Kalam dan pembahagiannya

Kalam: Apa yang terhimpun padanya 4 perkara; lafaz, murakkab, mufid dan bilwadh'ie.
i) Lafaz: Suara yang mengandungi huruf hijaiyah.
ii) Murakkab: Apa yang tersusun dari 2 perkataan atau lebih.

قام زيد/ زيد قائم

iii) Mufid: Apa yang memberi faedah.
iv) Bilwadh'ie: Bahasa Arab.

Bahagian-bahagian kalam yang ditulis dengannya terbahagi kepada 3; isim, fi'il dan harf.
i) Isim: Perkataan yang memberi makna pada dirinya tanpa dikaitkan dengan masa.
ii) Fi'il: Perkataan yang memberi makna pada dirinya dengan dikaitkan dengan masa. Terbahagi kepada 3; madhi (masa lalu), mudhari' (sekarang dan akan datang) dan amar (arahan).
iii) Harf: Perkataan yang tidak zahir maknanya melainkan jika digabungkan.

هل/ و/ في/ لم

Tanda-tanda:

1. Isim:
i) Menerima alif-lam

الرجل/ الغلام

ii) Menerima tanwin

زيدٌ

iii) Boleh disandarkan kepadanya

كتبتُ

2. Fi'il:
Madhi
-- Menerima ta' ta'nith

قامتْ

Mudhari'
-- Menerima sin, saufa dan lam (lam-mim)

سيقعد/ سوف يقعد/ لم يقعد

Amar
-- Menerima ya' muannathah mukhotobah

افهمي

Teringin untuk belajar Bahasa Arab? | Ikuti perkembangan blog ini dengan cepat dan mudah! | Nak kahwin, tapi tak cukup duit? | Jika anda serius untuk menjaga kesihatan. | Saya perlukan undian anda!

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jenis fi'il dan hukum-hukumnya

Rukun Islam dan rukun Iman