Bagaimana John Chow jana pendapatan USD40,000 sebulan melalui blog?

Saya berminat untuk mengkaji kekuatan blog dan bagaimana ia dimanfaatkan. Untuk itu, saya akan membuat ulasan ringkas tentang blog-blog yang saya rasakan bernilai untuk dikongsi di sini.

Sebelum ini saya pernah menulis tentang bagaimana Presiden Barack Obama memanfaatkan Internet dalam kempen pilihanrayanya. Kali ini saya akan lebih fokus kepada penggunaan blog.

Kita mulakan dengan John Chow.

Blog JohnChow.com bermula sebagai blog peribadi dan akhirnya dia terdetik untuk membuat kajian, berapa banyak duit yang dia boleh jana melalui blognya itu. Bermula dengan pendapatan sebanyak USD300+ untuk bulan pertama, ia semakin meningkat sehingga USD40,000 dalam masa enam tahun!

John Chow mencuba setiap cara untuk meningkatkan hasil dari blognya sehingga tindakannya tidak begitu disenangi sesetengah pihak. Antara kaedah asas yang dia gunakan adalah:

1. Menulis artikel yang popular. Tajuk yang menarik perhatian umum, isi yang tidak lapuk dan dicari-cari orang dan persembahan yang ringkas, tiada kesalahan yang remeh dan santai.

2. Tarik pengunjung dari laman web yang popular. Antara yang menyumbang kunjungan terbesar ketika permulaan blognya adalah Digg. Digg adalah laman web yang mana ahlinya mengumpul bahan-bahan dari Internet yang menarik untuk dikongsi umum. John Chow memanfaatkan laman web ini sebaik mungkin sehingga dia disekat dan dibuang dari laman web tersebut. Namun, dia tidak berhenti di situ. Dengan jumlah kunjungan yang ramai setiap hari, dia kemudiannya menjadikan Google sebagai sasaran sehingga satu masa, jika anda taip kata kunci "make money online", maka laman web yang pertama dalam senarai adalah JohnChow.com. Akhirnya, oleh kerana teknik yang dia gunakan bersifat manipulatif, maka blognya tidak lagi disenaraikan di Google. Namun, tetap saja blognya menerima kunjungan yang banyak setiap hari hingga ke hari ini.

3. Gunakan semua cara untuk jana pendapatan. Sebagaimana orang lain, John Chow bermula dengan AdSense. Setelah berjaya memperolehi USD1000 dalam sebulan dengan AdSense, terdetik dihatinya, apa akan berlaku jika tiba-tiba Google muflis (AdSense adalah produk Google). Maka, sejak itu dia mencuba segala cara yang ada untuk menjana pendapatan ke blognya. Kini, lebih 10 kaedah yang digunakan dan hasilnya, pendapatannya sebulan melalui blog adalah sebanyak USD40,000+!

Demikian sedikit corentan dari pemerhatian saya tentang blog JohnChow.com. Banyak perkara yang boleh dipelajari. Melalui pengalamannya kita dapat lihat dengan jelas kekuatan blog jika digunakan dengan baik.



Reblog this post [with Zemanta]

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Hari yang memenatkan

Jenis fi'il dan hukum-hukumnya

Rukun Islam dan rukun Iman