Flag sampai tutup



Musuh Islam takkan berdiam diri. Mereka tetap akan lakukan apa sahaja yang mereka mampu untuk zahirkan rasa benci dan cemburu mereka kepada agama yang teguh ini. Mungkin anak-anak muda sekarang cetek pengetahuan agama, tetapi apabila ditanya, "Awak ni Islam ke tak?" ramai yang akan melenting. Ini bukti masih ada sayang mereka kepada Islam. Cuma tidak diterjemahkan dalam bentuk yang sepatutnya.

Syurga-Islam

Isu Adibah Ahmad mendapat liputan yang meluas sehingga dipaparkan dalam Buletin Utama TV3 dan ditangani dengan baik oleh semua pihak. Akhirnya, blog tersebut ditutup. Namun hakikatnya masih ada blog-blog yang bernada serupa yang masih wujud di alam siber ini.

Antaranya adalah blog Syurga-Islam. Satu lagi blog yang menghina Islam dan menghina Nabi Muhammad Sallallahu alaihi wa Sallam. Terima kasih kepada Miraex yang menghebahkan perkara ini.

Bukan promosi

Oh, ini bukan promosi percuma untuk blog tersebut. Sebaliknya, saya mengajak kawan-kawan klik pada butang Flag yang ada pada bahagian atas blog tersebut untuk memberi isyarat kepada Google supaya menutup blog ini sesegera mungkin. Blog ini lebih wajar ditutup berbanding blog Kisah Seri, kan?

"Ada kesan ke?"

Apakah manfaat yang penulis blog ini perolehi dengan membuat blog seperti ini? Setahu saya, blog seperti ini tidak akan dilayan orang. Sekadar untuk mendidihkan darah umat Islam sahaja. Tetapi, sudah tentu kita takkan rela berdiam diri. Jika dia sanggup buat usaha yang kecil untuk menghina Islam, kenapa tidak kita buat usaha yang kecil untuk mempertahankan Islam. Kecil pada perbuatan belum tentu kecil pada ganjaran.

Maka, ikhlaskan niat kerana Allah Subhanahu wa Taala, dan klik Flag sepuluh kali setiap hari. Sebarkan kepada kawan-kawan akan hal ini.
Reblog this post [with Zemanta]

Ulasan

  1. semoga blog seperti ini akan dapat hilang dr internet...sama2 kita m'flag'kannye..

    BalasPadam
  2. Ya. Flag sampai tutup. Kalau dia yg batil ni semangat utk buat blog celaka ni, maka kita yg berada dlm kebenaran ni mesti lebih semangat utk flag blog celaka ni!

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Hari yang memenatkan

Jenis fi'il dan hukum-hukumnya

Rukun Islam dan rukun Iman