Palestin menangis
Alhamdulillah, kamera sudah di tangan. Maka, saya tidak menunggu lama untuk upload dan catatkan apa yang masih saya ingat apa yang berlaku malam tersebut.
30 Januari 2009
Saya dikhabarkan Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang (TGHH) akan datang menyampaikan ceramah pada jam 7.00 malam. Mereka yang minat dengan tuan guru datang dari seluruh negeri di Mesir ini untuk mendengar kalamnya yang jarang-jarang sampai ke sini. Apatah lagi untuk menyampaikan ceramah.
Setelah lama menunggu dalam kesejukkan malam, sebuah bas tiba yang memuatkan rombongan pimpinan PAS yang membuat misi kemanusiaan di Gaza. Dengan jelas tertera dua kain rentang yang satu berpotretkan TGHH dan YB Salahuddin Ayub dan yang satu lagi tertulis Muslim Care.
Ingatkan dua, rupa-rupanya...
Sangka saya hanya dua penceramah akan berucap pada malam ini. Rupa-rupanya enam penceramah. Beserta pengerusi majlis yang juga ahli parlimen, iaitu YB Nasir Zakaria. Berikut ringkasan yang saya masih ingat apa yang diucapkan oleh para penceramah pada malam tersebut:
YB Dr. Mujahid Rawa - PAS sedang melangkah ke satu era baru dalam perjuangan dengan penglibatan bukan muslim sejak tertubuhnya Kelab Penyokong PAS. PAS kini sedang merangka untuk mewujudkan Dewan Bukan Muslim sebagai satu langkah untuk mendekati golongan ini.
YB Dr. Dzulkifli Ahmad - Malaysia sedang mengalami perubahan landskap politik yang besar. Tidak lagi sama dengan apa yang berlaku 50 tahun dahulu.
YB Dr. Lo' Lo' - Rakyat Palestin terutamanya di Gaza menderita akibat serangan dari pihak Israel dan keadaan mereka semakin teruk dengan layanan kerajaan Mesir yang tidak cuba sedaya upaya untuk membantu, bahkan menyusahkan proses bantuan dari luar.
YB Dr. Hatta Ramli - Apakah jaminan keselamatan Masjidil Haram dan Masjid Nabawi jika Masjid Al-Aqsa dibiarkan di bawah cengkaman Israel?
YB Salahuddin Ayub - Jangan halang UMNO untuk lakukan perkara yang sama seperti yang kita lakukan, tetapi pastikan mereka tampil dengan hujah.
Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang - Musuh Islam membahagi-bahagikan negara Islam melalui pelbagai perjanjian yang akhirnya mengakibatkan kelemahan terhadap kaum muslimin akibat dipisahkan sempadan geografi.
* Catatan ini tidak begitu tepat.
Saya tiba di rumah pada jam 12.00 tengah malam. Cuaca di luar sangat sejuk dimeriahkan pula dengan angin yang bertiup kencang. Mujur dalam rumah tiada angin sejuk. Tapi, bagaimana pula saudara kita di Gaza?
semoga bakal menjadi spt mrk
BalasPadam