Selamat jalan!


Balai berlepas 1 dan 2, originally uploaded by rdhanz.

Semalam adalah malam yang panjang. Selesai sahaja majlis tahlil, terdetik di hati untuk terus pulang dan tidur.

Tapi, kebetulan malam itu Ustaz Azizi dan Ustaz Fitri akan pulang ke Malaysia. Mereka sudah tamat pengajian di sini, alhamdulillah. Ustaz Hambali pula akan pulang untuk mengiringi jenazah adiknya. Dalam masa yang sama, Ustaz Rico dan keluarga juga akan pulang setelah tamat pengajian.

Saya menjangkakan tidak ramai yang akan ikut ke lapangan terbang kerana sekarang musim peperiksaan. Mungkin ramai yang ingin lakukan persediaan terakhir sebelum masuk dewan peperiksaan esok.

Ternyata jangkaan saya meleset. Kami terpaksa berasak dalam coaster dan sebahagian dari kami terpaksa berdiri. Sebuah tramco (van) bertolak terlebih dahulu meninggalkan coaster yang dimuatkan dengan barangan yang akan dibawa pulang ke Malaysia.

Setibanya di lapangan terbang, seperti biasa, ia dipenuhi dengan pelajar-pelajar Malaysia yang turut hadir untuk menghantar rakan mereka pulang. Turut kelihatan kelibat Prof. Jamil, Pengarah JPMK dan pegawai-pegawai lain.

Berikut sedikit cerita yang saya ingin selitkan tentang rakan-rakan yang diraikan ini:

Ustaz Hambali -- Kami berkenalan di SMAASZA ketika saya memilih untuk meneruskan pengajian dalam aliran Thanawi. Dia antara yang berjaya sampai ke Mesir. Pernah tinggal serumah (ketika itu rumah ini belum dinamakan dengan nama Rumah Sewa 700). Dia pulang untuk mengiringi jenazah adiknya Hatta yang meninggal dunia kerana masalah kesihatan. InsyaAllah, kemungkinan besar dia akan kembali ke Mesir dan meneruskan pengajiannya di sini hingga tamat.

Ustaz Azizi -- Saya tidak tahu bahawa kami ada pertalian keluarga yang jauh melainkan setelah dia berjumpa dan bersembang dengan ibubapa saya. Mula kenal di Mesir dan orang pertama yang mengajak saya naik kereta dan kami ke Hayyu Sabi' bersama Ustaz Fauzi (dah balik) dan Ustaz Wahab (Rahsia Waza). Cekap dalam Nahu, memandu dan membaiki motor. Pulang untuk berkhidmat, insyaAllah.

Ustaz Fitri -- Diakhirkan bukan kerana kurang penting, tetapi kerana kami punya sejarah yang panjang. Kenal di SMKATJ. Kami berbeza usia dua tahun. Tingkatan empat, dia pindah ke SMAASZA dan ketika itu saya tingkatan dua. Kami boleh dikatakan rapat di Mesir. Di sekolah, berbeza setahun usia pun sudah boleh menimbulkan jarak yang sangat jauh. Berbeza di Mesir, beza sepuluh tahun pun masih boleh sembang macam kawan. Dia antara yang banyak membantu menguruskan kedatangan ibubapa saya ketika saya sakit (tanpa mengurangkan peranan orang lain -- tunggu balik la, baru tulis... hehe). Pulang untuk berkhidmat, insyaAllah.

Ustaz Rico -- Semalam baru tahu yang dia ada anak perempuan yang comel bernama Mawaddah. Orangnya mesra dan mudah didekati. Apa yang sangat menonjol tentang dirinya ialah dia sememangnya seorang usahawan yang berjaya.

Saya tiba di rumah sekitar jam 2.30 pagi. Agak lewat kerana berlaku sedikit masalah di lapangan terbang kerana terlebih muatan. Maklumlah, balik habis. Bukan balik bercuti.

Moga tiba waktu saya untuk menulis tentang balik pula.


Ulasan

  1. Gambor org balik takdok?shock culture skjp bl smpai KL aritu...wanita2 Islam malaysia ramai bpakaian singkat berbanding drpd wanita2 di mesir.

    BalasPadam
  2. The same thing happen to me when I first arrived in Malaysia last year.

    Perempuan Mesir pakai ketat. Perempuan Melayu pakai singkat. Di Mesir banyak muamalat dengan lelaki. Di Malaysia nak tak nak mesti muamalat dengan perempuan.

    Gambar orang balik ada dalam galeri Flickr. Di sebelah kiri blog ini ada saya pasang widget. Klik play untuk lihat.

    BalasPadam
  3. kenapa jenazah tidak dikuburkan di sana saja ya?apa pon salam takziah utk sahabat anda itu.

    BalasPadam
  4. Memang disarankan ditanam di Mesir saja kerana tidak elok dibiarkan jenazah lama-lama. Tetapi atas permintaan pihak keluarga, maka permintaan tersebut ditunaikan.

    Tentu mak allahyarham nak tengok juga anaknya buat kali terakhir...

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Hari yang memenatkan

Jenis fi'il dan hukum-hukumnya

Rukun Islam dan rukun Iman