Saya namakannya sebagai kejayaan


Empat hari lepas, saya ada menulis tentang blog anti-Islam dan mengajak kawan-kawan untuk sama-sama Flag blog tersebut hingga tutup. Saya bukan ingin mendabik dada sebagai pewira, tetapi cuma ingin meraikan apa yang saya namakan sebagai kemenangan.

Jika anda buka hari ini blog Syurga-Islam tersebut, ada akan dapati tertera pernyataan ini 'This blog is open to invited readers only'. Anda tak dapat membaca blog tersebut melainkan dengan ajakan pemilik blog.

Saya tidak tahu apakah ia arahan Google atau pilihan pemilik blog. Sebab setahu saya, apabila telah mencukupi bilangan Flag pada blog tersebut, maka akan terpapar amaran 'Content warning' sebelum masuk ke blog tersebut. Ternyata apa yang berlaku sekarang jauh lebih baik!

Syabas kepada kawan-kawan yang sama-sama Flag blog tersebut dan mengajak kawan-kawan melakukan hal yang sama. Dengan usaha yang kecil seperti itu, kita telah berjaya menyekat usaha keji musuh.

Syabas buat semua!
Reblog this post [with Zemanta]

Ulasan

  1. alhamdulillah...

    syabas sheikh..

    teruskan dakwah & jihad ini..

    :-)

    BalasPadam
  2. tahniah..inilah pentingnya org islam yang pakar dalam bidang IT..kita perlu kuasai semua bidang...ayuh, bangkit...!

    BalasPadam
  3. Keghairahan melupakan diri kepada Tuhan. Lupa ucap alhamdulillah.

    Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah...

    BalasPadam
  4. alhamdulillah.tahniah.saya juga baru prasan stelah lht pada comment d blog saya td

    BalasPadam
  5. Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen di sini. Moga kita dapat sama-sama berkongsi maklumat.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Hari yang memenatkan

Jenis fi'il dan hukum-hukumnya

Rukun Islam dan rukun Iman