Tubercle bacillus

An apparatus for BCG vaccination using in Japa...Image via Wikipedia

TIBI ialah sejenis penyakit yang merbahaya yang boleh membawa maut jika tidak mendapat rawatan sempurna. Disebabkan oleh bakteria TIBI (Tubercle Bacillus) dan hanya boleh dilihat dengan mikroskop. Bakteria ini biasanya menjangkiti paru-paru dan boleh menyerang organ-organ lain seperti selaput otak, tulang, kelenjar leher, buah pinggang, kulit dan lain-lain.

Bagaimana TIBI merebak?

Bakteria TIBI disebarkan melalui udara. Pesakit TIBI yang menderita akan mengeluarkan berjuta-juta bakteria TIBI yang terawang-awang di udara seketika apabila bersin atau batuk. Individu yang menyedut udara tercemar ini mempunyai peluang dijangkiti bakteria TIBI. Biasanya pesakit TIBI boleh menyebarkan bakteria TIBI kepada individu yang berhubung rapat dengannya.

Tanda-tanda TIBI

1. Batuk yang berterusan lebih dari 2 minggu
2. Kahak yang mungkin mengandungi darah
3. Demam dan berpeluh di sebelah petang dan malam
4. Susut berat badan dan hilang selera makan
5. Mengalami sakit dada apabila batuk atau semasa menarik nafas panjang
6. Mudah menjadi letih

Cara mengesan penyakit TIBI

Jika anda mengalami batuk yang berterusan atau tanda-tanda yang disebutkan tadi anda hendaklah:

1. Mendapatkan pemeriksaan doktor
2. Melakukan pemeriksaan kahak untuk mengenalpasti bakteria TIBI
3. Menjalani pemeriksaan x-ray dada

Rawatan

Penyakit TIBI mengambil masa 6 bulan di bawah penyeliaan anggota-anggota kesihatan yang dilantik.

1. 2 bulan pertama dengan 4 jenis ubat diambil setiap hari
2. 4 bulan berikutnya dengan 2 atau 3 jenis ubat yang diambil 2 kali seminggu

Pencegahan

1. Bayi-bayi yang baru dilahirkan mestilah diberikan suntikan BCG. Dapatkan suntikan dos ke-2 sekiranya tiada bekas parut pada umur 12 tahun.
2. Sekiranya batuk yang berterusan lebih daripada 2 minggu, segeralah berjumpa doktor
3. Hubungi ahli keluarga atau sesiapa sahaja yang tinggal sebumbung dengan penghidap TIBI untuk sentiasa datang membuat pemeriksaan di klinik atau di hospital kerajaan

Artikel di atas adalah salinan dari laman web lain. Saya dikejutkan dengan berita salah seorang penuntut tahun satu di sini disyakki mendapat penyakit TB. Syafahullah. Semoga Allah menyembuhkannya dan mengizinkannya melaksanakan kegiatan hariannya dengan lancar. Amin.
Reblog this post [with Zemanta]

Ulasan

  1. semoga penuntut tersebut segera sembuh dan sambung pengajiannya

    BalasPadam
  2. Berita yang menyedihkan kami terima semalam. Muhammad Hatta bin Muhammad Hanafi telah pulang ke rahmatullah pada 24 Januari 2009 jam 1.45 pagi. Sekarang kawan-kawan cuba untuk menguruskan penghantaran jenazah ke Malaysia.

    BalasPadam
  3. Inna lillahi wa inna ilaihi rajiun...smg ALLAH merahmati ruhnya..smg ditempatkan di kalangan hambaNya yg diredhai...

    Saya baru belajar pasal bakteria penyebab Tibi ni dlm microbiology...nak share sikit...

    Alexander G. Bell, Florence Nightingale, Ho Chi Minch,Napoleon II dan ramai jugak lagi tokoh masyarakat yg meninggal kerana tibi...

    Bakteria ni ditemui oleh seorang saintis bernama Robert Koch,jadi bakteria ni juga dikenali dgn nama Koch's bacillus atau Mycobacterium Tuberculosis...Ibnu Sina pula first identify bahawa penyakit ni boleh merebak...

    Ya, pencegahannya dgn suntikan BCG, tp ikut kajian ia tak 100% efektif,cuma 60-80% je...

    Jadi, kepada semua, jagalah kesihatan baik2 ye...

    BalasPadam
  4. Terima kasih atas perkongsian. Dua perkara yang menjadi keutamaan untuk selalu diperingatkan di kalangan kawan-kawan. Pertama, keselamatan diri dan harta benda. Kedua, kesihatan.

    Bak kata orang Mesir, "Al-baqa'u lillah. Wa ni'matu billah."

    BalasPadam
  5. pesan ana, jika terdapat sign n symptom tb, segeralah ke hospital, utk dapatkan pemeriksaan.

    signs n symptoms :
    demam kebas
    letih
    tiada selera makan n bila dah makan, rasa nak muntah
    hilang berat badan
    berpeluh waktu malam
    sakit dada
    batuk2
    muntah darah

    BalasPadam
  6. Untuk dibicarakan isu ini perlu dibuka satu bab khas, iaitu sejauh mana tahap pengurusan hosital di Mesir. Saya pasti ramai kawan di sini akan mula mengeluarkan kritikan demi kritikan dek kerana tidak puas hati dengan tahap pengurusan di sini.

    Sebenarnya, abang Hatta, Hambali dan kawan-kawan telah bawa beliau ke hospital, tetapi tidak mendapat rawatan dan penjagaan yang sepatutnya beliau terima sesuai dengan keadaan beliau.

    BalasPadam
  7. kalau nk buat post pasal pengurusan hospital di mesir amat-amat dialukan.tapi memangla kat mesir ni kalau hospital kerajaan 'kurang' sket.huhu.apa2 kembali pada Allah.Dia yang maha mengetahui segalanya..

    BalasPadam
  8. Tak sanggup lagi untuk menulis secara kritikal tentang pengurusan hospital di sini. Pertama, kerana tak banyak maklumat. Kedua, terlalu banyak fikiran persepsi negatif tentang Mesir yang sedang bermain-main dalam fikiran sekarang ini. Isu sempadan Gaza, isu pesakit Palestin yang disoalsiasat polis, isu pengurusan imigresen, isu pengurusan hospital dsb.

    Bimbang timbul benci dalam hati.

    BalasPadam
  9. assalamualaikum.alfatihah untuk saudara hatta.
    maaf baru menemui blog saudara.alhamdulillah
    ia memebri manfaat kepada saya ttg artikel saudara di atas
    kerana kami sekeluarga batuk batuk
    lalu doktor syaki saya terkena tibi.
    baby saya sekarang pun sudah hampir 2 bulan batuk dengan keadaan teruk.menyebabkan ia meragam

    BalasPadam
  10. @Ummu Masyitah
    Waalaikumussalam.
    Semoga Allah memudahkan segala urusan. TB adalah penyakit yang berjangkit. Seeloknya seluruh penghuni rumah yang didiami menjalankan pemeriksaan.

    BalasPadam
  11. akak sekeluarga dah gi check di Klinik Pesakit Luar..ujian darah,montox dan kahak dah dibuat. xray esok.tinggal tunggu keputusan je...jazakallah atas info

    BalasPadam
  12. @Ummu Masyitah
    Saya doakan segalanya baik dah sihat. Amiin ya Rabb!

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Hari yang memenatkan

Jenis fi'il dan hukum-hukumnya

Rukun Islam dan rukun Iman