Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2010

Kulit

Kulit demi kulit
Untuk tutup aib
Kulit demi kulit
Takut aib jadi sakit

Kulit demi kulit
Untuk tutup aib
Kulit demi kulit
Harap akhirnya jadi baik

Kulit demi kulit
Untuk tutup aib
Kulit demi kulit
Taubat dari azab yang perit

Kulit demi kulit
Untuk tutup aib
Kulit demi kulit
Moga akhirnya dikapan dengan baik

Kulit demi kulit


Ramadhan Awang

10.10.10, 10.10am GMT, Pelancaran Ubuntu 10.10

Penat menunggu. Akhirnya tiba juga.

Ubuntu 10.10. Keseinambungan dari Ubuntu 10.04 yang dilancarkan pada April 2010.

Ubuntu adalah operating system yang berasaskan sistem Linux yang dijadualkan pembaharuan versi dua kali setiap tahun; April dan Oktober.

April yang lalu telah menyaksikan perubahan yang ketara berbanding versi 9.10. Daripada pemerhatian saya, 10.04 lebih mendekati gaya MacOS.

Saya baru beberapa jam menggunakan Ubuntu 10.10. Ada beberapa perkara yang telah diperbaiki dan ada beberapa perkara masih belum diselesaikan. Secara keseluruhan, tidak banyak beza dengan versi 10.04 jika dilihat dari sudut paparan. Tapi, dari sudut user friendly, saya dapat rasakan peningkatan yang ketara.

Ubuntu maju dengan cepat dari versi ke versi. Komitmen untuk menyediakan versi baru dua kali setahun adalah usaha yang patut dipuji. Apatah lagi Ubuntu diedarkan secara percuma.

Cuma, untuk jarak antara Ubuntu dan Windows, masih jauh. Dengan MacOS, mungkin lebih dekat.

Masih terlalu awal untuk sa…

John Lennon

9 Oktober 2010. Google meraikan hari kelahiran John Lennon yang ke-70, salah seorang pengasas band The Beatles.

John Lennon telah meninggal dunia pada 8 Disember 1980 ketika berusia 40 tahun. Mati ditembak.

Adakah saya peminat John Lennon? Adakah saya peminat band The Beatles?

Tak.

Maklumat ini saya tahu semata-mata kerana Google mempromosinya dan memudahkan pencarian maklumat yang berkenaan.

Oh, alangkah menarik andainya Google turut mempromosi tokoh-tokoh Islam, kan?

Bagaimana untuk berbagi?

Bagaimana untuk berbagi? Andai semua telah diberi Sedikit di sana, sedikit di sini Dalam tangan sudah tiada lagi Bagaimana untuk berbagi? Yang dikembalikan tak lagi asli Ambil masa lama untuk dibaiki Belum sempat pulih sudah direbut lagi Bagaimana untuk berbagi?
Ramadhan Awang