24 hari sebelum berpindah

Moving house 搬家Image by kattebelletje via Flickr

Al-Aman memulakan melodi perpisahan dengan tulisan terkininya. Ya, Rumah Sewa 700 akan dibubarkan Mac ini. Ini keputusan beramai-ramai setelah melihat apa yang lebih baik buat masa depan kami. InsyaAllah.

Halatuju

Al-Aman dan Buaya Sikoh akan menyertai rumah N. Sapuang akan masuk Rumah Terengganu. Syeikhul Islami akan pindah ke rumah di belakang Rumah Selangor. Saya akan ke Gamek. Demikianlah percaturannya. Semoga Allah menaungi pilihan-pilihan ini. Amin.

Iklan

Sebelum itu, saya nak buat pengumuman sikit. Kepada sesiapa yang berminat untuk mendapatkan rumah sewa dua bilik lengkap dengan perabot dengan kadar sewa LE1000, sila hubungi saya atau mana-mana ahli Rumah Sewa 700 sebelum Mac 2009. Harga boleh dirunding.

Pindah itu beban

Dengar perkataan pindah sahaja sudah terasa membebankan. Mujur tak jauh. Namun tetap membebankan. Untuk minggu pertama ini, kami perlu bergotong-royong untuk mengasingkan barang-barang kami dengan barang-barang orang lain. Sebelum ini ramai lagi yang pernah tinggal di rumah ini dan masih lagi meninggalkan barangan mereka di sini. Harap boleh tuntut selepas ini (sebelum saya umumkan di blog... hehe).

Doakan pilihan ini adalah pilihan yang tepat. Doakan kejayaan mengiringi pilihan kami. Doakan kesejahteraan kami. Doakan segalanya!

Amin ya Rabb!
Reblog this post [with Zemanta]

Ulasan

  1. LE1000!!!Bakar aje rumah tu!!!ni bukan geram ni,dah marah dah ni!!!

    BalasPadam
  2. Sabar. Sabar.

    Harga boleh dirunding. Mungkin untuk orang yang dah berkahwin harganya lebih rendah.

    Harap dapat wariskan rumah ini kepada pelajar Malaysia juga.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jenis fi'il dan hukum-hukumnya

Hari yang memenatkan

Memudahkan yang rumit