16 perkara tentang haji dan umrah

A picture of people performing {{w|Tawaf}} (ci...Image via Wikipedia
1. Haji adalah rukun kelima dalam Islam.

2. Ia adalah wajib ke atas semua muslim yang mukallaf dan merdeka.

3. Haji dan umrah masing-masing wajib sekali seumur hidup dengan syarat mampu.

4. Mampu: Memiliki apa yang diperlukan ketika perjalanan untuk menunaikan haji pergi dan balik dan belanja tanggungannya sepeninggalannya menunaikan ibadah haji.

5. Amalan haji terbahagi kepada tiga; rukun, wajib dan sunat.

6. Rukun haji:


i) Ihram: Niat masuk haji atau umrah.
Sunat disebut bersekali dengannya: Aku berniat untuk haji atau umrah dan aku berihram dengannya kerana Allah Taala.

*Tidak sah ihram untuk haji kecuali pada bulan-bulannya iaitu: Syawal, ZulQaedah dan 10 hari dalam bulan ZulHijjah dan berakhir pada terbit matahari hari pertama Raya Qurban.

ii) Wuquf di Arafah

iii) Tawaf ifadhah

iv) Saie

v) Bercukur atau potong rambut

7. Rukun umrah: Sama seperti rukun haji kecuali wuquf di Arafah.

8. Wajib bagi orang yang melakukan tawaf untuk:


i) Menutup aurat
ii) Bersih dari hadas besar dan hadas kecil
iii) Bersih dari najis
iv) Pusing kaabah tujuh kali dalam keadaan kaabah berada pada sebelah kirinya

9. Wajib melakukan saie sebanyak tujuh kali bermula di Bukit Safa dan berakhir di Bukit Marwah.

10. Wajib haji:


i) Ihram di miqat
ii) Bermalam di Muzdalifah pada malam pertama Hari Raya Qurban
iii) Bermalam di Mina pada dua malam hari-hari tasyriq.
iv) Melontar
v) Tawaf wida'

11. Sunat-sunat haji: Semua melainkan rukun dan wajib haji.

12. Sesiapa yang meninggalkan satu rukun tidak sah hajinya dan tidak boleh dia menanggalkan ihramnya melainkan selepas dia menunaikan rukun-rukun tersebut. Rukun haji tidak boleh ditampung dengan dam dan selainnya.

13. 3 rukun yang tidak akan luput selagimana hidup:


i) Tawaf
ii) Saie
iii) Bercukur

14. Sesiapa yang meninggalkan wajib haji, sah hajinya dan diwajibkan ke atasnya dam. Dia dikira berdosa melainkan jika uzur.

15. Sesiapa yang meninggalkan sunat-sunat haji tidak akan dikenakan apa-apa tetapi dia terlepas fadhilatnya.

16. Diharamkan:


i) Menutup kepala bagi lelaki yang berihram dan diharamkan menutup muka bagi perempuan yang berihram atau sebahagian dari keduanya.
ii) Memotong kuku dan rambut dari mana-mana anggota tubuh.
iii) Meminyakkan rambut atau janggut.
iv) Memakai minyak wangi dan seumpamanya pada badan.
v) Berkahwin.
vi) Bersetubuh dan muqaddimahnya.
viii) Memburu haiwan daratan yang liar yang boleh dimakan.
ix) Perempuan sama seperti lelaki dalam bab apa yang diharamkan.
Reblog this post [with Zemanta]

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jenis fi'il dan hukum-hukumnya

Rukun Islam dan rukun Iman

Hari yang memenatkan