Al-Fatihah buat Saudara Ammar

Sebetulnya saya tak mengenali Allahyarham secara dekat. Malah, rasanya tidak pernah bersua muka di bumi Mesir ini. Namun, pengenalan yang dibuat kawan-kawan buat saya tenang dan senang hati bila dapat tahu tentang ketinggian akhlaknya.

Tentu, yang paling sukar menerima pemergian Allahyarham ialah ahli keluarga dan kawan-kawan terdekat. Apatah lagi yang turut sama terlibat dalam kemalangan tersebut. Tiada ucapan yang mampu saya ucapkan melainkan kalimah sabar. Itupun setelah mengetahui betapa sabarnya kalian menempuhi ujian ini.

Saya tiba di ARMA dengan fikiran yang kosong. Tidak tahu apa yang harus saya rasa, apa yang harus saya fikirkan. Namun, tiba-tiba perasaan sebak menjentik hati kecil saya apabila terlihat wajah kawan-kawan dari muhafazah yang jauh turut hadir untuk menyempurnakan solat jenazah.

Ini hal yang tidak boleh ditipu dan dibuat-buat. Pemergian orang yang baik-baik akan dihadiri dan ditangisi ramai orang.

Hari ini, kita semua mendapat tazkirah penting tentang erti kehidupan.

Ulasan

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jenis fi'il dan hukum-hukumnya

Rukun Islam dan rukun Iman