Malaysia di ambang pilihanraya

Kerajaan nampaknya tidak mahu mengalah dengan mudah di saat pakatan pembangkang meraih populariti.

Pilihanraya sepatutnya menguntungkan rakyat. Pihak-pihak yang bertanding sepatutnya menawarkan manfaat untuk rakyat dan rakyat memilih berdasarkan apa yang mereka tawarkan.

Tapi apa yang berlaku sekarang adalah rakyat tersepit antara dua kemudaratan.

Hingga neraca pemilihan sekarang adalah pihak yang mana kurang mudarat. Bukan yang mana beri lebih manfaat.

Rakyat perlu bersedia untuk dua kemungkinan.

Walau siapapun yang menang, rakyat perlu lebih berdikari dan tidak terlalu bergantung kepada kerajaan. Hingga kerajaan perlu berubah mengikut selera rakyat. Bukan rakyat yang perlu berubah mengikut selera kerajaan.

Tugas aktivis Islam adalah memastikan selera rakyat menepati ajaran Al-Quran.

Cabaran akan datang akan lebih besar.

Kerana jika sungguhpun yang kurang mudarat itu menang, mudarat tetap perlu dihilangkan.

Ulasan

  1. bangsa dan agama perlu bersatu..kembali kpd sirah Rasulullah..rujuk kpd Al-Quran. masalahnya Malaysia di ambang keruntuhan, perpecahan dan mata2 asing India dan Cina pasti mengambil peluang walaupun mereka telah diiktiraf sbg warganegara.

    BalasPadam
  2. Orang Islam perlu bentuk kekuatan. Pertama, untuk pertahankan apa yang telah ada. Kedua, untuk kembangkannya. Kekuatan yang dimaksudkan bukanlah kekuatan fizikal semata-mata. Apa yang lebih utama adalah kekuatan aqidah. Kemudian kekuatan ukhuwwah. Asas kepada kekuatan ukhuwwah adalah menjaga akhlak sesama muslim. Selepas itu barulah kekuatan fizikal dapat dimanfaatkan sebaiknya.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jenis fi'il dan hukum-hukumnya

Rukun Islam dan rukun Iman