Blogger yang bagus

Aaa~ alhamdulillah... Beberapa hari berlalu tanpa sebarang post. Rasanya saya perlu mula menulis kembali sebelum blog ini dipenuhi habuk. Hehe.

Maka berpusing-pusinglah kepala ini mencari inspirasi apakah yang akan dituliskan kali ini. Sebetulnya semalam dah ada beberapa idea. Tapi ia agak skema dan bosan.

Cuba anda jawab soalan ini. Apakah ciri-ciri blogger yang bagus?

Setelah berfikir panjang, saya berjaya senaraikan beberapa ciri. Jika anda ada tambahan boleh kemukakannya di ruangan komen. Terima kasih.

1. Bertanggungjawab. Blogger harus bertanggungjawab dengan apa yang disiarkannya. Tanggungjawab ini terbahagi kepada dua. Dunia dan akhirat. Bertanggungjawab di dunia bererti dia tidak menulis sesuatu yang melanggar undang-undang. Sekiranya berlaku, dia harus cepat-cepat meminta maaf atau dia akan terdedah kepada bahaya saman-menyaman oleh pihak yang terbabit. Bertanggungjawab di akhirat pula bererti blogger juga mestilah memilih kandungan yang tidak mendatangkan kemurkaan Allah Subhanahu wa Taala. Blog adalah medium yang sangat luas pengaruhnya. Rugilah jika ia digunakan untuk sesuatu yang memudaratkan akhirat anda.

2. Bermanfaat. Ada blogger menulis untuk kepuasan diri. Ada pula menulis untuk mendapatkan kepuasan berkongsi. Apa-apa pun pastikan kedua-duanya memberi manfaat kepada kedua-dua pihak. Seperti yang saya telah tulis tadi, blog adalah medium yang sangat luas pengaruhnya. Rugilah jika ia tidak digunakan sebaiknya.

3. Mesra. Kelebihan medium blog berbanding media tradisional seperti akhbar dan buku, blogger boleh berinteraksi dengan mudah dengan pengunjung atau pembaca. Ada ruangan komen, ruangan sembang, YM, e-mel dan sebagainya. Untuk memanfaatkan ruangan-ruangan ini, blogger harus mempunyai sikap mesra dengan memberikan respon yang bersesuaian. Blogger yang lebih bagus meninggalkan komen di blog orang lain.

4. Tegas. Terutamanya bila berdepan dengan pengkritik liar. Blogger ada hak untuk memadam komen-komen yang tidak sopan tanpa mencalari hak kebebasan bersuara orang lain. Tahukah anda bahawa anda boleh didakwa di mahkamah atas komen-komen orang lain di blog anda?

5. Konsisten. Sebaiknya satu post setiap hari. Paling minima, tiga post seminggu. Demikian yang dicadangkan blogger-blogger antarabangsa. Disamping kuantiti, kualiti juga harus konsisten. Barulah boleh dikategorikan sebagai blogger yang bagus!

Ada tambahan?

Ulasan

  1. Assalamualaikum Bro ~ tapi dewasa ini kita sering juga dimomokkan dengan penulisan blog yg berunsurkan "fitnah" ~ ((huhuhu, x tau ayat per lagik yg paling sesuai)) ... untuk mengekang mende ini, agak payah gak coz, viewr nampaknya lagi ske dengan mende camni ... dewasa ini. N frodo setuju dgn point yg pertama itu, bertanggungjawab dunia dan akhirat

    BalasPadam
  2. tambahan...penulisan yang bagus..hehe

    BalasPadam
  3. tambahan : lid, influence, process, navigation, respect, intuition, magnetism, connection, inner circle, empowerment, reproduction, buy-in, victory, priorities, sacrifice, timing, explosive growth & legacy.

    dan blogger should not:incompetent, rigid,callous, corrupt, insular and evil.

    BalasPadam
  4. bila singgah kat blog orang, letak komen tapi dia macam x baca atau x layan... lama-lama malas nak jengok blog dia dah....

    BalasPadam
  5. @The Hobbit Frodo: Ya, soal tanggungjawab ini orang sering lupa kerana sibuk mengejar keseronokkan. Semoga kita semua entiasa dipelihara Allah Subhanahu wa Taala.

    @Bintu Cumil: 10 markah!

    @AnjeRuby: 800 markah!

    @Arazma: Itulah kepentingan mesra... :-)

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Hari yang memenatkan

Jenis fi'il dan hukum-hukumnya

Rukun Islam dan rukun Iman