Orang tak solat

Kak Wa tanya saya satu soalan, "Apa pendapat kamu tentang orang yang baik kelakuannya, tapi tak solat."

Kebetulan saya pernah fikir soalan ini, saya jawab dengan pantas, "Orang baik yang rugi."

Saya begitu yakin dengan jawapan saya sebab saya sudah fikirkannya dengan dalam-dalam. Kerana walau sebaik manapun seorang itu, kalau tak solat, tak ada gunanya. Rugi. Solat adalah amalan yang paliang baik yang seorang itu boleh lakukan. Kalau dia tak solat, dia telah meninggalkan satu amalan yang paling baik.

Kerana itu saya simpulkan dia sebagai orang baik yang rugi.

Tapi Kak Wa kata, "Itu pemikiran sekular."

Katanya, bagaimana seorang itu boleh dikatakan baik jika dia sanggup menderhakai Tuhan? Orang baik tempatnya syurga. Orang jahat tempatnya neraka. Orang yang tidak solat tempatnya neraka. Maka dia adalah orang jahat.

Kami berhujah agak panjang.

Kesimpulan saya dari perbualan itu adalah, pendapat 'baik tetapi rugi' itu dikira sebagai cubaan untuk berlembut.

Sebut sajalah bahawa orang tak solat itu jahat.

Maka, nak tinggal solat lagi?

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Hari yang memenatkan

Jenis fi'il dan hukum-hukumnya

Rukun Islam dan rukun Iman