar Tokwe mengaji Al-Quran. Hinggakan Tokwe berjaya khatam Al-Quran dan sentiasa membacanya hingga hari ini. Dialah makmum setia Tokwe. Setiap waktu mereka berdua berjemaah di dalam bilik mereka sejak Tokwe tak mampu lagi ke surau. Dialah jururawat yang menjaga pergerakkan Tokwe dan aturan ubatnya. Malam-malam, dialah yang bersama-sama Tokwe untuk mengerjakan solat malam. Setiap bulan, dia khatam Al-Quran. Senyuman tidak lepas dari bibirnya. Dia tak pandai mengatur kata-kata tapi senyumannya merungkap segala makna.

Akhirnya, saya tersedar akan kebesaran aturan Ilahi. Saya bersyukur kerana sakit dan terpaksa pulang ke Malaysia baru-baru ini. Saya sempat berjumpa dengannya sebelum kami terpisah untuk selamanya. Jika tidak kerana sakit, rasanya saya masih lagi berkeras untuk tidak pulang selagi tidak habis pengajian.

Inna lillahi wa inna ilaihi raajiun. Kita milik Allah dan kepadaNya kita akan kembali.

Al-Fatihah buat roh beliau.


Tok: Nenek
Tokwe: Tok Wan/Datuk
Reblog this post [with Zemanta]

Ulasan

  1. takziah di atas kehilangan tok tersayang.al fatihah.

    BalasPadam
  2. sesungguhnya kita milik Allah dan kepadaNya kita kembali...alfatihah.

    BalasPadam
  3. salam ziarah..

    takziah buat kamu...ya,setiap yang bernyawa itu pasti akan merasai mati...hatta,malaikat pencabut nyawa,Izrail akan mencabut nyawanya sendiri...

    teruskan hidup dengan nafas seorang hamba...moga di SANA nanti,tergolong dalam mereka yang mendapat kejayaan...ameen..

    BalasPadam
  4. tazkiah..moga tabah hadapi dugaan hidup

    BalasPadam
  5. Allah masih menyayangi kita. Diberinya kita dengan ujian kehilangan org tersayang..supaya kita ambil iktibar...dan tunggulah, giliran kita akan tiba jua nnt.

    BalasPadam
  6. Takziah atas pemergian tok, Semoga rohnya di cucuri rahmat-Nya, Amin

    BalasPadam
  7. Terima kasih atas ucapan takziah.

    BalasPadam
  8. innalillah wa inna ilaihi raji3un...

    Takziah...

    BalasPadam
  9. takziah..moga roh beliau dicucuri rahmat Allah..bersabarlah dengan ujian Allah..ujian itu petanda sayang Allah..

    BalasPadam
  10. takziah,

    syukran for the ziarah, memang kejadian 'meninggalkan dunia' ini bertalu2 ya, moga2 kamu tabah disana..

    InsyaAllah, both of them will be placed in Jannah..

    BalasPadam
  11. Takziah...
    Semoga Allah memberikan sambutan yang terbaik buat arwah disana dan menempatkan arwah dikalangan mereka yang dikasihiNya.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Hari yang memenatkan

Jenis fi'il dan hukum-hukumnya

Rukun Islam dan rukun Iman