Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2009

Berblog bukan hanya menulis

Image by Faizal Rahman via Flickr
Alhamdulillah, 80% dari proses berpindah telah selesai. Tinggal lagi tiga hari sebelum rumah itu wajib dikosongkan secara rasmi.

Apa yang menyedihkan, semalam semasa saya mengemas bilik baru saya bersama S, komputer saya mengalami masalah. Hingga saat ini, N sedang berusaha untuk menghidupkannya kembali. Saya dapat gambaran bahawa saya mungkin tak dapat capai sasaran 30 tulisan setiap bulan pada bulan ini.

Dua tiga hari lepas saya ditanya tentang gajet Followers di Bloggers. Gajet ini hanya membenarkan seseorang untuk Follow 200 blog dalam satu masa. Jika sudah mencapai had tersebut, dia perlu Unfollow mana-mana blog sebelum dibenarkan untuk Follow blog lain. Saya memang telah merancang dari awal Februari lagi untuk mengemaskini senarai blog yang saya Follow pada akhir Februari. Blog yang pemiliknya Follow blog ini akan diberi keutamaan. Juga blog yang kandungannya menarik dan sentiasa dikemaskini.

Blog yang tidak mesra, tidak dikemaskini dan kandungan…

Botol, batu, batu kecil dan pasir

Image by sburke2478 via Flickr

Seorang profesor falsafah berdiri di hadapan pelajarnya dengan beberapa bahan di atas meja. Tanpa berkata apa-apa, dia memegang botol jem kosong dan mula mengisinya dengan batu-batu.

Kemudian, dia bertanya kepada pelajarnya, adakah botol itu penuh? Mereka semua bersetuju.

Maka, profesor itu membuka kotak berisi batu-batu kecil dan mencurahkannya ke dalam botol. Dia goncang botol itu dengan perlahan dan batu-batu kecil itu memenuhi celah-celah yang ada.

Kemudian, dia bertanya lagi adakah botol itu penuh? Mereka semua bersetuju.

Profesor itu kemudiannya membuka kotak berisi pasir dan mencurahkannya ke dalam botol. Tentunya pasir itu memenuhkan semua ruang yang ada. Dia bertanya sekali lagi, adakah botol itu penuh? Mereka tanpa ragu menjawab, "Ya!"

"Sekarang," kata profesor itu, "Bayangkan botol ini adalah kehidupan anda. Batu-batu itu perkara-perkara penting -- keluarga kamu, pasangan kamu, kesihatan kamu, anak-anak kamu -- perkara…

Lukisan itu puisi tanpa kata

Oleh kerana kebuntuan untuk menulis, maka saya pun melukis. Bagi penggemar seni, jangan kagum dengan lukisan ini kerana ia hanyalah trick semata-mata. Saya gabungkan kaedah digital dan tradisional. Tengah praktis lagi ni. Tangan dah keras sangat-sangat dah sebab lama benar tak melukis.

Alahai...

Kau alasanku untuk dewasa

Image via Wikipedia

Alhamdulillah, sudah siap susun kertas-kertas dalam bilik ini. Rupa-rupanya taklah susah sangat. Sebab semuanya sudah sedia tersusun. Cuma kertas-kertas yang terkini yang perlu dikemaskini dengan teliti.

Begitulah selalunya. Sebelum kita lakukan satu-satu perkara yang kita jarang buat dan tidak suka, kita gambarkan ia sebagai satu kerja yang memenatkan. Padahal, bila dah buat, sekejap saja.

Sekarang tinggal pakaian dan barang-barang yang kecil-kecil yang perlu dimuatkan ke dalam beg dan kotak. Oleh kerana pakaian saya tak banyak, maka saya akhirkan pakaian. Kalau tak nak pakai ape?

Kebelakangan ini orang Malaysia agak sibuk. Makanya, saya tak boleh dah nak ganggu mereka dengan panggilan telefon yang panjang. Sekadar telefon dan beritahu bahawa saya sihat dan dapat tahu yang mereka juga sihat.

Tips kesihatan kali ini ialah, minum air masak banyak-banyak. Walaupun tak seronok minum air masak di musim sejuk sebab akan kerap ke bilik air, percayalah, ia baik untuk kesi…

Hari yang cerah untuk jiwa yang sepi

Image via Wikipedia

Cuaca dijangka semakin sejuk minggu ini. Ia membataskan pergerakkan.

Tadi baru sahaja dikecewakan puan yang bekerja di pejabat imigresen. Padahal sepatutnya saya tahu benar akan jadual untuk urusan visa, pukul 8.00 pagi dan akan selesai menjelang Zohor.

Namun, atas alasan mesti lakukan sesuatu hari ini, maka saya teruskan juga.

Dua minggu lagi sebelum rumah ini mesti dikosongkan. Hari ini akan saya selesaikan pakaian dan susun kertas-kertas yang banyak dalam bilik ini. Ya, kertas memang banyak. Kebanyakkannya nota-nota peperiksaan dan bahan-bahan yang dicetak dari komputer. Semua kertas akan dimasukkan ke dalam sampul surat yang berlabel, kemudian barulah dimasukkan ke dalam kotak. Begitulah rencananya.

Pakaian pula akan dimuatkan ke dalam beg selepas kering dijemuran.

Semalam saya menonton satu filem berkisar tentang seorang pemaian baseball yang diberitahu doktornya bahawa dia menghidap kanser dan hanya ada tiga bulan tempoh untuk hidup. Semerta dia meneliti kemb…

Harapan Baru Untuk Malaysia

Setelah melalui perjalanan politik yang dahsyat, Dato' Seri Anwar Ibrahim kembali dengan membawa motto 'Harapan Baru Untuk Malaysia' dan bersama-sama pimpinan pembangkang yang lain membentuk Pakatan Rakyat yang kini memerintah di 4 1/2 negeri. 1/2 diberikan kepada Perak atas krisis yang terjadi.

Umum mengetahui kekangan media yang berlaku di Malaysia. Media arus perdana menyokong kerajaan yang memerintah dan memaksa pembangkang mewujudkan media-media alternatif. Di sini wujudnya peranan blog.

Pilihanraya Umum Ke-12

Sebelum berlangsungnya Pilihanraya Umum Ke-12, blog AnwarIbrahimBlog muncul sebagai satu wadah untuk menyampaikan maklumat secara terus kepada penyokongnya. Tidak dinyatakan berapa kunjungan sehari yang diterima, namun setiap artikel akan mendapat 100 lebih komen dari pembaca. Ini menandakan populariti sesebuah blog.

Blog ini juga memuatkan sisipan blog kecil yang mengetengahkan artikel-artikel dari pelbagai sumber. Ini membolehkan pengunjung membezakan mana tuli…

Blogging to Unblock

Sebelum ini saya banyak membuat analisa ringan terhadap blog-blog yang berteraskan perniagaan. Jika saya teruskan, mungkin ia akan memberi gambaran bahawa blog ini adalah blog perniagaan. Untuk itu, kali ini saya akan menulis tentang sebuah blog yang dikatakan mencatat rekod dunia. Chedet.cc.

Setelah Tun Dr. Mahathir Mohamad meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia, dan tatkala dia melihat kelemahan pada pentadbiran penggantinya Dato' Seri Abdullah Badawi dia mula memberi kritikan yang pedas terhadap kerajaan. Tindakkannya ini memaksa kerajaan mengambil keputusan untuk menyekatnya dari muncul dalam media arus perdana dan memulaukannya dari majlis-majlis yang penting.

Ruang untuk bersuara

Untuk memberi ruang untuk dia bersuara, dia mulakan sebuah blog yang dinamakan CheDet -- nama pena yang digunakannya untuk menulis dalam akhbar sebelum dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Hasilnya, setiap bulan, blog CheDet menerima sejuta kunjungan dan tidak kurang dari 500 komen…

SaifulSham -- Usahawan muda Internet

"Membantu merealitikan perniagaan Internet anda."

Demikian motto yang tertera pada blog SaifulSham. Blog ini merupakan antara blog rujukan perniagaan Internet di Malaysia. Blog ini dikendalikan oleh dua orang, Syazwan dan Sabri. Ya, nama SaifulSham hanya sekadar gimik. Mungkin kerana gandingan SyazwanSabri tidak begitu manis didengar atau mungkin kerana tidak ingin berebut nama siapa yang akan didahulukan. Hehe. Jangan marah, ye...!

Rentetan perjalanan

Kedua-dua pemuda ini memulakan perniagaannya ketika belajar. Bermula dengan buku Rahsia Buat Duit Dengan Internet, kemudian mereka menganjurkan bengkel perniagaan Internet dan seterusnya, mereka lancarkan perkhidmatan web hosting yang direka khusus buat usahawan Internet.

Berbeza dengan pendekatan blog IrfanKhairi, SaifulSham menyediakan artikel-artikel yang panjang dan kebelakangan ini jarang ada artikel baru yang tersiar. Namun, jenama SaifulSham telah kukuh dan himpunan artikelnya sesuai untuk membimbing usahawan Internet un…

Jutawan Internet, Dr. Irfan Khairi

Sebut saja perniagaan Internet di Malaysia, pasti ramai yang akan teringat akan nama Irfan Khairi. Atau, sebut saja nama Irfan Khairi, pasti ramai yang akan teringat akan perniagaan Internet.

Sinonim

Demikianlah sinonimnya perniagaan Internet dengan Dr. Irfan Khairi. Jutawan muda ini telah mengambil langkah yang luar biasa dengan mempromosi perniagaan Internet dalam media arus perdana. Walaupun dia bukanlah yang pertama, namun popularitinya membuatkan ramai yang menyangka bahawa dialah orang Malaysia yang pertama berjaya dalam perniagaan Internet.

Blognya bermula pada Mei 2006, dan semakin berkembang hingga ke hari ini. Secara purata, Dr. Irfan menulis satu artikel untuk setiap dua hari. Blognya berkenaan tips motivasi, tips kewangan, tips perniagaan dan kisah hidupnya. Blognya digunakan sebaiknya untuk mempromosi bengkel yang dikendalikannya, buku-buku tulisannya dan rancangan TV dan radio yang melibatkan dirinya. Sekali imbas, sememangnya blog Irfan Khairi mempromosikan dirinya sebag…

Belajar blogging di Problogger

Anda serius dalam blogging? Maka, blog ini sepatutnya menjadi rujukan anda.

Problogger

Problogger. Nama yang cukup sinonim bagi pemula dalam bidang ini. Dalam blog ini terdapat pelbagai artikel yang berkualiti tinggi yang membantu anda dan orang lain untuk membina blog secara profesional.

Darren Rowse, pemilik blog ini memulakannya sebagai satu tempat untuk mengumpulkan tips-tips blogging dan dalam masa yang sama, dia sudah memiliki satu blog lain berkenaan fotografi digital.

Penulisan yang bermutu

Berbeza dengan John Chow, Darren sangat mengutamakan penulisan yang baik. Padanya, sekiranya tulisan yang kita hasilkan itu bermutu tinggi, dengan sendirinya akan menarik ramai pengunjung. Hasilnya, trafik yang tinggi memungkinkan anda untuk meraih keuntungan yang tinggi juga.

Anda dapat lihat sendiri di Problogger, bagaimana tulisan-tulisan Darren yang berkualiti dalam kuantiti yang banyak. Apa yang lebih menarik, Darren kelihatan tidak begitu berminat untuk menghiaskan tulisan-tulisannya den…

Bagaimana John Chow jana pendapatan USD40,000 sebulan melalui blog?

Saya berminat untuk mengkaji kekuatan blog dan bagaimana ia dimanfaatkan. Untuk itu, saya akan membuat ulasan ringkas tentang blog-blog yang saya rasakan bernilai untuk dikongsi di sini.

Sebelum ini saya pernah menulis tentang bagaimana Presiden Barack Obama memanfaatkan Internet dalam kempen pilihanrayanya. Kali ini saya akan lebih fokus kepada penggunaan blog.

Kita mulakan dengan John Chow.

Blog JohnChow.com bermula sebagai blog peribadi dan akhirnya dia terdetik untuk membuat kajian, berapa banyak duit yang dia boleh jana melalui blognya itu. Bermula dengan pendapatan sebanyak USD300+ untuk bulan pertama, ia semakin meningkat sehingga USD40,000 dalam masa enam tahun!

John Chow mencuba setiap cara untuk meningkatkan hasil dari blognya sehingga tindakannya tidak begitu disenangi sesetengah pihak. Antara kaedah asas yang dia gunakan adalah:

1. Menulis artikel yang popular. Tajuk yang menarik perhatian umum, isi yang tidak lapuk dan dicari-cari orang dan persembahan yang ringkas, tiada …

City of Dionysias

City of Dionysias, originally uploaded by rdhanz. Kami ke Fayyum hari ini. Pada asalnya ada tiga tempat yang menarik untuk dituju. Pertama, Tasik Qarun. Kedua, kincir air. Ketiga, Istana Qarun.

Perjalanan jauh dan cerita lucu

Image via Wikipedia
Bercerita tentang lawak, saya sebelum ini memang tak ambil endah akan cerita lawak. Apatah lagi lawak yang dibuat-buat. Oleh kerana itu saya mengalami masalah untuk memindahkan cerita lucu kepada orang lain. Biasanya saya ketawa sendirian sedang kawan yang lain tersenyum kelat.

Sepetang bersama Ally

Image by William Hook via Flickr

Sepetang saya habiskan masa untuk menonton rancangan Ally di laman web TV3. Baru ada enam episod yang pada saya, sangat menarik. Temanya santai tetapi bermanfaat. Berikut adalah ulasan ringkas untuk setiap episod:

Episod 1: Berbincang tentang perbelanjaan. Topik yang sesuai dengan situasi ekonomi semasa yang terumbang-ambing akibat krisis yang berlaku di Amerika dan Eropah. Tiada perkara baru yang didedahkan. Hanya sekitar tabiat berbelanja yang mengikut perasaan di kalangan wanita khususnya yang telah banyak kali diperbincangkan umum.

Episod 2: Topik perbincangan adalah berkenaan dengan sekolah. Tajuk ini membuat saya terkenang kembali kenangan di sekolah rendah dahulu. Antara kandungan yang menarik perhatian saya ialah tentang perbezaan pendekatan guru dahulu dan pendekatan guru sekarang. Menurut guru sendiri, bukan mereka memilih untuk berlembut, tetapi mereka sebenarnya mengelak dari menggunakan murid-murid sebagai tempat untuk melepaskan tekanan har…

20 tanda anda mengalami ketagihan Internet

Image via CrunchBase

Pernahkah situasi ini berlaku kepada anda?

Jika diikutkan kebiasaan, sememangnya susah untuk bangun pagi. Tapi, apabila teringatkan Internet, mudah saja untuk bangkit. 3.00 pagi? Tiada masalah. 4.00 pagi? Tiada masalah. Tak tidur? Pun tiada masalah!

Jika tidur tak sempurna, tubuh akan terasa lenguh ketika bangun pagi. Mata juga terasa berat. Kepala terasa sendat. Namun, apabila bangun, berdepan dengan komputer untuk beberapa ketika, mengantuk dan lenguh-lenguh hilang secara tiba-tiba. Kaedah ini saya gunakan untuk mengelakkan tertidur ketika sujud solat Subuh. Haha.

Ketagihan Internet

Sedar atau tidak, ia adalah gejala ketagihan. Ketagihan Internet. Berikut adalah tanda-tanda bahawa anda kini sudah ketagih:

1. Online melebihi keperluan. Mata tertumpu ke monitor, tangan di keyboard. Tapi tak tahu nak tulis apa. Isk!

2. Urusan harian tertangguh. Gelas dan pinggan yang belum dibasuh tersusun rapi di samping meja komputer. Bila nak guna baru basuh. Bukan basuh selepas …

Bila bekal habis

Image by Swamibu via Flickr

Ada beberapa perkara yang agak mengecewakan berlaku hari ini.

Untuk ringkaskan cerita, saya tak sangka bekal saya akan habis secepat ini. Ibarat mengisi air ke dalam tong yang bocor.

Astaghfirullah.

Kata ulama', iman bertambah dan berkurang.

Ketaatan menguatkan Islam yang ada dalam diri seseorang, manakala maksiat melemahkannya (Imam Habib Abdullah Al-Haddad, Nasihat Agama dan Wasiat Iman).

Aku hanya akan hidup hari ini, maka aku akan mengucapkan, "Wahai masa lalu yang telah selesai, tenggelamlah seperti mataharimu. Aku tak akan menangisi pemergianmu dan kamu tak akan melihatku termenung walau sedetikpun untuk mengingatimu. Kamu telah pergi dan takkan kembali.

Wahai masa depan, engkau masih dalam keghaiban. Maka aku tidak akan pernah bermain dengan khayalan dan menjual diri hanya untuk sebuah sangkaan. Aku juga tidak akan memburu sesuatu yang belum tentu ada, kerana mungkin esok tiada apa-apa. Esok adalah sesuatu yang belum diciptakan dan tidak ada…

Sebelum mata terlena

Image via Wikipedia

Terkejut.

Itu sahaja yang dapat saya katakan jika ditanya tentang apa yang berlaku di Perak. Laman web berita politik di Malaysia kebanyakkannya lambat untuk diakses. Puncanya kerana ramai yang ingin tahu perkara sebenar. Umum mengetahui maklumat dalam televisyen dan akhbar tidak mencukupi. Untuk menunggu ulasan akhbar alternatif, mungkin terpaksa tunggu beberapa hari. Maka, maklumat dari Internet menjadi pilihan.

Bukan main-main

Isu ini bukan isu main-main. Ia melibatkan nasib rakyat Perak sekarang dan nasib rakyat Malaysia akan datang. Benar, nasib Allah yang tentukan. Tetapi Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum selagi mana mereka tidak mengubah nasib mereka sendiri. Perubahan sedang dijalankan. Namun harus diteliti sama ada ia menghala ke arah yang benar atau tidak.

Saya dapat baca kekecewaan dalam fikiran kawan-kawan yang sebaya. Kami mengharapkan tauladan dari orang tua. Bahkan dari kalangan pemimpin yang memerintah. Tapi, apabila berlaku situasi yang m…

Diet seimbang

Sebelum ini saya ada bercerita kepada kawan saya tentang diet saya yang agak melampau kebelakangan ini. Kata orang, penangan musim sejuk.

Sebagai respond kepada cerita saya, maka dia kemukakan cadangan diet yang seimbang yang dipetik dari majalan-majalah kesihatan.



Penjagaan kesihatan pada peringkat awal sangat digalakkan. Bak kata pepatah Arab, "Satu dirham untuk pencegahan lebih baik dari segunung emas untuk rawatan." Tubuh sihat, tubuh kuat.

Terima kasih kepada Tinta Salsabila yang prihatin dan mengusahakan jadual ini. Alfu syukran.

24 hari sebelum berpindah

Image by kattebelletje via Flickr

Al-Aman memulakan melodi perpisahan dengan tulisan terkininya. Ya, Rumah Sewa 700 akan dibubarkan Mac ini. Ini keputusan beramai-ramai setelah melihat apa yang lebih baik buat masa depan kami. InsyaAllah.

Halatuju

Al-Aman dan Buaya Sikoh akan menyertai rumah N. Sapuang akan masuk Rumah Terengganu. Syeikhul Islami akan pindah ke rumah di belakang Rumah Selangor. Saya akan ke Gamek. Demikianlah percaturannya. Semoga Allah menaungi pilihan-pilihan ini. Amin.

Iklan

Sebelum itu, saya nak buat pengumuman sikit. Kepada sesiapa yang berminat untuk mendapatkan rumah sewa dua bilik lengkap dengan perabot dengan kadar sewa LE1000, sila hubungi saya atau mana-mana ahli Rumah Sewa 700 sebelum Mac 2009. Harga boleh dirunding.

Pindah itu beban

Dengar perkataan pindah sahaja sudah terasa membebankan. Mujur tak jauh. Namun tetap membebankan. Untuk minggu pertama ini, kami perlu bergotong-royong untuk mengasingkan barang-barang kami dengan barang-barang orang lain. Sebelum …

Saya namakannya sebagai kejayaan

Empat hari lepas, saya ada menulis tentang blog anti-Islam dan mengajak kawan-kawan untuk sama-sama Flag blog tersebut hingga tutup. Saya bukan ingin mendabik dada sebagai pewira, tetapi cuma ingin meraikan apa yang saya namakan sebagai kemenangan.

Jika anda buka hari ini blog Syurga-Islam tersebut, ada akan dapati tertera pernyataan ini 'This blog is open to invited readers only'. Anda tak dapat membaca blog tersebut melainkan dengan ajakan pemilik blog.

Saya tidak tahu apakah ia arahan Google atau pilihan pemilik blog. Sebab setahu saya, apabila telah mencukupi bilangan Flag pada blog tersebut, maka akan terpapar amaran 'Content warning' sebelum masuk ke blog tersebut. Ternyata apa yang berlaku sekarang jauh lebih baik!

Syabas kepada kawan-kawan yang sama-sama Flag blog tersebut dan mengajak kawan-kawan melakukan hal yang sama. Dengan usaha yang kecil seperti itu, kita telah berjaya menyekat usaha keji musuh.

Syabas buat semua!

Kekalkan motivasi

Image via Wikipedia
"Dari mana, Mat?" tanya si tukang gunting kepada pelanggannya.

"Hantar anak ke sekolah."

"Buat apa ke sekolah hari Sabtu macam ni?"

"Katanya ada motivasi."

"Oh, motivasi."

Perbualan terhenti seketika sehingga si tukang gunting meneruskan kalamnya.

"Alah, budak-budak sekarang ni, lepas motivasi, baik la sekejap. Dua hari lepas tu, balik asal."

"Aah. Sekolah belanja besar untuk uruskan ceramah. Hasilnya sekejap saja."

Demikian perbualan yang saya cuba lakonkan kembali berdasarkan pengalaman lalu. Sememangnya tidak tepat, tetapi perbualan berkisar di sekitar itu. Ceramah motivasi dan tempoh kesannya kepada peserta.

Nada negatif

Tulisan saya kali ini bernada negatif. Bukan untuk menghentam motivasi dan motivator, tetapi mencari penyelesaian kepada masalah kesan motivasi yang berhayat pendek.

Dalam mana-mana majlis motivasi, banyak pendekatan digunakan untuk mengusik emosi dan mengasah akal peserta untu…

Palestin menangis

Menunggu ketibaan penceramah, originally uploaded by rdhanz. Alhamdulillah, kamera sudah di tangan. Maka, saya tidak menunggu lama untuk upload dan catatkan apa yang masih saya ingat apa yang berlaku malam tersebut.

30 Januari 2009

Saya dikhabarkan Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang (TGHH) akan datang menyampaikan ceramah pada jam 7.00 malam. Mereka yang minat dengan tuan guru datang dari seluruh negeri di Mesir ini untuk mendengar kalamnya yang jarang-jarang sampai ke sini. Apatah lagi untuk menyampaikan ceramah.

Setelah lama menunggu dalam kesejukkan malam, sebuah bas tiba yang memuatkan rombongan pimpinan PAS yang membuat misi kemanusiaan di Gaza. Dengan jelas tertera dua kain rentang yang satu berpotretkan TGHH dan YB Salahuddin Ayub dan yang satu lagi tertulis Muslim Care.

Ingatkan dua, rupa-rupanya...

Sangka saya hanya dua penceramah akan berucap pada malam ini. Rupa-rupanya enam penceramah. Beserta pengerusi majlis yang juga ahli parlimen, iaitu YB Nasir Zakaria. Berikut ringkasan yang …

Flag sampai tutup

Musuh Islam takkan berdiam diri. Mereka tetap akan lakukan apa sahaja yang mereka mampu untuk zahirkan rasa benci dan cemburu mereka kepada agama yang teguh ini. Mungkin anak-anak muda sekarang cetek pengetahuan agama, tetapi apabila ditanya, "Awak ni Islam ke tak?" ramai yang akan melenting. Ini bukti masih ada sayang mereka kepada Islam. Cuma tidak diterjemahkan dalam bentuk yang sepatutnya.

Syurga-Islam

Isu Adibah Ahmad mendapat liputan yang meluas sehingga dipaparkan dalam Buletin Utama TV3 dan ditangani dengan baik oleh semua pihak. Akhirnya, blog tersebut ditutup. Namun hakikatnya masih ada blog-blog yang bernada serupa yang masih wujud di alam siber ini.

Antaranya adalah blog Syurga-Islam. Satu lagi blog yang menghina Islam dan menghina Nabi Muhammad Sallallahu alaihi wa Sallam. Terima kasih kepada Miraex yang menghebahkan perkara ini.

Bukan promosi

Oh, ini bukan promosi percuma untuk blog tersebut. Sebaliknya, saya mengajak kawan-kawan klik pada butang Flag yang ada p…

Laporan Januari 2009

Image by Wesley Fryer via Flickr

Dengan tamatnya bulan Januari, maka berakhirlah mood tahun baru. Februari hadir dengan menawarkan pelbagai asam garam kehidupan yang tentunya menguji sejauh mana realistik azam tahun baru yang dilaungkan.

Banyak peristiwa yang berlaku pada bulan Januari tahun ini. Semoga Februari kali ini menjanjikan sesuatu yang lebih baik. Amin.

Berikut adalah 10 artikel yang paling kerap dilawati sepanjang Januari 2009:
1. Berita yang mengejutkan
2. Bersemadi dengan aman
3. Selamat jalan!
4. Berlayar di Sungai Nil
5. Apa yang nak diboikot?
6. Kanser tiroid
7. Sejarah penerbitan
8. Bawa daku kepadamu
9. Cerita tentang dia
10. Michael Heart: We Will Not Go Down

Untuk bulan ini tips untuk menarik pembaca untuk satu-satu tulisan yang saya gunakan dan ternyata berkesan adalah:
1. Tulis tentang peristiwa yang terkini dengan ulasan tersendiri.
2. Pamerkan tajuk beserta link pada status YahooMessenger.

Berikut adalah 10 blog yang menyumbang kunjungan terbanyak ke blog ini sep…

Sediakan backup blog anda, jika tidak...

Image via CrunchBase

Sungguhpun blog ini tiada nilai komersial, ia tetap mempunyai tempat yang tersendiri dalam kehidupan harian saya. Ia memungkinkan saya untuk turut serta dalam pelbagai peristiwa yang berlaku di seluruh dunia. Juga sebagai ruang untuk berkomunikasi dengan keluarga dan kawan-kawan.

Apa akan terjadi jika tiba-tiba blog ini hilang?

1. Saya akan rasa kehilangan yang besar pada tulisan-tulisan yang saya siarkan di sini. Apatah lagi tulisan yang bertujuan untuk merakamkan emosi.

2. Saya akan putus minat untuk blogging. Sebagaimana saya putus minat melukis apabila lukisan saya luntur terkena air.

3. Saya akan rasa susah untuk menghubungi semula kawan-kawan terutamanya yang saya kenal melalui blog, tidak di dunia realiti.

Dan senarai ini boleh lagi dipanjangkan.

Sebab-sebab kenapa blog ditutup

Hakikatnya, sekiranya anda membuka blog di Blogspot, peluang untuk blog anda ditutup tanpa sebarang notis agak tinggi. Berikut adalah antara sebab-sebab kenapa blog anda mungkin ditutu…