Melegakan...

Alhamdulillah. Dapat berbicara sebentar dengan Kina tadi agak melegakan. Berbanding dua hari yang lepas, kali ini ia lebih baik sebab tidak terburu-buru mengejar masa. Maka, segala butiran boleh diberikan dengan jelas. Segala emosi dapat ditonjolkan dengan benar. Walaupun ada sedikit masalah talian kurang jelas. Namun, saya tamatkan perbualan dengan hati yang puas.

Sebetulnya, saya kehilangan rentak untuk mengemaskini blog ini. Macam banyak benda nak dibuat, tapi satu pun tak terbuat. Gaya tulisan saya pun kaku. Tambah tiada isi yang kuat untuk dikongsikan dengan kawan-kawan. Saya tetap menulis ini pun sekadar untuk kembali mendapatkan rentak menulis. Bagaimana menyambungkan idea demi idea ke dalam bentuk yang mudah dan indah.

Oh ya. Saya ada janji yang belum ditepati. Mai meminta saya hebahkan bahawa dia sekarang ini sedang giat mengedarkan Alpha Lipid kepada sesiapa sahaja yang berminat. Kalau tak silap, Mama saya sendiri menggunakan produk ini dan turut mengedarkannya kepada kawan-kawan yang rapat. Saya berminat untuk berkongsi maklumat dengan anda tentang produk ini.

Untuk tempahan dan keterangan lanjut, anda boleh hubungi Maizatul di talian +60174258584.

Ulasan

  1. just drop by to give u this..
    (^_^)...huhu...
    ngeee~
    teruskan mencari ilham untuk menulis..gi beli kat suq thamin xper...wawawa...

    BalasPadam
  2. @Kembara: \(^_^)/ terima kasih. Tunggu masa yang sesuai untuk ke Technology Mall.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Hari yang memenatkan

Jenis fi'il dan hukum-hukumnya

Rukun Islam dan rukun Iman