Selamat pengantin baru buat kamu!


"Aku nikahkan dikau...", originally uploaded by rdhanz.
Sengal-sengal pada badan masih terasa. Namun, puas!

Semalam, seharian kami di ARMA, Abbasiah, Kaherah untuk menjayakan majlis aqad nikah kawan kami, Qamarul Naim dengan pilihan hatinya Khairah juga walimah gabungan untuk pasangan Qamarul dan Khairah serta Siroj dan Nik. Majlis aqad Siroj dan Nik pernah saya tuliskan sebelum ini.

Saya datang agak awal kerana ditugaskan untuk mengambil video majlis. Setibanya di ARMA, saya ke hulu ke hilir untuk membuat persiapan. Berlaku beberapa insiden yang tak diingini berlaku. Saya pohon keampunan Allah Subhanahu wa Taala atas kecuaian diri. Harap semua masalah akan selesai dengan segera.

Akhirnya pengantin tiba. Berlaku sedikit kelewatan atas sebab-sebab kecemasan. Ini bukan majlis aqad yang pertama yang saya hadiri, maka perkara seperti ini tidaklah pelik. Cuma sedikit menggusarkan hati hadirin kerana menunggu agak lama.

Setelah semua pihak mengambil tempat, saya dan jurugambar lain mengintai sudut yang terbaik untuk mulakan kerja kami. Sebaik sahaja majlis berlangsung, kilauan flash kamera memeriahkan lagi majlis.

Majlis dihadiri keluarga pengantin perempuan, Syeikh al-Ja'fari dan pegawai Jabatan Penuntut-penuntut Malaysia di Kaherah selain kawan-kawan pasangan pengantin. Sangat meriah!

Dengan sekali lafaz dalam Bahasa Arab, maka Qamarul dan Khairah adalah sepasang suami isteri yang sah.

Saya meneruskan tugas dengan bergegas ke dewan untuk acara seterusnya. Hadirin dihidangkan dengan makanan dan persembahan nasyid. Di akhir majlis, ditayangkan persembahan multimedia yang disediakan oleh kawan-kawan pasangan pengantin.

Majlis ditangguhkan hingga selesai solat Jumaat. Selesai solat, kunjungan masih tidak putus-putus sehingga masuk waktu Asar. Selesai sesi pengantin bergambar bersama keluarga, majlis bersurai.

Saya rancang untuk ke Zaqazig dengan kawan selepas majlis. Mujur tak jadi. Penat!!!

Buat Qamarul dan isteri, selamat pengantin baru saya ucapkan. Barakallahu lakuma. Wa baraka alaikuma. Wa jama'a bainakuma fi khair!
Reblog this post [with Zemanta]

Ulasan

  1. salam Rdhanz

    photographer rupanya dia!

    BalasPadam
  2. @Kak Yong

    Waalaikumussalam.

    :-) Boleh la sikit-sikit. Saya guna kamera kecik saja... Kamera video pun pinjam orang punya...

    BalasPadam
  3. adakah..apakah.??hehehe
    agaknya empunya blog ni nak jadi lagu tu? leh tumpang kumin mengumin gak. lalalala
    jgn marah cuit jer :)

    BalasPadam
  4. @Shitsurei Shimashita

    Mama suruh balik dulu...

    Aaa...

    :-D

    BalasPadam
  5. salan Rdhanz

    memula kamera kecik.. bila dah kerja nanti & dah bergaji, besar & lebih canggih la kamera nyer.. :D

    BalasPadam
  6. @Kak Yong

    Waalaikumussalam,

    InsyaAllah, jika ada rezeki...

    :-)

    BalasPadam
  7. mama cakap okey jer..dia da gitau kalo rdhanz grade baik punyer..cakap jer dgn sapa, mama leh pinangkan (mengarut sudah saya)

    BalasPadam
  8. @Shitsurei Shimashita

    Sedang mencari calon yang sudi makan pasir berlaukkan batu. Ada?

    Haha...

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jenis fi'il dan hukum-hukumnya

Rukun Islam dan rukun Iman

Hari yang memenatkan