Sediakan backup blog anda, jika tidak...

Image representing Blogger as depicted in Crun...Image via CrunchBase

Sungguhpun blog ini tiada nilai komersial, ia tetap mempunyai tempat yang tersendiri dalam kehidupan harian saya. Ia memungkinkan saya untuk turut serta dalam pelbagai peristiwa yang berlaku di seluruh dunia. Juga sebagai ruang untuk berkomunikasi dengan keluarga dan kawan-kawan.

Apa akan terjadi jika tiba-tiba blog ini hilang?

1. Saya akan rasa kehilangan yang besar pada tulisan-tulisan yang saya siarkan di sini. Apatah lagi tulisan yang bertujuan untuk merakamkan emosi.

2. Saya akan putus minat untuk blogging. Sebagaimana saya putus minat melukis apabila lukisan saya luntur terkena air.

3. Saya akan rasa susah untuk menghubungi semula kawan-kawan terutamanya yang saya kenal melalui blog, tidak di dunia realiti.

Dan senarai ini boleh lagi dipanjangkan.

Sebab-sebab kenapa blog ditutup

Hakikatnya, sekiranya anda membuka blog di Blogspot, peluang untuk blog anda ditutup tanpa sebarang notis agak tinggi. Berikut adalah antara sebab-sebab kenapa blog anda mungkin ditutup:

1. Blog anda mengandungi tulisan yang menjatuhkan nama seseorang. Apatah lagi jika ia melibatkan tokoh yang berprofil tinggi.

2. Blog anda mengandungi maklumat-maklumat yang berkaitan dengan isu hakcipta dan cetak rompak.

3. Spam. Iaitu tulisan-tulisan yang tiada makna. Lebih-lebih lagi jika dimuatkan dalam jumlah yang banyak.

4. Blog anda mengandungi tulisan atau gambar lucah atau kedua-duanya sekali.

5. Blog anda mengandungi tulisan yang mempromosikan kebencian dan keganasan.

6. Penyamaran.

7. Blog anda mengandungi maklumat peribadi orang lain.

8. Anda menggunakan akaun orang lain untuk berblog.

Mungkin anda beranggapan bahawa jika anda membeli domain untuk blog anda di Blogspot, maka blog anda akan terselamat. Saya khuatir, tidak.

Terima kasih Kisah Seri

Sebelum terlambat, saya ucapkan terima kasih kepada Kisah Seri kerana mengingatkan saya tentang isu ini. Setelah saya cari maklumat dengan lebih mendalam, rupa-rupanya sememangnya isu ini telah lama berlaku. Memiliki blog di Blogspot memang memberi kelebihan kepada kedudukan anda di laman web carian Google tetapi ia juga bermaksud segalanya di bawah kawalan mereka.

CheDet.com

Pertengahan tahun lepas, bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir telah memulakan blog di Blogspot dengan menggunakan alamat www.chedet.com. Popularitinya telah menarik 1,000,000 pengunjung sebulan dan merupakan rekod tidak rasmi bilangan pengunjung blog peribadi yang terbanyak dalam sebulan di dunia!

Namun, hanya beberapa bulan selepas itu, blog tersebut disekat oleh Google dan akhirnya ditutup. Kenapa? Menurut Google, atas alasan spamming. Setiap tulisan dalam blog tersebut berjaya menarik lebih 500 komen. Kebanyakkannya adalah ucapan selamat para pengunjung kepada Tun. Atas alasan komen yang tidak berkenaan dengan tulisan, maka blog ini ditutup. Maka chedet.com berpindah ke platform Movable dan kini berpindah domain ke chedet.cc.

Blog flagging

Pada masa yang lain, muncul pula blog anti-Islam yang tiba-tiba hangat diperkatakan ramai. Tak sampai seminggu blog itu diketahui ramai, akhirnya ia ditutup. Saya tidak tahu siapakah yang menutupnya, adakah pihak Google atau pemilik blog itu. Tetapi, pengguna Internet yang prihatin akan menekan butang Flag yang tertera pada bahagian atas blog tersebut dengan harapan blog itu akan ditutup.

Dari semasa ke semasa, muncul berita tuntutan individu-individu yang menginginkan blog yang memberi kesan negatif kepada kehidupan mereka ditutup. Kebanyakkannya melibatkan artis antarabangsa dan pemilik syarikat besar yang ternama.

Penyelesaian

Maka, apakah penyelesaiannya?

Programmer di CodePlex menawarkan satu perisian untuk membuat backup blog anda. Setakat ini saya masih dalam tahap mencuba perisian ini. Selain itu, anda juga boleh cuba untuk memulakan blog di platform lain seperti Wordpress dan Livejournal.



Satu lagi perisian yang baik untuk tujuan backup blog diprogramkan Linux Lore. Setelah mencuba kedua-dua perisian, Blog2Blog lebih mudah untuk digunakan. Namun, tetap tidak salah untuk menggunakan kedua-duanya. Dua backup kadang kala lebih baik dari satu backup.
Reblog this post [with Zemanta]

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jenis fi'il dan hukum-hukumnya

Hari yang memenatkan

Memudahkan yang rumit