K OK ke?

"K OK ke?"

Pertanyaan ini terpacul di mulut K.wa sebaik saja kami berbalas pantun salam. Saya terpana seketika. Apa yang membuatkan soalan ini muncul tanpa disuruh? Apa yang sudah saya buat?

Inilah bahaya misscommunication. Sama ada dalam bentuk silap faham atau terputus hubungan, kedua-duanya ada kesan buruk terhadap hubungan; keluarga dan kawan. Saya akan cuba lebih berhati-hati dalam menyampaikan emosi saya lain kali. Nampaknya saya perlu khatamkan kembali buku Seni Bercakap-cakap dan Berbual-bual. Biar tutur kata saya berseni. Tersusun rapi dan kemas.


Down to Earth.

Mungkin saya terlalu berani bermimpi hingga ke langit sedang kaki terpasak di bumi. Saya akui saya degil. Bila saya kata saya akan buat, saya akan cuba sampai tak boleh. Sebab biasanya saya cuba hal yang saya tak boleh buat. Maka terbuktilah bahawa saya benar-benar tak boleh.

Maka, maafkan saya jika cakap saya terlalu berani dan berapi-api. Padahal saya tak mampu. Ada satu nuansa yang berbeza bila kita cuba untuk menerobos sempadan diri. Dapat atau tidak, itu soal yang kedua. Nuansa itu semacam memberi erti yang lebih kepada hari-hari yang biasa. Pagi menunggu petang. Petang menunggu malam. Malam menunggu siang.

Sekali lagi saya mohon maaf kepada sesiapa yang terlibat. Buat kalian gusar. Buat kalian risau. Untuk beberapa perkara, saya tetap akan kekal seperti ini kerana inilah saya. Ia mendefinisikan siapa saya. Namun saya akui ada beberapa perkara yang lain yang perlu saya perbaiki. Terima kasih kerana menegur. Tegur dengan kata-kata atau dengan diam dan senyap.

Terima kasih kerana memahami :-)

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Hari yang memenatkan

Jenis fi'il dan hukum-hukumnya

Rukun Islam dan rukun Iman