Apa yang nak diboikot?

GAZA CITY, GAZA STRIP - JANUARY 20: A Palestin...Image by Getty Images via Daylife

Melihat Buletin Utama sebentar tadi memberi gambaran kepada saya dengan jelas bahawa rakyat Malaysia sekarang pasti peka dengan apa yang berlaku di Gaza. TV3 sebagai stesen televisyen yang paling popular di Malaysia melalui rancangan yang paling popular dalam senarai siaran telah menyediakan maklumat terkini beserta visual yang dikepilkan dengan lagu yang menyayatkan hati siapa saja yang menonton. Tanpa mengira bangsa. Tanpa mengira agama. Apatah lagi berita tentang Gaza dipaparkan terlebih dahulu sebelum berita tentang pilihanraya kecil di Kuala Terengganu.

"Memahami tidak menderitai." -- Waza.

Kita mungkin faham akan penderitaan mereka. Kita nampak dan dengar jeritan mereka. Tapi, itu hanya gambaran sebahagian kecil dari keadaan sebenarnya. Setiap 5 minit, Twitter saya memberikan khabar terkini tentang Gaza. Kepulan asap dapat dilihat dari jauh menandakan ada kawasan yang baru sahaja dibom. Bilangan yang terkorban dan tercedera semakin meningkat.

Penderitaan mereka bermula 1917 iaitu sejak Perjanjian Balfour dimetrai. Sepanjang tempoh itu, banyak kali bumi Palestin ditimpa musibah yang besar dan meragut ribuan nyawa.

Cuma, sekarang keadaan sedikit berbeza kerana globalisasi. Pengguna Internet dan medium komunikasi lain diberi ruang untuk menyatakan suara masing-masing. Kekuatan tambahan yang kita ada sekarang adalah kekuatan komunikasi. Kita ada blog, YM, e-mel, Skype, forum, Friendster dan lain-lain yang boleh digunakan untuk meluaskan pemahaman tentang isu Palestin dan Gaza. Jika, teknologi boleh membantu memenangkan Barack Obama, mengapa tidak teknologi digunakan untuk menghentikan peperangan di Gaza?

Apa yang boleh dilakukan?

1. Penerangan. Maklumat tentang konflik Palestin-Israel perlu sentiasa diulang-ulang menggunakan semua medium agar ia tidak hanya bermusim, sehinggalah konflik ini selesai dengan rombakan kerajaan Israel menjadi sebuah kerajaan Palestin yang berdaulat.

2. Kempen derma dan doa. Setiap orang boleh melakukan sumbangan biarpun dari jauh. Korbankan sebahagian dari duit poket anda untuk didermakan kepada rakyat Palestin dan ajak rakan-rakan untuk turut menyumbang. Teruskan berdoa supaya hati kita sentiasa terikat dengan keadaan mereka.

3. Kempen boikot. Boikot adalah satu senjata yang cukup kuat untuk melumpuhkan ekonomi sesebuah negara dengan syarat ia dilakukan secara beramai-ramai dan berterusan. Apa yang perlu diboikot? Secara umumnya, semua produk keluaran Israel dan Amerika perlu diboikot semua sekali. Bagi yang berasa berat untuk melaksanakannya atas sebab kebergantungan yang tinggi kepada produk keluaran Amerika, maka apa apa yang perlu diboikot ialah produk keluaran syarikat yang menyatakan sokongan mereka secara jelas akan kewujudan negara Israel. Tekanan seperti ini perlu dilakukan supaya syarikat yang terlibat menarik balik sokongan dan juga untuk memberi amaran kepada syarikat-syarikat lain supaya tidak memberi sokongan kepada Israel.

Bro Icesoul buat komik untuk sokong perjuangan di Gaza.

Anda, bagaimana?
Reblog this post [with Zemanta]

Ulasan

  1. derita gaza??siapa ambil peduli kalau bukan kita selaku saudara seislam..banyakkan baca qunut nazilah..boikot2..

    BalasPadam
  2. Tahap cegah mungkar:
    1. Tangan
    2. Lisan
    3. Hati

    Tentu kita boleh buat lebih dari sekadar membenci. Doa, derma, boikot!

    BalasPadam
  3. alhamdulilLah ana dah lama boikot coca-cola dan johnson&johnson sejak sekolah menengah lagi (sekitar 1996-1997). produk2 lain tu insyaAllah akan mula memboikot.

    BalasPadam
  4. Alhamdulillah. Anta dapat kesedaran awal. Sebarkan kempen doa, derma, boikot! IBRAH zine anta sangat menarik dan memberi inspirasi!

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Hari yang memenatkan

Jenis fi'il dan hukum-hukumnya

Rukun Islam dan rukun Iman