Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2009

Mesyuarat reunion

15 Ramadhan 1430H

Sabtu, 5 September 2009

Selain urusan kambing, saya perlu uruskan Asyraf. Sebelum ini Mama yang uruskan. Setiap pagi beg sekolahnya perlu disiapkan dengan susu, pakaian dan lampin. Juga sediakan sarapan untuk Asyraf.

Jaga Asyraf tak susah. Cuma perlu faham apa yang dia sebutkan sebab dia masih pelat. Antaranya, cucu melo (susu coklat), ekkemen (Ultraman), mekey mon (Mickey Mouse), eskeyem (aiskrim), air matam (air oren) dan aton (kartun).

Yang jadi susah bila dia sebut perkataan lain. Susah nak faham!

Kemudian saya dan Baba ke Kuala Berang. Jenguk kebun yang sudah lama tak diselia. Tak lama. Tengah hari kami pulang.

Petangnya saya diajak bermesyuarat di Batu Burok untuk Reunion SMKATJ batch 1999-2003 pada 23 September 2009 (Raya ke-4). Sebelum ke Batu Burok, sempat saya singgah di rumah Adam Malik untuk ajak dia bermesyuarat sekali. Dia penat. Saya ke sana sendirian.

Mama ke IJN

14 Ramadhan 1430H

Jumaat, 4 September 2009

Komputer berjaya saya hidupkan.

Sekali lagi saya dan Baba Solat Jumaat di Masjid Batu 6. Saya cuba untuk sesuaikan diri dengan tugas yang banyak sejak Mama ke IJN.

Berbuka puasa di Masjid Tok Jiring

13 Ramadhan 1430H

Khamis, 3 September 2009

Entah jam berapa A.yed sampai di rumah dari Kota Bharu. Selepas sahur, dia dan Mama bertolak ke IJN.

Tinggallah kami bertiga di rumah; saya, Baba dan Asyraf. A.zul dan K.gee tidur di klinik.

Pagi itu saya dan Baba ke Batu 6 untuk gunting rambut setelah beberapa kali tergendala. Saya cadangkan 1hb kami bergunting, tapi kata Baba, hari Selasa tak elok bergunting. 2hb kami ke Kota Bharu. Selesai bergunting kami ke Majlis Agama dan Adat Istiadat Melayu (MAIDAM). Baba perlu proses borang nikah. Kemudian ke bandar.

Cadangan asalnya nak cari tiket ke Mesir. Kami biasa berurusan dengan Perpel. Tapi entah kenapa, tutup pula.

Sunyi sepi.

Tiba di rumah saya minta izin untuk sekali lagi keluar. Saya perlu beli power supply untuk hidupkan komputer.

Menjelang Maghrib, saya dan Baba ke Masjid Tok Jiring yang masih dalam pembinaan yang terletak di belakang Maahad Tahfiz wa Tarbiyah (MTT). Ada majlis berbuka puasa. Di sana saya nampak A.zamri, U.ramli dan A.mat -- …

Namanya Aisyah Farhanah

12 Ramadhan 1430H

Rabu, 2 September 2009

Saya membelah kegelapan malam menuju ke perumahan Permint Jaya, Cendering untuk berjumpa Nasir. Kami ke restoren seafood dan bersiar-siar di sekitar Lagoon, Kuala Ibai iaitu sekitar Masjid Terapung.

Saya pulang setelah hantar Nasir balik.

Selesai sahur dan Solat Subuh, pagi itu sekali lagi kami ke Kota Bharu. Saya hanya sempat tidur sejam. Kami bertiga; saya, Mama dan Baba. Setibanya di sana, saya temankan A.yed ke Pejabat Pendaftaran untuk mendaftar kelahiran anaknya. A.yed menamakan anaknya, Aisyah Farhanah. Mama dan Baba berada di wad bersama K.bae.

Saluran jantung Aisyah yang menghala ke paru-paru tersumbat. Perlu dibedah. Sebab itu kami berulang-alik ke Kota Bharu. Untuk beri sokongan moral kepada A.yed dan K.bae. Ini anak sulung mereka.

Mama pada asalnya ingin bersama A.yed di Kota Bharu, tapi atas sebab teknikal, Mama terpaksa balik. Dalam perjalanan kami berhenti berehat di Masjid Pak Amat. Saya yang baru sejam tidur ambil peluang ini untuk b…

Zulfadhli

11 Ramadhan 1430H

Selasa, 1 September 2009

Saya cuba untuk tidak banyak keluar untuk mematuhi arahan doktor. Tapi tetap saja ke bandar pada tengah hari dan ke cyber cafe di sebelah malam.

Ketika menunggu Baba keluar dari Bank Islam, saya ternampak Zulfadhli Nokman, rakan sekelas di SMAASZA dulu. Dia sedang lintas jalan. Tak berani saya nak panggil. Nanti jadi cerita lain pula.

Kebetulan malam itu Nasir online. Saya ajak dia berjumpa. Dia terkejut kerana sudah lewat malam. Saya tegaskan, kalau saya tak buat macam ini entah bila kami dapat berjumpa.

Hari Kemerdekaan Malaysia ke-52

10 Ramadhan 1430H

Isnin, 31 Ogos 2009

Pagi ini Kuliah Subuh di Masjid Batu 6. Di masjid saya terserempak dengan A.budi, senior saya di Mesir. Tak lama kerana dia perlu keluar. Pagi itu kami sekali lagi ke Kota Bharu. Kali ini Baba tidak ikut serta. Digantikan dengan Asyraf. Di hospital saya berjumpa K.wa yang kebetulan pulang dari Tanjung Malim ke Pasir Mas kerana kecemasan. Terubat rindu saya pada Sarah dan Fathir. Tapi masih belum berkesempatan untuk melihat wajah Syifa. Kali ini saya berpeluang untuk melihat sendiri anak perempuan A.yed yang baru lahir. Comel!

Dalam perjalanan pulang kami singgah di Masjid Bukit Tanah. Saya tertidur. Mama juga letih. Sebelum sampai di rumah, Mama turun ke Bazar Ramadhan. Tak sempat memasak hari ini.

Demikian saya menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-52.

Makanan kambing

9 Ramadhan 1430H

Ahad, 30 Ogos 2009

Pagi ini saya ke Pusat Servis Perodua Gong Badak. Kemudian ke bandar dan ke Batu 6 untuk beli makanan kambing. Dua guni. Satu guni untuk seminggu. Petangnya saya ke rumah kawan saya untuk mengambil madu yang saya kirim.

Hospital Raja Perempuan Zainab II

8 Ramadhan 1430H

Sabtu, 29 Ogos 2009

Kami tiba di Kota Bharu. Saya agak gementar sebab saya memang diakui buta jalan oleh adik-beradik lain.

Apatah lagi di Kota Bharu. Mujur A.yed tunjukkan jalan masuk ke Hospital Raja Perempuan Zainab II.

Kami tiba awal pagi. Bukan waktu melawat. Namun Mama dan Baba tetap usahakan untuk masuk. Saya rasa saya tak perlu bersungguh untuk masuk. Saya tunggu di luar. Malam itu kami tinggal di hotel setentang dengan Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian.

Sebelum tidur, saya ajak A.yed makan roti canai. Pagi itu saya demam.

Sebelum bertolak pulang ke Kuala Terengganu, Mama dan Baba sekali lagi masuk ke hospital untuk ziarah K.bae. Saya tunggu dalam kereta dengan memakai topeng muka. Saya tak nak sebarkan demam selesema saya di wad bersalin.

Kami bertolak pulang dan dalam perjalanan singgah di Masjid Merang. Saya hantar Baba ke majlis aqad nikah di Tepoh dan saya dan Mama ke Klinik Wan Fazidah di Batu 6. Doktor mengesahkan saya demam selesema bi…

Ke Kota Bharu

7 Ramadhan 1430H

Jumaat, 28 Ogos 2009

Selesai sahur dan Solat Subuh, saya teruskan usaha membaiki komputer. Saya dapati power supply yang rosak.

Tengah hari itu saya dan Baba Solat Jumaat di Masjid Batu 6. Petangnya saya rasa terkilan sebab kambing banyak terlepas gara-gara dawai pagar yang kendur dan kambing-kambing boleh lompat melepasinya.

Malam itu Mama nyatakan hasrat untuk ke Kota Bharu. Selesai terawih di rumah, saya, Mama dan Baba bertolak ke Kota Bharu. Saya memandu dengan berbekalkan air isotonik Excel dan snek Twisties. Lama benar tak makan Twisties.

Saya berbual panjang dengan Mama. Dalam perjalanan A.yed telefon dan mengkhabarkan K.bae selamat bersalin secara Cesarean. Anak perempuan. Saya teruja. Tak sabar untuk lihat sendiri si kecil itu.

Komputer rosak

6 Ramadhan 1430H

Khamis, 27 Ogos 2009

Rutin harian diteruskan seperti biasa. Cuma tengah hari itu saya keluar membeli barang-barang yang telah saya senaraikan sebelumnya. Di Gong Badak, saya terserempak Cikgu Ramli, guru pakar Matematik PMR yang mengajar saya ketika di tingkatan tiga. Saya perkenalkan diri saya sebagai Ramadhan dan dia mampu sambung nama saya, Ramadhan Syakir. Rasa terharu dengan keprihatinan cikgu.

Tiba di rumah, saya basuh kereta. Malamnya, saya cuba baiki komputer yang menurut A.yed sudah lama tidak digunakan. Ada dua komputer di rumah. Satu yang memang asal di rumah. Yang kedua milik A.tohir yang dia tinggalkan di rumah saya sebelum ke Leeds. Kedua-duanya tak dapat digunakan.

Perbaharui lesen memandu

5 Ramadhan 1430H

Rabu, 26 Ogos 2009

Selesai sahur, saya temani Baba ke Kg. Raja, Tepoh untuk Kuliah Subuh. Pulang dari kuliah, saya ikut Baba uruskan kambing. Kambing perlu diurus dua kali sehari. Pagi dan petang. Sebelah pagi kami beri makan daun-daun. Biasanya Baba yang uruskan. Juga isi air jika sudah kering atau kotor. Sebelah petang juga diberi daun-daun tapi menjelang Maghrib, bekas makanan akan diisi dengan makanan segera.

Tengah hari itu A.ngah dan C.ngah datang dari Besut. Kemudian saya dan Mama ke bandar. Ke bank dan Sabasun -- pasar raya yang unik di Kuala Terengganu. Saya katakan ia unik kerana ia komited dalam memboikot produk Amerika dan Israel. Poster dan iklan boikot turut dipamer di pasar raya ini. Saya ke JPJ untuk perbaharui lesen saya dan lesen K.nor.

A.yed dan K.bae ke Kota Bharu kerana K.bae bercadang untuk bersalin di sana. Saya sekali lagi ke kedai yang saya beli simcard semalam kerana nombor saya masih belum aktif.

Pesawat rosak

4 Ramadhan 1430H

Isnin, 24 Ogos 2009

Masih di Lapangan Terbang Stansted. Kami naik tram ke balai berlepas dan tunggu di sana. Kami diberitahu pesawat rosak dan penerbangan kami ditangguhkan. Bekalan makanan dan air sudah saya habiskan sebelum ke balai berlepas. Saya fikir makanan dan minuman tak dibenarkan masuk ke kawasan ini. Rupanya tidak.

Penerbangan kami terlewat tiga jam setengah. Saya sempat hubungi K.nor sejam sebelum berlepas. Mujur pengurusan Air Asia X beri layanan yang baik buat penumpang muslim. Waktu solat diberitahu, tempat solat disediakan, makanan mereka simpan dan waktu berbuka juga diumumkan.

Selasa, 25 Ogos 2009

Bila tiba di Malaysia, saya kena ikut kalendar Malaysia. Masih Ramadhan ke-4. Setibanya di LCCT, Kuala Lumpur, saya hubungi K.wa. Tak dapat. Saya cuba hubungi A.yed. Dapat. Alhamdulillah. Katanya K.wa tak akan ke lapangan terbang, sebaliknya C.su akan ke sini dari Pulau Pinang.

Saya makan di Marrybrown dan terima sms dari C.su. Katanya dia sudah sampai di LC…

Syahir dan Nik

3 Ramadhan 1430H

Ahad, 23 Ogos 2009

Penerbangan saya dijadualkan malam ini. Saya perlu bersiap-siap. K.nor siapkan sandwich untuk saya. Dua bekas besar. Saya capai pisang buat bekal. Juga air masak sebotol. Saya bertolak dari Leeds dengan bas. Tukar bas di Milton sebelum tiba di Lapangan Terbang Stansted.

Dengan sandwich K.nor, saya berkenalan dengan Syahir dan Nik. Dua rakan sekerja yang berjalan-jalan menziarah UK dan Eropah. Dengan pertolongan mereka, saya terselamat dari membayar denda beg terlebih muatan.

Kami menuju ke balai berlepas bersama-sama.

Puasa 17 jam

2 Ramadhan 1430H

Sabtu, 22 Ogos 2009

Hari ini saya, A.tohir dan Ifah ke bandar dengan bas. K.nor dan Ateef tinggal di rumah. Tiga jam keliling bandar, penat juga. Mujur cuaca di Leeds sentiasa sejuk. Kurang sedikit rasa letih walaupun siangnya panjang. Subuh pukul 3.00 pagi. Maghrib pukul 8.00 malam. Berapa jam? 17 jam!

Berpuasa di Leeds

1 Ramadhan 1430H

Jumaat, 21 Ogos 2009

Saya memulakan Ramadhan saya sehari awal di Leeds. Berpuasa di negara yang penduduknya bukan majoriti beragama Islam bererti tiada suasana meriah yang boleh diharap dan dinantikan. Tiada keghairahan untuk terawih. Apatah lagi saya yang masih dalam perjalanan. Destinasi akhir saya di Malaysia.

Mujur K.nor tak lupa dengan amalan bersahur. Saya, K.nor dan A.tohir bersahur bersama walaupun Subuh masuk pukul 3.00 pagi. Kami bersahur sekitar 2.15 pagi.

Saya dan A.tohir ke masjid untuk solat Jumaat. Khatib menyampaikan khutbah dalam Bahasa Arab. Katanya, "Puasa menghalang kita dari melayan syahwat yang halal. Maka bagaimana halnya dengan syahwat yang haram (lebih-lebih lagi ditegah)!"

Untuk memeriahkan suasana, petang itu saya uli tepung untuk buat roti canai. Masih jauh lagi dari sempurna. K.nor kata jarang boleh masak sekali terus menjadi. K.nor berjaya hidupkan suasana berbuka dengan masakannya. Berserta kuih. Sedap!

Ramadhan 1430H

Tak semua kawan berpeluang untuk balik ke Malaysia cuti tahun ini atas alasan yang pelbagai. Saya ingin berkongsi dengan kawan-kawan semua pengalaman sepanjang Ramadhan tahun ini. Setiap hari Ramadhan sangat bermakna kepada saya. Setiap tahun ada pelajaran baru yang saya terima. Tahun ini lain pula ceritanya.

Kembara 18 hari

Alhamdulillah, Allah Subhanahu wa Taala melapangkan rezeki saya untuk buat apa yang saya cita-citakan selama ini; mengembara sendirian di bumi asing. Ia bermula dengan ura-ura kakak sulung saya akan ke UK, ikut suaminya yang melanjutkan pelajaran di sana. Otak saya mula ligat berputar menyusun dan mengatur.

Selesai peperiksaan, saya mula laksanakan apa yang saya sudah rancangkan. Dengan bantuan kawan-kawan dan keluarga yang baik hati, segala-galanya dipermudahkan.

Terima kasih kepada Mama, K.wa, Khai, Wan Hilmi, Hilman, Adam Tan dan C.su atas bantuan yang diberi. Tak lupa Fahmi dan Ismail atas pengalaman perjalanan mereka yang lalu. Juga buat Amir, Tarmizi, Faiz, Ubai dan K.nor sekeluarga. Juga kawan-kawan serumah dan sepanjang perjalanan. Bertemu dengan kalian buat perjalanan ini lebih bermakna.

Di sini saya buat ringkasan catatan perjalanan selama 18 hari dari Mesir hingga ke Malaysia.

Hari 0 (7 Ogos 2009):Majlis tanasuh
Hari 1 (8 Ogos 2009):Kemalangan di padang pasir,pemeriksaan pasp…

Laporan Ogos 2009

10 artikel yang paling kerap dibaca sepanjang Ogos 2009:
1. Rukun Islam dan rukun Iman
2. Sejarah perkembangan Islam
3. Kemalangan di padang pasir
4. 5 rukun khutbah Jumaat
5. Perkembangan teknologi komunikasi
6. Doa lembutkan hati anak
7. Pemeriksaan pasport
8. Adobe Illustrator
9. Disoal siasat
10. Warna Pelangi

10 blog yang menyumbang kunjungan terbanyak sepanjang Ogos 2009:
[+1] 1. Raqaiq
[baru] 2. Dr. Saif 88
[kekal] 3. Wahyu Suci
[-3] 4. Maizatul Ranai
[+4] 5. Cucu Dagang
[baru] 6. Kembara Mursyid
[-2] 7. Azan Subuh Khamis
[-4] 8. Jelajah Mesir
[baru] 9. Dunia Pengembara
[-4] 10. Nik Afra

Seperti biasa, blog yang tersenarai dijemput untuk memaparkan logo ini di blog masing-masing. Maaf, lambat sikit (baca: banyak).

<a href="http://rdhanz.blogspot.com/2009/09/laporan-ogos-2009.html"><img src="http://i182.photobucket.com/albums/x158/rdhanz/ogos-2009.png" border="0"></a>

Terima kasih kerana masih terus setia bersama blog ini. Maaf kerana terlewat…

Dari Kuala Lumpur ke Kuala Terengganu

25 Ogos 2009

1.30am: Saya ubah jam telefon bimbit saya ke waktu tempatan. Waktu Malaysia. Kami mendarat dengan selamat. Kemudian bergegas mengambil beg. Di lapangan terbang kelihatan ramai orang memakai topeng muka.

Saya cuba telefon K.wa. Tak dapat. Saya cuba hubungi A.yed. Mujur, A.yed jawab panggilan saya. Keajaiban terjadi. K.wa tak jadi menjemput saya ke Tanjung Malim, Perak. Sebaliknya, C.su akan ke lapangan terbang dari Pulau Pinang. Saya mendengar dengan bingung. Tak apalah, asalkan ada yang menjemput.

2.30am: Saya ke Marrybrown untuk makan. Saya tanyakan juruwang berapa haribulankah hari ini. Saya agak terkeliru. Tak sangka sudah seharian berada dalam pesawat.

3.00am: Saya terima sms dari C.su. Katanya dia sudah sampai. Tak susah untuk kami berjumpa. Saya tinggalkan barang-barang saya dekat dengan kereta C.su dan saya ke surau untuk solat.

Surau penuh dengan jemaah tabligh sedang tidur. Lampu pula ditutup. Gelap. Mujur ada antara mereka yang sedang tahajjud. Saya minta tolong di…

Terkandas di Stansted

24 Ogos 2009

12.00am: Ada dua pintu yang perlu kami lepasi sebelum kami tiba ke Gate 16. Untuk kedua-duanya kami perlu menunggu agak lama dengan suasana yang sangat bosan. Kedai-kedai bebas cukai semuanya sudah tutup. Yang menemani kami cumalah bangku yang kebetulan selesa.

12.30am: Kami melepasi pintu pertama. Kemudian tidur di bangku yang tersedia.

1.00am: Melepasi pintu kedua. Dari pintu ini, kami perlu menaiki tram menuju ke Gate 16. Kami antara yang terawal, namun memilih untuk baring di atas lantai. Bersih. Tak ada masalah. Berkarpet pula. Tiba-tiba kami diberitahu pesawat kami ditangguhkan penerbangannya hingga ke waktu yang diberitahu. Aduh. Macam mana nak beritahu K.wa di Malaysia? Kredit sudah habis. Nak telefon K.nor pun, waktu sudah larut malam.

Rupa-rupanya pesawat rosak. Perlu dibaiki dengan segera. Semua penumpang menunggu dengan gelisah. Saya hanya bersahur dengan air liur. Sandwich sudah awal-awal lagi habis. Air pun tak ada.

3.50am: Berpandukan jadual solat yang telah sa…

Lapangan Terbang Stansted

23 Ogos 2009

Destinasi pertama saya ialah Milton. Di sana saya perlu tukar bas untuk ke Stansted. Dengan kredit yang sudah habis, saya tak ada pilihan lain melainkan menghadapi apa yang akan berlaku dengan tenang.

4.50pm: Tiba di Milton. Saya mengambil sudut yang jauh dari orang lain. Di sana saya isi masa dengan membaca Al-Quran. Ada seorang pegawai stesen yang kelihatan berminat dengan saya. Saya agak bimbang kerana saya khuatir kalau-kalau saya ada buat sebarang kesalahan. Rupa-rupanya dia berasal dari Sanaa, Yaman. Sudah bertahun-tahun tinggal di UK. Saya katakan padanya yang saya pernah ke Yaman selama tiga bulan dan saya belajar di Al-Azhar, Mesir. Dia kelihatan teruja.

Baru saja kami mesra, bas datang.

7.10pm: Hanya tinggal empat penumpang dalam bas yang ingin ke Stansted. Pemandu bas kata, dia terpaksa teroka jalan baru kerana ada jalan yang ditutup. Maka, kami 20 minit terlewat dari jadual sebenar. Mukanya ganas, tapi sangat bersopan. Saya berlegar sekitar lapangan terbang, men…

Meninggalkan Leeds

22 Ogos 2009

2.30am: Saya terjaga dan solat serta sahur.

3.45am: Masa untuk Solat Subuh. Kemudia tidur kembali.

8.30am: Saya isi pagi ini dengan melayari Internet. Hari ini hari terakhir saya di Leeds. Maka saya bercadang untuk keluar membeli cenderahati untuk dibawa pulang. K.nor cadangkan supaya saya cuba pergi dan balik sendirian. Cadangan yang menarik.

12.00pm: Kebetulan ada barang yang A.tohir ingin beli, maka kami turun ke bandar bersama-sama dengan Ifah. Pergi dengan bas dua tingkat. Di hentian bas ada tertulis bas akan tiba berapa minit lagi. Sistem yang sangat membantu mengurangkan tekanan menunggu.

Di bandar, kami pusing beberapa kedai. Saya sudah dapatkan apa yang saya inginkan. Cadangan asal saya nak pulang sendirian manakala A.tohir dan Ifah pulang dahulu. Tapi, akhirnya badan terasa penat, kami pulang bersama-sama.

3.30pm: Kami tiba di rumah dan berehat di depan TV.

8.20pm: Tiba waktu berbuka. Selesai solat, saya pun tidur.

23 Ogos 2009

2.00am: Saya bangun dari tidur, solat, sah…