Penghalang dan pendorong pengurusan masa

Astronomical ClockImage by simpologist via Flickr

Penghalang

1. Takut untuk berubah. Perubahan kadang kala menakutkan seseorang yang sudah yakin akan keberkesanan kaedah lama.

2. Ketidakpastian. Sungguhpun mengetahui perubahan itu penting, biasanya orang yang terbabit tidak pasti bagaimana mereka harus bermula untuk berubah.

3. Tekanan masa. Untuk menjimatkan masa, seseorang harus melaburkan masa mereka terlebih dahulu seperti meluangkan masa untuk memulakan perancangan. Kebimbangan bahawa untuk melakukan perubahan memerlukan kerja yang lebih pada permulaan adalah antara faktor penghalang yang biasa didapati.

4. Kurang keinginan. Mengapa perlu berubah jika tidak mahu? Ini faktor penghalang yang paling hebat.

Pendorong

1. Keberkesanan yang meningkat. Seseorang akan berasa penting untuk dirinya menggunakan masa dengan lebih berkesan untuk selesaikan tugas dan tanggungjawab.

2. Prestasi yang meningkat. Pengurusan masa adalah isu yang sering dikemukakan dalam mesyuarat atau perbincangan yang berkenaan prestasi.

3. Pembangunan diri. Seseorang boleh mengubah pendekatan pengurusan masa sebagai isu pembangunan diri dan mengaut keuntungan menguruskan masa antara kerja dan urusan rumah tangga.

4. Tanggungjawab yang meningkat. Perubahan pada pengurusan masa akan menjadi satu kemestian apabila seseorang menerima kenaikan pangkat dan penambahan tanggungjawab. Oleh kerana lebih banyak kerja yang perlu diselesaikan, sedangkan masa yang ada tetap sama, maka pendekatan yang berbeza perlu dilakukan.
Reblog this post [with Zemanta]

Ulasan

  1. baru saya perasan..us memg style jaga penulisan..xtulis shortcut..syabas2..moga success..

    BalasPadam
  2. Oho? Ada juga guna shortcut sikit-sikit. Apa-apa pun, terima kasih.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Hari yang memenatkan

Jenis fi'il dan hukum-hukumnya

Rukun Islam dan rukun Iman