Bagaikan roller coaster

Kenapakah roller coaster dibina dalam bentuk yang sebegitu?

Tidak bolehkah ia dibina lurus dan tiba di penghujung dengan mudah?

Jika demikian, ia tidak lagi dinamakan roller coaster. Ia mungkin akan dipanggil sebagai kereta api. Atau tren.

Kenapa hidup disusun sebegini?

Tidak bolehkah ia disusun dengan lurus dan tiba di penghujung dengan mudah?

Jika demikian, boleh jadi ia tidak lagi dinamakan kehidupan.

Kalaupun boleh dinamakan sebagai kehidupan, ia adalah kehidupan yang membosankan.

Catatlah pengalaman hidup seakan-akan anda sedang menulis sebuah novel. Anda akan faham akhirnya kenapa perlu wujud konflik dan bagaimana anda boleh melaluinya dengan berbekalkan sabar.

Nak publish atau tidak, itu terpulang.

Ulasan

  1. publish boleh jika cerita kehidupan itu boleh menjadi panduan hidup dan teladan kepada orang lain..tapi kalau ada niat lain yang menimbulkan fitnah , baik simpan saja untuk diri sendiri.

    BalasPadam
  2. setuju dgn pandangan anymoous
    tadi saya dah taip panjang,
    hilang pula aduhai..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jenis fi'il dan hukum-hukumnya

Rukun Islam dan rukun Iman