Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2011

Workflow

P.s.: Highly inspired by PHD Comics

Hari ketiga rusuhan #Jan25

Hari ketiga rusuhan #Jan25.

Saya masih berkurung dalam rumah, merancang dan menyiapkan tugas-tugas yang sengaja ditangguhkan sehingga tamat peperiksaan.

Maka, saya tak berapa tahu suasana di luar. Menurut berita di Internet, keadaan seolah-olah sangat huru-hara. Tapi di kawasan Hayy Al-Asyir, tempat tinggal ramai pelajar Malaysia, suasana kelihatan tenang. Seolah-olah tiada apa-apa yang signifikan sedang berlaku.

Apa-apa pun, berkurung dalam rumah tak dapat menyelesaikan segala tugas. Otak perlukan udara luar. Mata perlu berehat dari pandangan yang disekat dengan dinding rumah.

Momentum pasca-imtihan makin lemah. Sepatutnya ia tak selemah ini. Banyak urusan yang dirancang. Moga dipermudahkan, insyaAllah.

P.s.: Daging masak lada hitam memang sangat sesuai untuk musim sejuk.

Bagaimana mengikuti perkembangan rusuhan #Jan25?

Mesir sedang dilanda rusuhan rakyat sempena Hari Polis yang bertukar menjadi Hari Kemarahan.

Seperti biasa, media utama tak boleh diharapkan untuk mendapat maklumat terkini. Media alternatif Twitter pula telah disekat. Jadi bagaimanakah caranya untuk mendapatkan maklumat terkini tentang apa yang sedang berlaku sekarang?

Buka Google RealtimeTaipkan #Jan25#Jan25 merujuk kepada 25 Januari, iaitu semalam, hari bermulanya rusuhan ini. Para perusuh sepakat untuk tidak menukar #Jan25 kepada #Jan26 untuk memudahkan masyarakat antarabangsa mengikuti apa sebenarnya yang berlaku di Mesir sekarang ini.

Apa-apa pun, peringatan khas untuk rakyat Malaysia di Mesir:

Pastikan anda tidak menghampiri kawasan rusuhan.Anda dinasihatkan tidak keluar bersiar-siar melainkan untuk keperluan.Untuk perjalanan keluar dari kawasan perumahan, anda dinasihatkan membawa bersama pasport. Elakkan dari melakukan apa-apa hal yang mencurigakan. Doakan yang terbaik untuk semua.

Selepas imtihan

Sejuk.

Sangat.

Alhamdulillah, imtihan telah selesai. Selesai dengan perasaan yang bercampur baur. Biasalah.

Tapi mohon maaf sangat-sangat pada manusia-manusia yang terkena tempias angin peperiksaan. Memang, ia lain macam sedikit.

Astaghfirullah.

Ingatkan cukup kuat untuk terus cergas selepas balik dari imtihan semalam. Mula-mula sampai rumah, ok. Lama sikit, kepala mula rasa lain macam. Berat. Terpaksa mengalah.

Kerana pada tubuh juga ada hak yang perlu ditunaikan.

Tapi tetap sempat bentangkan apa yang akan berlaku dalam dua minggu ini. Boleh dikatakan agak padat. Perlu persiapan mental dan fizikal. Kebetulan Ustaz Abdullah Zaik ada bercerita tentang keseimbangan. Memang perlu sentiasa muhasabah agar tidak hanyut.

Melihat ke depan, 26 Januari akan bermula Pameran Buku Antarabangsa Kaherah yang akan berlangsung sehingga 8 Februari di Cairo International Conference Center, bukan di tempat biasa. China sebagai VIP.

Kemudian, kuliah akan berjalan seperti biasa.

Mei, akan mulai terasa keha…

Macam mana nak hubungkan blog ke Twitter dan Twitter ke Facebook? [KEMASKINI]

Macam mana nak hubungkan blog ke Twitter? Macam mana nak paparkan link ke blog secara automatik di Twitter, sebaik sahaja tulisan disiarkan?

Ada beberapa web apps yang boleh membantu. Saya gunakan TwitterFeed. Anda perlu daftar dan boleh hubungkan lebih dari satu blog ke akaun Twitter anda.

Apa yang anda perlukan ialah alamat RSS blog, atau nama lainnya Feed. Bagi pengguna blogspot, alamatnya adalah seperti ini:
http://nama-blog.blogspot.com/feeds/posts/defaultDi mana nak dapat alamat ini? Cuba scroll ke bawah blog anda dan anda akan dapati satu link yang bertulis 'Subscribe to: Posts (Atom)'.

Di sini juga anda boleh hubungkan blog dengan akaun Facebook, tetapi saya ada satu cara lain untuk saya kongsikan.
Macam mana nak hubungkan Twitter ke Facebook? Macam mana nak paparkan apa yang ditulis di Twitter secara automatik di Facebook?
Saya gunakan Facebook app Twitter. App ini akan memindahkan secara automatik apa yang anda tulis di Twitter terus ke Facebook profile anda, melainkan t…

Pedih

Sehangat embun
Sedingin mentari
Secerah malam
Segelap siang
Sehingar sunyi
Setenang riuh

***

Pada jiwa yang mencari
Akan tetap mencari
Hanya berani berhenti
Saat hidup bertemu mati

Pada jiwa yang menanti
Akan tetap menanti
Hanya berani berhenti
Saat hidup bertemu mati

***

Kayuh tetap kayuh
Walaupun telah lumpuh
Kayuh tetap kayuh
Luka harus sembuh

***

Berpinar akal,
   Mencari jawapan;
Berpinar hati,
   Bertanyakan soalan.

***

Setiap goresan
Akan ditanyakan


Ramadhan Awang
Hayy 10, Cairo

Private browsing

Sekiranya anda ingin melayari Internet di tempat awam seperti cyber cafe atau menggunakan komputer kawan, anda boleh cuba untuk menggunakan privacy mode untuk mengelakkan pelayar Internet menyimpan maklumat-maklumat sulit anda seperti e-mel yang anda buka, username dan password yang anda gunakan dan sebagainya. Anda juga tidak perlu log out atau sign off dari akaun tuan komputer, sekiranya anda menggunakan komputer kawan anda.
Kebanyakkan pelayar Internet yang terkini ada menyediakan fungsi ini, tetapi dengan nama yang berbeza-beza:
Chrome: Klik pada butang wrench di sebelah kanan-atas dan pilih New incognito windows. Setiap aktiviti anda akan dirakamkan tetapi akan dibuang segera sebaik sahaja anda menutup semua incognito windows.
Safari: Klik pada butang gear dan pilih Private Browsing.
Firefox: Pilih Tools > Start Private Browsing. Semua laman web yang anda buka sebelum itu akan hilang dan akan kembali semula sebaik sahaja anda memilih untuk menghentikan fungsi ini (Tools > Stop …

Chrome: SmartVideo For YouTube (MyTube)

Sekiranya anda tidak kisah korbankan kualiti video untuk streaming lebih cepat di YouTube, mungkin Chrome extension ini dapat membantu anda.

SmartVideo For YouTube (MyTube) membolehkan anda memilih default video quality dan beberapa lagi konfigurasi yang lain.

Pada kelajuan 512Kbps ketika hanya seorang pengguna Internet aktif, saya mampu untuk menonton video di YouTube tanpa tersangkut-sangkut dengan default video quality Small (320x240).

Al-Fatihah buat Tokwe

البقاء لله Yang kekal hanya Allah.
Awal pagi tadi saya dikejutkan dengan beberapa mesej Facebook dan SMS tentang berita pemergian Tokwe (datuk) saya, Wan Hussain pada jam 6.00 pagi tadi (waktu Malaysia/ 12.00am waktu Mesir) di Kampung Amer, Besut.

إنا لله وإنا إليه راجعون
Semoga beliau ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh.

Al-Fatihah.

Chrome: Tukar default search engine kepada google.com

Sekiranya anda baru sahaja install Google Chrome, anda akan dapati default search engine anda adalah google.com.eg (bagi yang tinggal di Mesir) atau google.com.my (bagi yang tinggal di Malaysia). Sekiranya anda lebih gemar untuk menggunakan google.com (International/US), gunakan URL ini pada Option > Search > Manage > Add > URL:
http://www.google.com/#sclient=psy&hl=en&site=&source=hp&q=%s&aq=f&aqi=&aql=&oq=&gs_rfai=&pbx=1&fp=ca05a7bb65e82229Apa beza google.com.eg dan google.com.my berbanding google.com? Klik di sini untuk lihat sendiri perbezaannya.